Jumaat, 17 Mac 2017

LVA Beaute | Set Penjagaan Kulit Lelaki

Salam.

Kali ni aku nak kongsikan produk penjagaan kulit muka yang pada pandangan aku amat eksklusif dan berkualiti, baik daripada segi packaging mahupun kandungannya. Harga setiap produk keluarannya pun boleh tahan. Tak terlalu murah, tak terlalu mahal. Amat bersesuaian dengan kualiti yang disajikan. Seperti yang tertera pada tajuk entri ni, produk yang dimaksudkan ialah LVA Beaute. Pernah dengar tak? Kalau belum, teruskan baca entri ni sampai habis. InshaAllah korang akan lebih mengenali LVA Beaute dan jatuh cinta dengan rangkaian produk yang ada.


Fakta LVA Beaute
  • Produk kecantikan untuk wanita dan lelaki.
  • Baru sahaja dilancarkan dengan 18 rangkaian produk.
  • Diformulasikan dengan bahan-bahan dari Switzerland dan campuran resipi rahsia untuk mencantikkan kulit.
  • Lulus KKM.
  • Tidak mengandungi merkuri.


18 Rangkaian Produk LVA (7 set produk)
  • Set LVA untuk Wanita - Kulit Normal
  • Set LVA untuk Wanita - Kulit Sensitif
  • Set LVA untuk Lelaki
  • 3 LVA Serums (Instant Lifting Serum, Intensive Whitening Serum, Acne Serum)
  • Diamond UV Foundation
  • V Shape Cream
  • Enzyme Scrub






Alhamdulillah. Aku dah pakai set LVA untuk lelaki sejak 1 Mac 2017. Jadi hampir tiga minggu aku dah pakai set ni. Mula mula aku macam malas jugak sebab leceh nak pakai sampai empat produk ni. Tapi aku paksa diri aku jugak. Nak helok ke tak? Mesti la nak! Haha! Bila hari hari dah buat rutin yang sama, aku tak rasa leceh dah. Lebih lebih lagi bila kesan dia amat memberangsangkan! Kulit muka aku jadi lebih halus dan licin. Ni bukan aku je yang rasa tapi ada beberapa kejadian yang membuatkan aku sedar perubahan kat kulit muka aku ni bukan sekadar perasaan aku je. Baru baru ni, ada yang suruh aku buat tutorial jaga kulit muka, ada yang tanya aku pakai foundation ke dan ada yang cakap aku makin muda. Mungkin kebetulan tapi semua tu berlaku dalam bulan Mac ni, yang mana aku baru je start pakai set LVA untuk lelaki ni. 

Aku akui alhamdulillah kulit muka aku kurang bermasalah. Tapi dengan adanya set LVA untuk lelaki ni, kulit aku bertambah baik, bertambah halus dan bertambah licin daripada sebelumnya. Siapa tak nak kan? Sejujurnya ini kali pertama aku cuba pakai satu set penjagaan kulit muka. Dan alhamdulillah, set LVA untuk lelaki ini sangat sesuai dengan aku dan mengambil masa yang singkat untuk memberikan kesan positif.


Set LVA untuk lelaki mempunyai 4 jenis produk, iaitu, Cleansing Gel, Men Toner, UV Perfect Water Cream dan Regenerist Night Cream. Jadi apa kebaikan dan fungsi setiap produk ni?

Harga: RM 129
Fungsi Cleansing Gel
  • Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. 
  • Memiliki tekstur yang lembut tidak melekit. 
  • Amat membantu dalam proses pembersihan permukaan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitamin A,C,E dan juga ekstrak buah-buahan.

Harga: RM 129
Fungsi Men Toner
  • Membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada Hydra Cleanser.
  • Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul.
  • Menutup liang pori untuk menghalang kotoran daripada masuk ke dalam.

Harga: RM 139
Fungsi UV Perfect Water Cream
  • Menenangkan dan menganjalkan kulit muka.
  • Menghalang sinaran UV daripada matahari. 
  • Menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan daripada persekitaran. 
  • Diformulasikan daripada minyak bunga matahari, rose placenta dan ekstrak buah-buahan.

Harga: RM 139
Fungsi Regenerist Night Cream
  • Merawat dan merehatkan kulit muka.
  • Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner.
  • Diformulasikan dengan rose placenta, vaccinium myrtillus dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E.
  • Mengaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan memberikan kesan pencerahan seawal 7 hari.


