Selasa, 28 Ogos 2012

Beraya Rumah Kawan - Dari Melaka Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jom baca kisah raya aku tahun ni. Aku rasa penat jugak beraya selama tiga hari berturut-turut. Rasa macam nak kena cirit-birit je. Nasib tiga hari berturut-turut je. Kalau empat hari berturut-turut, mungkin boleh jadi buasir. Kbai.


Hari Selasa (3 Syawal)

Pada hari raya ketiga, rumah aku dikunjungi oleh kawan-kawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said. Lepas rumah aku, kami beraya rumah Ejam pulak. Lepas tu, kami berpecah sebab aku, Kmel, Pyan dan Ejam nak beraya rumah Adie manakala yang lainnya nak beraya rumah siapa siapa entah. Sampai je kat rumah Adie, aku jumpa Afiq, kawan yang dah lama aku tak jumpa. Lebih daripada setahun kot? Mungkin dua tahun? Tak pasti la pulak. Dan dia sanggup tunggu berjam-jam lamanya semata-mata nak jumpa aku sebelum dia berangkat pulang ke ibu kota malam tu jugak since dia bekerja pada keesokan harinya. Gila tak terharu? *tarik tisu tandas nak lap air mata*



Hari Rabu (4 Syawal)

Kali ni beraya dengan kawan-kawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad pulak. Kami bergerak ke rumah Jax since rumah dia ada buat makan makan sikit. Lepas pergi rumah Jax, kami bergerak ke rumah Adie pulak. Okay. Aku sorang je yang dah datang beraya rumah Adie. Dorang belum lagi. So? Nak tak nak, ikut je la. Tak dilupakan jugak, Khal yang turut berada di bumi Melaka. Sempat calling calling dia jemput datang rumah Adie sekali. Nasib dia takde hal petang tu. Dah. Tu je kot.



Hari Khamis (5 Syawal)

Malam semalamnya Qarl sempat call bagitahu dorang nak datang beraya kat Melaka. Kenapa tak call time dah sampai depan rumah je kan? Haha. Mula-mula dorang datang rumah aku. Then, dorang gerak ke rumah Eazy dan seterusnya rumah Syafiq Rosli. Aku dengan Adie tak join dorang sebab kami pergi beraya rumah kawan-kawan yang lain. Sebelum dorang meninggalkan bumi negeri bandar teknologi hijau ni, dorang sempat singgah rumah Adie dulu. Okay. Cuba teka, aku ikut sekali ke tak? Yes. Aku ikut sekali, beraya rumah Adie untuk kali yang ketiga! Tak pasal pasal abang Adie tanya esok nak datang lagi tak. Haha. Macam siot je perasaan aku masa tu. Agak kejam di situ ye.


Lepas selesai beraya rumah Adie, dorang menuju ke rumah Nabil Aizat yang terletak di Subang. Tapi aku dengan Adie masa tu tengah dalam dilema, tak tahu sama ada nak pergi atau tidak. Setelah menunaikan solat sunat hajat secara berjemaah, kami memutuskan untuk turut serta beraya rumah Nabil Aizat. Okay. Niat  nak solat sunat hajat tu dah ada. Cuma tak berkesempatan nak tunaikan. Hehe. So, aku, Adie, Fiq Fikri dan Amir Naufal bergerak dari Melaka selepas Maghrib. Pejam celik pejam celik, kami sampai rumah Nabil Aizat dalam pukul 10 lebih macam tu kot? Alhamdulillah. Takde masalah sepanjang perjalanan pergi dan balik. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Biarpun penat, aku enjoy habis hari tu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka mereka ini. :")



potpetpotpet : Ada sesiapa nak datang beraya rumah aku? :P

17 ulasan:

  1. wah best! meriah betul! :)

    BalasPadam
  2. curtains rumah tu cantik :D

    selamat berhari raye ;D

    BalasPadam
  3. Bestnye dapat beraya rumah member blogger!

    *jeles jap* :p

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 28, 2012

    zami, xsmpt nk ke rumah ko... rancang hr tu ngan Lann & Man nk pg tp dh kesuntukan masa..so kami round2 kt bahagian Melaka bawah jerr .. heheheheh

    *ade jgk gmbo aku dlm ni hehehe THANKS! first time jumpa Zami..kemain putih, rmbut tinggi .. hehehehe

    BalasPadam
  5. bila nk dtg beraya di anjung tasik pulak?

    BalasPadam
  6. hari raya la bule buat mcm nih

    hari lain tu buat tebiat kalau tetiba nak dtg

    BalasPadam
  7. gempak !
    sampai 3 kali raya . haha

    BalasPadam
  8. haha..part 2-3 kali g umah adie tu agak kelakar. tapi xpelah raye kan :p

    BalasPadam
  9. Hahahaha...3 kali 3 hari berturut-turut..

    Terus declare anak angkat ye..haha..

    BalasPadam
  10. Seronoknya Raya!
    hukhuk
    :)

    BalasPadam
  11. Sy syak zami dan adie ada hubungan terlarang.tetttt...hahahaha.joking.

    BalasPadam
  12. Selamat hari raya! ^^

    BalasPadam
  13. Kecik sangat la picnya zami...

    BalasPadam
  14. raya raya memang seronok amek gambar sampai tak hengat dunia kan..lagi2 dapat berkumpul ramai ramai..so fun!

    BalasPadam
  15. aiyohhh2 bersemangat betul raye taon ni. eh ke taon2 sebelum ni pon same? haha

    arini bole dtg raye lg x? ngaaa~

    BalasPadam
  16. hamboi2..xkonvoi raye umah kitorang pon!

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com