Khamis, 30 Disember 2010

Boria Sri Tanjung | Highlight Of 2010


Yesss ... Another contest? Sorry. Mood nak masuk contest tiba tiba datang pulak. Sebab aku takde kerja nak buat dah ni. Haha. Esok kan cuti umum? Walaupun takde kaitan. Adeh. Nama contest ni The Best Moment You Have. Susah jugak nak masuk contest ni. Aku rasa aku ada banyak gile momen momen yang best. Tak tahu nak pilih mana satu. Nak tak nak, aku dah pilih dah pon. Kalau tak, aku tak buat kot entri contest ni. :P


Di mana kan ku cari ganti? Eh. Di mana aku dalam gambar ni?


Gambar ni diambil pada tanggal 16hb Disember 2010. Ni gambar masa aku join boria sebagai wakil UPSI sempena Festival Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (FEStKUM) kat UniMAP hari tu. Seronok gile wa cakap sama lu. Siriyes. Mengenali setiap seorang daripada mereka is one of the best moments that I ever experienced. :')


For your information, latihan kitorang bermula seawal daripada 6hb hingga 14hb Disember 2010. Lepas tu, kitorang bertolak ke UniMAP pada tanggal 15hb Disember 2010 hari tu. Seterusnya, kitorang berada di negeri Perlis Indera Kayangan tu daripada 16hb hingga 19hb Disember 2010. Dan kitorang bertolak pulang ke UPSI pada 20hb Disember 2010. Hurmmm ... Cuba teka berapa hari kitorang habiskan masa bersama-sama? Teeettt ... Masa dah tamat. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan sama sekali. Melainkan kau guna facebook. Boleh? Jawapannye ialah 15 hari!!! Lebih seminggu dah tu. Adeh. Daripada aku tak kenal sorang pon ... Eh. Pembetulan di sini, aku kenal sorang je. Sekarang aku dah kenal every one of them. Miss them ... :')


Walaupun kitorang tak menang satu apa pon, aku tak kisah semua tu. Eh. Aku kisah sikit ah. Tonggang terbalik aku berlatih, tak menang satu apa pon? Hampeh betol. Setelah aku memujuk hati yang lara ni, aku tahu ada yang lagi best daripada kemenangan tu. Jeng jeng jeng. Bajet saspen la sangat kan? For me, pengalaman tu yang mahal. Kau mampu nak menyanyi atas pentas lepas tu menari pakai baju meriah meriah atau nama saintifik dia langsir? Tak mampu kan? Bluwek! Haha. Seronok habis wa cakap sama lu. Dan aku tak sangka pulak pengalaman ni merupakan pengalaman pertama dan terakhir aku yang seumpama dengannye sebab aku dah last semester kat UPSI ni. Ngeee ... Aku memang terharu ah dengan peluang macam ni. Ni buat aku nak nangis tiba tiba ni. Alahai ... Comel kan aku? =.=


Masa ni, kira first time la aku pakai baju meriah meriah macam ni. Malu? Nak malu buat apa? Semua budak budak yang join boria masa tu pakai baju meriah meriah jugak. Lagi badot daripada kitorang pon ada!!! Haha. Jom gelakkan dorang. Macam la kau kenal. =.=


Masuk masuk dewan tu je, aku dah rasa semacam. Bukan sebab tempat tu keras, tapi aku rasa aku tengah menghadiri parti halloween. Siriyes wa cakap sama lu. Masing masing tak nak kalah dengan baju meriah meriah, ada serupa macam langsir, selimut, kapet, alas meja dan sebagainya. Kau tak teruja dengar? Aku teruja beb. Tak pernah pernah nak pakai baju meriah meriah macam ni. Bila lagi nak merasa kan? Aku tahu kau tak pernah kan? Sila jeles. :P


Nak tengok persembahan kitorang? Amaran! Jangan gelak boleh? Aku sorang je yang boleh gelak. Haha. Ni dia persembahan kitorang. Nama kumpulan kitorang Boria Sri Tanjung. Eh. Kau tak payah nak cari aku kat mana sebab aku kat belakang tu. Bukan nampak pon. Kata jadi suara latar kan? =.=




Aku nak paksa Amira Mastura, Loqman Hakim dan Afiq Razak join contest ni. Mudah bukan? Apalagi tunggu? Jom jom! Tak nak sudah. :P



potpetpotpet : Aku yang jerit Boria Sri Tanjung kuat kuat tu. =.=

20 ulasan:

  1. thanks tag! hehe..lawa woh baju zami.. heh.

    BalasPadam
  2. Nak nangis.. Pastu gelak tanpa sebab.. Errr.. Bahaya ni zami.. Hahaha.. :p

    Haaaaa.. Nampak dah zami.. Dekat kelompok belah kiri kannnnn.. Yang senyum lebar nampak gigi tu kannn.. Hehe.. :p

    BalasPadam
  3. @Mra Mastura

    nak pinjam baju tu?
    nak nak nak?
    :)

    BalasPadam
  4. @FarhanaDr

    wah.
    pandai betol.
    nak kena bagi hadiah ni.
    XD

    BalasPadam
  5. Cute entry ;-)p

    selamat tahun baru ya, budak comel...

    BalasPadam
  6. boria???
    wahhh menariknyaaa..

    BalasPadam
  7. nper xleh tngok video tue ? :'(

    BalasPadam
  8. @m0re chipz , m0re fuN

    tak boleh ke?
    kejap2.
    nak tukar setting.
    :)

    BalasPadam
  9. hahaha.zami, ada bakat jadi clown nih :P

    BalasPadam
  10. @..hizamirahim..

    okey2 ..
    da dpt tngok da ..
    bes2 :))
    tp kuat gler zami mnjerit ..

    bbooriaaa serrriiii tnjongggggg ~~
    hehe :)

    BalasPadam
  11. @m0re chipz , m0re fuN

    tahu takpe.
    eksaited lebih masa tu.
    haha.
    XD

    BalasPadam
  12. kenangan tu
    meriah2...
    ada bakat
    :P

    BalasPadam
  13. owh... datang perlis dah la ye... =.=

    BalasPadam
  14. okay.br faham.2contest yek

    BalasPadam
  15. anda menang contest liya..sila dtg blog liya untk penebusan hadiah k..=)

    BalasPadam
  16. wahhh!!! tahniah... ko dah menang contest!

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com