Dah alang alang tu, aku nak kongsikan 3 langkah mudah penjagaan kulit muka dengan set LVA untuk lelaki ni. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Aku kira newbie la pakai semua ni. Langkah-langkah yang aku buat setiap hari ni adalah berdasarkan rujukan aku kat google. Haha! Kalau rasa sesuai, ikut la. Kalau rasa tak sesuai, abaikan. Asalkan jangan korang pakai toner dulu baru cleanser dah la.

Langkah 1
Basahkan muka dengan air. Kalau rajin, basahkan dengan air suam (tak terlalu sejuk, tak terlalu panas). Pastikan semua bahagian muka jadi basah dan terkena air. Letakkan sedikit Cleansing Gel ni kat kulit muka. Aku biasanya letak sikit kat pipi kanan, pipi kiri dan dahi. Lepas tu urut muka ikut suka hati. Kejap membulat, kejap ke atas, kejap kiri, kejap kanan. Elakkan kawasan mata dan mulut. Lebih kurang 30 saat baru boleh bilas dengan air.

Langkah 2
Lapkan muka yang baru dibilas dengan kain tuala yang bersih. Kalau boleh tuala tu memang untuk lap muka je. Kalau boleh jangan la pakai tuala yang dah lap segala macam celah tu. Ni nak elak kotoran dan bakteria dipindahkan daripada tuala ke muka kita. Kemudian ambil kapas muka dan tuangkan sedikit Men Toner ni kat atas kapas tadi. Sapukan kapas tadi pada muka. Tumpukan pada dahi, hidung atau pipi sekiranya bahagian tersebut bermasalah. Sekali lagi, elakkan kawasan mata dan mulut.

Langkah 3
Pada waktu pagi, letakkan sedikit UV Perfect Water Cream pada hujung jari. Kemudian calitkan pada pipi kanan, pipi kiri, dahi dan hidung. Seterusnya urut muka menggunakan jari. Aku tertarik betul dengan UV Perfect Water Cream ni sebab berwarna biru. Bila calit kat pipi, rasa sejuk je. Rasa macam nak pakai banyak banyak je. Haha! Manakala pada waktu malam pulak, ulang langkah yang sama, cuma kali ni gunakan Regenerist Night Cream. Selesai! Ulang langkah 1 hingga 3 setiap hari.

A post shared by Hizami Li (@hizamili) on


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LVA Beaute ni, boleh rujuk kat bawah ni:

Jumaat, 9 Januari 2015

Imej Baru Blog Budak Lelaki Sebelah Pintu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Welcome back Budak Lelaki Sebelah Pintu! Well... Setelah sekian lama tak aktif dalam dunia blog, especially tahun lepas, tahun 2015 ni aku tiba-tiba terbuka pintu hati untuk kembali menulis kat sini. Kemain terbuka hati kau... Mungkin dah bosan sangat bercakap dengan orang kot. Tu yang sekarang ni nak bercakap sorang sorang kat blog ni. Boleh macam tu?


Sempena dengan semangat baru, aku pun tempah full template baru kat Azhafizah. Konon nak dapat imej baru la. Hiks. Tapi memang penat dia melayan kehendak aku. Kejap nak itu, kejap nak ini, kejap tak nak itu, kejap tak nak ini. Cerewet ke tak? Haha. Nasib baik Azhafizah ni sabar aje la dengan aku. Boleh pulak dia ikut je apa yang aku nak. Respek la! Dan alhamdulillah, aku sangat puas hati 200% dengan hasil kerja dia. So, for those yang nak tukar template ke, nak beri nafas baru ke, nak habiskan duit yang banyak sangat kat dalam akaun bank tu ke, meh ramai ramai tempah full template kat Azhafizah sekarang! Harga yang ditawarkan memang tak payah cakap la memang murah gila dan berpatutan dengan hasil dia.




potpetpotpet : Harap bukan hangat hangat tahik ayam. Puihhh...

Khamis, 8 Januari 2015

Kalendar Abang Bomba - Sado & Kacak Jadi Perhatian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Selamat datang 2015! Alhamdulillah. Kita masih diberikan peluang untuk memperbaiki diri, baik daripada segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelektual. Tak lupa? Daripada segi sosial! Haaa... Kita cilok daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan sikit. Hehe. Kantoi dah cikgu kat situ. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik untuk semua ye? Sudah sudah la kita memaki hamun, menghina, mencaci, mengutuk mahupun mengumpat sepanjang tahun lepas. Tahun ni kita marilah kita cuba berbaik sangka, berfikiran positif, memaafkan dan memberi peluang kepada orang-orang di sekeliling kita. Kan lebih elok macam tu?

