Rabu, 28 September 2011

Fright Night - Vampire Jahat Lagi Hodoh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Hari Isnin hari tu aku keluar tengok filem Fright Night ni. Okay. Filem ni cerita pasal vampire. Tak habis habis pasal vampire kan? Anyway, filem ni mengisahkan seorang budak yang terpaksa berhadapan dengan jiran dia. Dan jiran dia tu merupakan seorang vampire yang sehensem aku. Eh?

Fright Night ni filem komedi seram. Dalam terkejut beruk tu, ada jugak senyum kambing yang terselit. Macam sedap kan ayat aku? Haha.

Apa yang best pasal Fright Night?
  • Vampire yang ditonjolkan dalam filem ni memang jahat. Super duper punya jahat! Kau tak payah nak berharap vampire dia jadi baik pada penghujung cerita. Memang TAKKAN.
  • Ni bukan cerita pasal vampire jatuh cinta dengan manusia lepas tu cinta terhalang oleh orang tua macam lagu Fauziah Latiff tu. Ni cerita pasal vampire makan orang macam makan biskut.
  • Vampire dia bila bertukar tak hensem macam Robert Pattinson. Vampire dia bila bertukar muka memang hodoh habis!
  • Jalan cerita bagi filem ni simple je. Tentang macam mana budak tu nak hapuskan seorang vampire SAHAJA. Senang kan nak faham? Watak dalam filem ni pon sikit je. Tak susah nak ingat. Contoh ada watak mak budak tu, awek budak tu dan kawan budak tu. Tapi aku tak ingat nama dorang la kan? Lain la kalau nama dorang Abu ke Ali ke Ahmad ke senang sikit aku nak ingat.
  • Kemunculan vampire dia sangat menakutkan. Entah macam mana aku boleh takut dengan vampire dalam filem ni aku pon tak tahu. Masa aku tengok Twilight, aku tak takut langsung dengan vampire. Siap nak rasa nak jadi vampire pulak tu!
  • Terdapat beberapa babak kelakar yang menghidupkan lagi filem ni.

So, aku bagi Fright Night tiga setengah daripada lima bintang! Tapi kalau kau dah bosan dengan filem pasal vampire macam ni, better kau tengok filem lain yang aku takkan tengok seperti filem pasal raya tu. Haha.



potpetpotpet : Filem apa pulak lepas ni?

25 ulasan:

  1. tggu happy feet 2 plak..heh ~

    BalasPadam
  2. mula2 ingt cite ni mcm ntah pape..tp best pulak..simple jerk jln citenyer :)

    BalasPadam
  3. Saya dah tengok.. Tapi saya download gambar wayang.. Best.. Tapi kecewa sebab gambar yang tak best.. Haha.. Aaaa.. Nak nengok Fright Night dekat wayanggggggg!!

    BalasPadam
  4. sikit je 3 bintang..haha..kene donlod ni..

    BalasPadam
  5. cciter ni best aku suke,kalah citer raya tak jdi yg ntah ape2 :D

    BalasPadam
  6. movie al-Hijab..
    cam best je seram die.. :D

    BalasPadam
  7. nanti wa donlod la citer tu

    BalasPadam
  8. owh.mcm tu ker crte dyer?hehehe...collin farrel dlm crte nie kan..hehe..beb..aku dh follow ko,,hrp dpt follow kyte blik k,,TQ..

    arennwood.blogspot.com..:)

    BalasPadam
  9. dah lama tak layan cite,so ketinggalan,huhu

    BalasPadam
  10. @Kim Hyun Arry

    disebabkan vampirenye tak ensem, aku takmoh tengok lah! AHAHhahhAH

    BalasPadam
  11. hahaha..lupe state tgk ngan sape..haha

    BalasPadam
  12. layan johnny english je ^^

    BalasPadam
  13. sob2! hari tuu dapat tiket free nuffnang p tengok nie tapi x dapat pegi. almaklumlah sebagai student.

    hang ok laa... cekgu..! hehe!

    BalasPadam
  14. bestttttttt!! alya dah tengok jugak, hari tu movie marathon sekali dgn bini-biniku gengster! hahaha bestt besttt...

    BalasPadam
  15. movie al-Hijab
    macam best je.. :D

    BalasPadam
  16. Pasal filem raya tak jadi tu slow sket zami nanti ada orang terasa hahaha.....

    BalasPadam
  17. owh.. aku dpt dr nuff tp aku tak gi tgk..

    BalasPadam
  18. tak tengok lg muvee ni -_-'

    BalasPadam
  19. aku tgk xbest lah..

    slmat x tgk wyg..haha

    BalasPadam
  20. rajinye die tgok wayang , jeles2 !

    BalasPadam
  21. da lama ta tengok movie..ta bule jadi ni.. =P

    BalasPadam
  22. macam best je...dah lama saya tak tengok wayang..heehhehe;)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com