Selasa, 3 April 2012

Review Filem Wrath Of The Titans - Klise Tapi Menghiburkan

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pada hari Ahad yang lepas, aku sempat menonton filem Wrath of the Titans secara solo. Haha. Solo ye. Kesian gila kan? Siapa la yang nak teman aku ni... Okay. Ayat bajet forever alone. Siapa tahu apa maksud wrath tu? Haaa... Maksud dia anger ye adik adik. Atau dalam bahasa melayu kita kata sebagai kemarahan atau kemurkaan.

Wrath of the Titans ni menceritakan bagaimana Perseus menyelamatkan bumi (konon konon la) setelah semua makhluk yang sebelum ni dipenjarakan dilepaskan oleh Hades serta kembalinya Kronos, bapa kepada Zeus, Hades dan Poseidon. Okay. Dah macam sejarah pulak banyak sangat nama pelik pelik ni.


Kekurangan:
  • Pada pendapat aku, storyline filem Wrath of the Titans ni agak klise. Orang baik lawan orang jahat lepas tu orang baik menang. Takde pembaharuan langsung. Sekali sekala apa salahnya tukar kepada orang jahat lawan orang baik lepas tu orang baik menang. Eh? Macam sama je?
  • Aku tak boleh terima watak Queen Andromeda. Dia dah la manusia biasa tapi macam mana dia boleh survive sampai habis filem ni padahal dia ikut Perseus ke hulu ke hilir? Nampak beno nipunya!
  • Setiap babak aku boleh agak apa yang akan berlaku seterusnya. So, takde babak yang berada di luar kotak pemikiran aku. Okay. Mungkin aku kena ambil alih tugas pengarah dia lepas ni.

 Kelebihan:
  • Kesan khas dan CGI yang hebat! Aku suka set dan visual laluan rahsia masa Perseus, Agenor dan Queen Andromeda cuba menyelamatkan Zeus daripada Ares. Di samping itu, rupa raksasa raksasa yang dipaparkan agak menakutkan.
  • Kita tak perlu tunggu sampai satu jam pertama untuk melihat aksi dalam filem Wrath of the Titans ni. Kalau aku tak silap, tak sampai 15 minit yang pertama kita telah disajikan dengan aksi pergaduhan antara Perseus dengan raksasa buruk mana entah. Frankly, memang takde masa untuk menguap sebab sepanjang masa kena menganga je tengok aksi aksi yang dipaparkan.
  • Nilai kekeluargaan iaitu hubungan antara anak dengan ayah menjadi tema utama kepada filem Wrath of the Titans ni.

Aku tak tengok Clash of the Titans. So, aku tak tahu sama ada Wrath of the Titans ni lagi best atau sebaliknya. Takde masalah kalau kau tak tengok Clash of the Titans yang telah ditayangkan pada tahun 2010 yang lalu sebab like I said, storyline dia predictable dan klise. Overall, filem ni menghiburkan dan tahyul semata-mata. Haha.




potpetpotpet : Lepas ni filem apa pulak?

12 ulasan:

  1. tinggi jgk rating tu...
    ni tgk 3D ke?? tgk mcm best je...
    hahaha...thanks for the tips...

    BalasPadam
  2. untunglah tiap minggu tengok wayang..

    BalasPadam
  3. clash of the titans and wrath of the titans dua dua best sebab more to actions.graphics pun awesome!

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaApril 03, 2012

    Janganlah cakap pasal forever alone. terasa i nokkk. :)

    BalasPadam
  5. huhu~ baguslah review pasal citer nih..got pro and cons..dont know wanna watch or not citer nih..huhu..anyway,,nice entry~

    BalasPadam
  6. ok akan dip tgk laa nanti..

    BalasPadam
  7. waaa.. 3 bintang setengah
    maksudnya best la eh?
    nak kena tgk pasni.

    BalasPadam
  8. ok zami apa kata lepas ni Titanic 3D. jom3...

    BalasPadam
  9. Queen tu watak dulu eh, bagus suka kalau watak dulu ada balik.

    BalasPadam
  10. ramai komplen xbest la, membazir la. tapi g tengok ari tu. boleh la. xde la membazir sangat. ehehe

    BalasPadam
  11. alamak aku tak tengok lagi cerita nih... ada sedikit gambaran aku nak tengok nanti..hehe..

    BalasPadam
  12. Before this Clash of the Titans. I was very disappointed with that movie sebab banyak facts yang salah. I belum tengok Wrath of the Titans ni so maybe I'll give it a try, tapi kalau sama hampeh macam CotT, alamat kalau ada next movie Titans after this, memang I tak nak pegi tengok dah.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com