Sempena kedatangan 2015 ni, sah sah la kita kena tukar kalendar baru kan? Tapi tahu tak kalendar yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan hangat tahun ni? KALENDAR BOMBA 2015! Sebab apa? Sebab dia letak abam abam sado kat dalam kalendar tu! Kalau dia letak abam abam muncet aku rasa takde siapa tahu kewujudan kalendar tu. Ehhh terjujur pulak! Hehe. Tapi bukan abam abam sado je dalam tu, ada jugak awek seorang dua terselit dalam kalendar tu. Jadi la kan daripada takde langsung? Okay. Jom tengok sikit macam mana rupa kalendar tu:













Sumber: KLIK DI SINI

potpetpotpet : Kalau aku dah sado nanti, aku pun nak buat kalendar jugak la.

Sabtu, 21 Jun 2014

Baju Melayu - Fesyen, Design & Gaya Terkini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Lama tak update? Ni tiba tiba update ni apahal? Buang tebiat? Ke buang air kecik? Hihi. Takde apa pun. Cuma sekarang ni aku dapat la tarik nafas panjang sikit. Semester pertama pengajian aku pun baru je tamat. Budak-budak pulak tengah cuti semester. Kalau tak? Takde masa nak log in blogger ni! Sedih tak kisah hidup aku? Dah pergi lap air mata tu

Ni aku nak kongsi fesyen baju melayu 2014. Kot kot ada yang tak beli baju melayu lagi untuk hari raya tahun ni. Boleh la beli kat dorang ni. Tapi ukur baju kat badan sendiri ye? Jangan jadi macam badut masa hari raya nanti dah la. Hihi.

Rizman Ruzaini
Instagram: @rizmanruzaini



Andrés Avenue
Instagram: @andresavenue



Melinda Looi
Instagram: @melindalooi
 



Alana Ilham
Instagram: @alanailham



Anuar Faizal
Instagram: @anuarfms


potpetpotpet: Belum puasa tapi dah cakap pasal raya?

Rabu, 5 Jun 2013

Pengalaman Undi Pilihan Raya Pertama Kali & Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sepanjang 'kehilangan' aku, ada beberapa kejadian penting telah berlaku. Marilah kita menguap terlebih dulu sebelum kita mula membaca entri bosan ni. Tapi kalau nak bagi segar bugar mata tu, boleh tarik bulu hidung satu persatu. Selagi mata tak berair, teruskan tarik. Semoga berjaya!

Feb 23, 2013
Alhamdulillah. Dapat habiskan masa dengan dua orang sahabat karib daripada sekolah menengah. Bukan dapat lepak macam ni selalu. Dua dua sekarang dah kerja kat KL. Sorang kat Kuala Lumpur, sorang lagi kat Kuala Lipis. Kemain kerja jauh jauh. Setidak-tidaknya dapat nyanyi lagu balik kampung dengan penuh perasaan balik raya nanti. Boleh camtuh?

Kat atas tu Kmel, kat bawah tu Ezam. Aku ada kat atas dan kat bawah. Haha! Tu pun nak mention kan?

Feb 24, 2013
Semalam makan pakai duit sendiri. Hari ni makan pakai duit Hamz. Haha! Terima kasih Hamz kerana belanja kami. Dalam hati kemain syukurlah ada orang nak belanja. Sebab apa? Dompet bukan setakat berlubang je tapi dah terbahagi dua. Siapa ada dompet lebih? Kot kot nak bagi percuma ke kat aku.

Mentang-mentang orang belanja, kemain order macam-macam ye?

Feb 28, 2013
Kali pertama aku mendapat 'mandat' sebagai pengerusi majlis kat sini. Sistem saraf macam separa berfungsi bila tahu Menteri Sumber Manusia datang pada hari kejadian. Aiyoyo. Nervous bukan kepalang! Sebab ni pertama kali aku terlibat dengan majlis yang membabitkan menteri. Sebelum ni pernah la jadi pengerusi majlis tapi sambutan hari jadi jiran sebelah rumah je. Kbai.

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Mac 8, 2013
Aku terlibat dengan satu kes ragut di simpang empat berdekatan Tesco Cheng. Tapi bukan aku jadi mangsa ragut. Nama perempuan yang jadi mangsa hari tu Adibah. Dia naik kereta kancil putih. Masa lampu isyarat merah, seperti biasa, berhenti la kan? Dalam sekelip mata je ada satu motosikal daripada belakang terus pecahkan cermin kereta dia, bawa lari beg tangan. Terus motosikal tu blah walaupun lampu tengah merah masa tu. Memang takde siapa sempat buat apa-apa sebab kejadian tu berlaku sangat pantas, sangat sekejap. Okay. Macam mana aku tahu nama perempuan tu? Akulah yang tolong dia bertenang dan bawa dia ke tepi jalan sebab dia dah menangis nangis pastu menjerit jerit.

