Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Dah lama aku tak tengok wayang. Finally, semalam aku dapat tengok jugak. Merujuk kepada entri semalam yang berjudul Wordless Wednesday #26, aku dah tengok filem Sherlock Holmes: A Game Of Shadows dengan tiket wayang berharga RM 6 SAHAJA. Diulangi, RM 6 SAHAJA. Bak kata budak budak zaman sekarang untung laaaaaaaaaaaaaaaa...
- Pada beberapa minit terawal filem ni aku telah disajikan dengan aksi pergaduhan yang membabitkan Sherlock Holmes dengan beberapa orang jahat. Aku tak sangka filem ni penuh dengan aksi?
- Robert Downey Jr. dan Jude Law telah berjaya menunjukkan chemistry yang baik. Hubungan yang wujud antara Sherlock Holmes dan Doctor Watson boleh kata macam malu tapi mahu. Memang nampak dorang had fun with the script and with each other.
- Ada banyak dialog dan adegan yang membuatkan aku ketawa terbahak bahak sampai terkeluar kahak perlu ke bagitahu? Aku paling tak boleh blah masa Sherlock Holmes menyamar jadi perempuan kat dalam kereta api. Memang takde rupa perempuan langsung!
- Set dia memang cantik habis. Dan kostum? Terbaik! Aku rasa macam nak pakai je apa yang Sherlock Holmes pakai especially baju yang dia pakai masa menyamar sebagai kerusi kat dalam bilik Doctor Watson.
- Aku terkejut bila Sherlock Holmes tolak isteri Doctor Watson keluar daripada kereta api terus jatuh daripada jambatan masuk kat dalam sungai. Tapi yang aku pelik, isteri Doctor Watson tu tak cedera langsung! Kagum gila!
potpetpotpet : Lepas ni filem apa pulak?


