Khamis, 29 Disember 2011

Review Filem Sherlock Holmes: A Game Of Shadows - Cemas Tapi Lucu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Dah lama aku tak tengok wayang. Finally, semalam aku dapat tengok jugak. Merujuk kepada entri semalam yang berjudul Wordless Wednesday #26, aku dah tengok filem Sherlock Holmes: A Game Of Shadows dengan tiket wayang berharga RM 6 SAHAJA. Diulangi, RM 6 SAHAJA. Bak kata budak budak zaman sekarang untung laaaaaaaaaaaaaaaa...


Sebelum aku masuk panggung tengok filem ni, aku macam takut filem ni tak sehebat filem dia yang pertama pada tahun 2009. Tapi aku terkejut sebab filem ni lagi hebat daripada filem dia yang sebelum ni. Tahniah diucapkan! Eh? Tahniah kat siapa ni? Siapa siapa je la.
  • Pada beberapa minit terawal filem ni aku telah disajikan dengan aksi pergaduhan yang membabitkan Sherlock Holmes dengan beberapa orang jahat. Aku tak sangka filem ni penuh dengan aksi?
  • Robert Downey Jr. dan Jude Law telah berjaya menunjukkan chemistry yang baik. Hubungan yang wujud antara Sherlock Holmes dan Doctor Watson boleh kata macam malu tapi mahu. Memang nampak dorang had fun with the script and with each other.
  • Ada banyak dialog dan adegan yang membuatkan aku ketawa terbahak bahak sampai terkeluar kahak perlu ke bagitahu? Aku paling tak boleh blah masa Sherlock Holmes menyamar jadi perempuan kat dalam kereta api. Memang takde rupa perempuan langsung!
  • Set dia memang cantik habis. Dan kostum? Terbaik! Aku rasa macam nak pakai je apa yang Sherlock Holmes pakai especially baju yang dia pakai masa menyamar sebagai kerusi kat dalam bilik Doctor Watson.
  • Aku terkejut bila Sherlock Holmes tolak isteri Doctor Watson keluar daripada kereta api terus jatuh daripada jambatan masuk kat dalam sungai. Tapi yang aku pelik, isteri Doctor Watson tu tak cedera langsung! Kagum gila!
Aku bagi Sherlock Holmes: A Game Of Shadows 4 bintang! So, for those yang tak tengok lagi filem ni, aku cadangkan kau tengok filem ni sebab filem ni penuh dengan aksi yang mencemaskan dan pada masa yang sama dapat mencuit hati.



potpetpotpet : Lepas ni filem apa pulak?

23 ulasan:

  1. paling best ending dia!! memang tak dijangka!!

    BalasPadam
  2. @Umar Kadir

    alamak..ingatkan tak siok. takde pun bernafsu nak tgk. tapi, dah kate besh, esok kena la tgk juga.

    BalasPadam
  3. Naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk

    BalasPadam
  4. siyes eh?? okey esok sy tgk!!!

    BalasPadam
  5. siyes eh?? okey esok sy tgk!!!

    BalasPadam
  6. RM 6 ? mmg best lah kannn . ish , nak g tgk gakk ahhh !

    BalasPadam
  7. tak pernah dengar pon tajuk cerita ni !!! macam tak best... hahaha

    BalasPadam
  8. nak kena tonton ni.. aku nk bodek sapa yerk? haha..

    BalasPadam
  9. okeh kalo mcm tu.. nk g tgk gak lah.. :D

    BalasPadam
  10. Oo..best eh...leh layan nnti.

    BalasPadam
  11. trailer pon dah best , apa lagi tengok full nanti , haha , sabarrr zammmmm

    BalasPadam
  12. better than the first bust jalan cerita still mengantuk macam first jugak. hehe

    BalasPadam
  13. hahaha..ketawa smpai kuar kahak..nmpk sgt mncuit kn..hahha..huhu,,tk tgok agi nie..huhu..prnh ade ke sherlock 1?hehe..tk thu lh..haha

    BalasPadam
  14. blum nk tgok lagi macam x sedap jeeeee

    BalasPadam
  15. syok cerita ni, holmes x pandai naik kuda..

    BalasPadam
  16. seronok masa tengok mse holmes tunggang keldai.. funny.. menitis air mata sebab gelak

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com