Jumaat, 21 September 2012

Berita Baik - Perkara Penting Dalam Hidup Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ke mana aku membawa diri? Adakah aku sudah merajuk dengan dunia blog? Cehhh... Dialog macam penyanyi yang kecewa sebab lagu tidak diputarkan di stesen-stesen radio tempatan. Ini blog la beb. Takde pembaca pun blog ni boleh hidup. Sebab tujuan tulis blog ni pun untuk aku baca balik masa aku dah tua nanti. InshaAllah kalau panjang umur. :")


Sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Itu yang biarkan je blog ni. Bukankah ada masanya diam itu lebih baik? *betulkan serban*

Aku sekarang sibuk dengan kerja. Bangun pagi, masuk kerja, balik kerja, tidur. Bangun pagi, masuk kerja, balik kerja, tidur. Bangun pagi, masuk kerja, balik kerja, tidur. Tak ke bosan kalau hari hari aku update kat blog macam tu?

Ada dua perkara penting yang berlaku dalam hidup aku baru baru ni. Pertama, minggu lepas aku sempat datang KL. Untuk apa? Haaa... Tu kena tengok gambar bawah ni.


Nampak tak aku tengah buat apa? Aku tengah berenang merentas laut china selatan, nak cipta rekod dunia. Haha. Sarkastik tak? Cerita selanjutnya aku akan update esok. Atau lusa. Eh. Bulan depan pun boleh. Tengok la macam mana nanti.

Kedua, aku dah ada buah hati baru. Malu pulak nak tunjuk gambar dia. Takpe takpe. Kita tengok sikit gambar kat bawah ni.


Sekali lagi, cerita selajutnya aku update kemudian. Okay. Sampai sini je la untuk kali ni. Aku nak sambung hafal sifir dua. Satu kali dua, dua, dua kali dua, empat, tiga kali dua, enam...


potpetpotpet : Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita. :")

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com