Polis datang kemudian.

Mac 24, 2013
Jumpa Dila! Jauh dia datang, daripada utara semenanjung tu. Ni aku dengan Adie baru balik dari Muar, memenuhi undangan. Cehhh... Nampak tak betapa besarnya pengorbanan kami ni Dila? Haha! Tak banyak yang dapat dibualkan sebab masa pun tak banyak. Tapi takpelah, yang penting dapat bersua muka, melepas rindu di dada. Aiyoyo. Tekak ada rasa geli tak baca ayat camtuh?

Comel tak Dila? Okay. Dila, aku dah tolong promote ni.

April 14, 2013
Esok birthday Adie. Ni ala ala countdown kononnya. Haha! Yang menariknya, ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Hard Rock Cafe. Sebelum ni pernah tengok pernah dengar je. Ni dah masuk ni, aku tak rasa aku nak masuk lagi. Eh, jujur sangat tak? Tapi memang best Hard Rock Cafe kat Melaka ni sebab lokasi dia berhampiran dengan Jonker Walk, berhadapan dengan bangunan Stadhuys dan bersebelahan dengan sungai Melaka. Apa lagi kau nak? Lengkap di situ!

Happy birthday!

Mei 1, 2013
Wan Fuuyoo datang Melaka atas urusan rasmi. Dah alang alang tu, kami lepak sama-sama. Siapa sangka hari pekerja memang semua orang datang kat AEON Bandaraya Melaka! Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab parking spot memang takde! Parking spot yang hujung hujung alam tu pun penuh. Siapa nak jawab? Takkan Kak Ton nak jawab? Sampai nak lunch pun kena beratur, tunggu meja kosong. Tak pernah pernah aku dengan Adie ada pengalaman macam ni. Tapi paling best bila Wan Fuuyoo belikan kek senyap senyap, sambut birthday aku dengan Adie. Tak expect langsung sebab birthday aku dengan Adie dah lepas hampir seminggu dua. Aku terharu kemain sampai keluar air hidung!

Terima kasih Wan Fuuyoo!

Mei 5, 2013
Siapa boleh lupa tarikh ni? Ni first time aku mengundi. Memang excited nak tanda pangkah tapi pada masa yang sama, takut jugak tertanda betul sebab dah biasa sangat marking kertas jawapan. Haha! Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar.

Jari dah kena calit dengan dakwat! Adik-adik yang tak dapat rasa jari kena calit dengan dakwat boleh cuba conteng dengan pen marker.


potpetpotpet : Kursus empat hari minggu depan!

Selasa, 28 Mei 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Aku tak tahu ada orang baca lagi ke tak blog aku ni. Lantak la yang penting aku tahu ada sorang yang confirm baca blog aku. Siapa? Aku la! Haha. Kenapa? Tak boleh ke nak baca blog sendiri? Catat guinness world record la jugak bila hampir setengah tahun aku tak update apa apa. Jangan risau, aku sihat walafiat di sini. Walaupun aku tahu takde siapa yang risau. Heh. Setakat itu je untuk hari ni. Lepas ni inshaAllah akan lebih kerap entri yang menyusul. :")

potpetpotpet : Aku pada hari ini bukanlah aku pada hari-hari semalam.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Budak Lelaki Sebelah Pintu Sebagai Blogger Pilihan Di Utusan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Kemain lama tak update? Maklum je la, hati dah takde kat blog. Eh. Siapa yang curi hati aku ni? Pulangkan balik! Haha. Aku sibuk dengan kerja. Sibuk cari rezeki sampai terlupa blog kesayangan mucuk mucuk aku ni. Okay. Nak taip mucuk mucuk pun sampai meremang bulu tengkuk aku. Geli.


Pada hari Sabtu yang dua minggu lepas, haha bukan seminggu lepas ye, tanggal 22 September 2012, Budak Lelaki Sebelah Pintu (BLSP) terpilih untuk menghiasi ruangan blogger pilihan dalam sisipan COM. COM ni stands for Citra Orang Muda. Dan terima kasih kepada Mejah kerana memanjangkan nama aku kepada Kak Lyn yang bertindak sebagai penulis untuk ruangan blogger pilihan tersebut.

Pengalaman yang hebat! First time kot aku kena interview? Haha. Sedih je kan? No wonder aku terlebih excited bila blog cincai cincai macam ni boleh terselit kat dalam Utusan. Kalau blog aku pun boleh dapat peluang macam ni, tak mustahil satu hari nanti giliran korang pulak. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. *tarik beg keluar akademi fantasia*

Terima kasih kepada mereka yang perasan blog aku dalam paper hari tu. Tapi aku sendiri segan nak baca ruangan tu. Macam terlebih skema je soal jawab aku tu? Haha. Kemain aku guna bahasa rempit masa interview. Apa celop? Nini cokelat celop, celop celop, nini cokelat celop, celop celop, rasa kacang stroberi, sungguh enak sekali, nini! Nini! Kbai.

Terima kasih Wan Fuuyoo! :")

Dah 3 tahun dah? Wow! :")

Entri oleh Eazy Izzuddin. Boleh singgah kat SINI.

Tak tahu pulak boleh baca interview aku hari tu kat SINI.

Menangis! Haha.


potpetpotpet : Tengah tunggu tawaran berlakon filem tajuk anak itik tok wi mandi dalam kolam.

Selasa, 28 Ogos 2012

Beraya Rumah Kawan - Dari Melaka Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jom baca kisah raya aku tahun ni. Aku rasa penat jugak beraya selama tiga hari berturut-turut. Rasa macam nak kena cirit-birit je. Nasib tiga hari berturut-turut je. Kalau empat hari berturut-turut, mungkin boleh jadi buasir. Kbai.


Hari Selasa (3 Syawal)

Pada hari raya ketiga, rumah aku dikunjungi oleh kawan-kawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said. Lepas rumah aku, kami beraya rumah Ejam pulak. Lepas tu, kami berpecah sebab aku, Kmel, Pyan dan Ejam nak beraya rumah Adie manakala yang lainnya nak beraya rumah siapa siapa entah. Sampai je kat rumah Adie, aku jumpa Afiq, kawan yang dah lama aku tak jumpa. Lebih daripada setahun kot? Mungkin dua tahun? Tak pasti la pulak. Dan dia sanggup tunggu berjam-jam lamanya semata-mata nak jumpa aku sebelum dia berangkat pulang ke ibu kota malam tu jugak since dia bekerja pada keesokan harinya. Gila tak terharu? *tarik tisu tandas nak lap air mata*



Hari Rabu (4 Syawal)

Kali ni beraya dengan kawan-kawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad pulak. Kami bergerak ke rumah Jax since rumah dia ada buat makan makan sikit. Lepas pergi rumah Jax, kami bergerak ke rumah Adie pulak. Okay. Aku sorang je yang dah datang beraya rumah Adie. Dorang belum lagi. So? Nak tak nak, ikut je la. Tak dilupakan jugak, Khal yang turut berada di bumi Melaka. Sempat calling calling dia jemput datang rumah Adie sekali. Nasib dia takde hal petang tu. Dah. Tu je kot.



Hari Khamis (5 Syawal)

Malam semalamnya Qarl sempat call bagitahu dorang nak datang beraya kat Melaka. Kenapa tak call time dah sampai depan rumah je kan? Haha. Mula-mula dorang datang rumah aku. Then, dorang gerak ke rumah Eazy dan seterusnya rumah Syafiq Rosli. Aku dengan Adie tak join dorang sebab kami pergi beraya rumah kawan-kawan yang lain. Sebelum dorang meninggalkan bumi negeri bandar teknologi hijau ni, dorang sempat singgah rumah Adie dulu. Okay. Cuba teka, aku ikut sekali ke tak? Yes. Aku ikut sekali, beraya rumah Adie untuk kali yang ketiga! Tak pasal pasal abang Adie tanya esok nak datang lagi tak. Haha. Macam siot je perasaan aku masa tu. Agak kejam di situ ye.


Lepas selesai beraya rumah Adie, dorang menuju ke rumah Nabil Aizat yang terletak di Subang. Tapi aku dengan Adie masa tu tengah dalam dilema, tak tahu sama ada nak pergi atau tidak. Setelah menunaikan solat sunat hajat secara berjemaah, kami memutuskan untuk turut serta beraya rumah Nabil Aizat. Okay. Niat  nak solat sunat hajat tu dah ada. Cuma tak berkesempatan nak tunaikan. Hehe. So, aku, Adie, Fiq Fikri dan Amir Naufal bergerak dari Melaka selepas Maghrib. Pejam celik pejam celik, kami sampai rumah Nabil Aizat dalam pukul 10 lebih macam tu kot? Alhamdulillah. Takde masalah sepanjang perjalanan pergi dan balik. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Biarpun penat, aku enjoy habis hari tu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka mereka ini. :")



potpetpotpet : Ada sesiapa nak datang beraya rumah aku? :P

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com