Khamis, 11 Mei 2017

Iklan Produk & Perniagaan Online Di Blog

Salam.


Alhamdulillah. Usaha dan keringat aku selama hampir 3 bulan ni terbayar dengan melihat pageviews blog Budak Lelaki Sebelah Pintu pada bulan lepas melebihi 140,000. Secara kasarnya, pageviews blog ni telah menghampir 150,000 pada bulan lepas. Satu angka yang aku rasa sangat besar, lebih lebih lagi aku dah lama tinggalkan blog aku ni macam tu je. Tapi sekarang aku sangat bersyukur sebab aku dah dapat rentak dan trafik macam ni. Doakan aku terus mengemas kini blog dengan entri-entri yang lebih bermanfaat, terkini dan juga sensasi.


Jangan tak tahu, blog juga boleh menjadi salah satu platform dan medium pengiklanan dan promosi. Untuk itu, dengan lafaz bismillah, aku membuka peluang kepada mana-mana individu atau kumpulan untuk mengiklankan perniagaan dan produk korang kat blog aku ni. Ya. Blog aku akan bertindak sebagai pemangkin kepada perniagaan dan produk korang untuk mencapai lebih ramai pelanggan serta pengguna yang berpotensi kat luar sana tu.

Kelebihan blog dalam pengiklanan dan promosi

Ada banyak sebenarnya kelebihan menggunakan blog untuk mengiklankan perniagaan dan produk. Antaranya ialah:
  • Bayar sekali, jualan berkali-kali. Aku cuma perlu update satu entri mengenai perniagaan atau produk korang tapi jualan yang korang akan buat inshaAllah lebih daripada satu. Sebab apa? Sebab entri pasal perniagaan atau produk korang dah ada kat google. Siapa siapa pun boleh google dan dapat tahu mengenai perniagaan atau produk korang.
  • Google adalah mesin carian nombor 1 di dunia. Nak cari apa? Semua ada kat Google. Cari la apa apa pun, mesti ada kat google. Jadi kenapa tidak kita mempromosikan perniagaan atau produk kita di Google? Ehhh macam mana? Iklankan kat blog aku la! Haha!

Google sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada kita. Jika kita tak tahu nak makan mana? Kita google! Jika kita tak tahu tempat apa yang menarik kat sesebuah negeri? Kita google! Jika kita tak tahu macam mana nak kuruskan badan dengan cepat? Kita google! Betul tak? Pendek kata, kita kalau nak tahu apa apa, kita akan google. Kenapa? Kerana mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta percuma. Jadi, aku menyediakan perkhidmatan untuk mempromosikan sebarang jenis perniagaan atau produk korang supaya boleh memaksimumkan capaian kepada semua pelanggan dan pengguna yang berpotensi. 

Jika berminat, sila hubungi aku di:

Boleh pm tepi untuk pertanyaan yang lebih lanjut. Terima kasih.

Rabu, 12 April 2017

Meningkatkan Trafik Blog Dalam Sebulan

Salam.

Alhamdulillah. Masuk bulan April ni, lebih kurang sebulan juga aku aktif semula dengan blog aku ni. Setelah hampir 5 tahun membiarkan blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni terabai macam tu je, sekarang aku dah mula mendapatkan rentak dan semangat untuk update blog. Semoga berterusan la ya? Jangan hangat hangat tahi ayam sudah la.

Bila tak aktif blogging ni, pageviews blog pun terus menurun. Jadi dalam masa sebulan ni, aku berusaha untuk memperbaiki pageviews dan juga rank blog aku dengan sedaya upaya meningkatkan trafik blog. Sepanjang bulan lepas, pageviews blog aku telah berjaya mencapai lebih daripada 30,000! Satu angka yang amat memberangsangkan bagi aku. Alhamdulillah. Syukur. Ni pun antara pemangkin motivasi aku untuk teruskan update blog aku ni. InshaAllah aku akan cuba untuk meningkatkan prestasi bulan ni pula. Doakan ya?


Tak habis kat situ, aku semak juga traffic rank blog aku kat Alexa. Alhamdulillah. Ada peningkatan juga dalam masa sebulan ni. Sebelum ni rank dalam Malaysia tu tak keluar nombor pun. Maksudnya tak layak untuk disenaraikan. Tapi sekarang? Rank bawah 40,000! Syukur. Target lepas ni nak cuba dapatkan rank bawah 20,000 pula. Wish me luck okay? Dan teruskan sokong blog picisan ni. Haha!


Apa itu traffic rank? 

Mungkin ada yang tak faham dengan traffic rank. Traffic rank ni adalah berdasarkan data trafik terkumpul yang diukur berdasarkan paparan halaman (pageview) dan capaian pengguna (reach). Alexa mendapatkan bilangan paparan halaman (pageview) dan capaian pengguna (reach) bagi semua laman web secara harian. Traffic rank daripada Alexa adalah berdasarkan purata kedua-dua kuantiti tersebut berkadar dengan masa. Jadi traffic rank ni sebenarnya dapat menggambarkan bilangan pengguna yang singgah di laman web kita dan juga bilangan halaman yang dilawat oleh mereka.

Maknanya, Alexa ni sangat relevan untuk mengesan kadar trafik bagi laman web kita sebenarnya. Ya. Walaupun Alexa tidak dapat menjamin kualiti setiap trafik tersebut, atau sumbernya, tapi sekurang-kurangnya Alexa dapat memberi gambaran trafik laman web kita secara keseluruhannya.

Nak tahu traffic rank blog korang? Klik kat bawah ni dan masukkan laman web korang kat situ.

Jumaat, 21 September 2012

Berita Baik - Perkara Penting Dalam Hidup Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ke mana aku membawa diri? Adakah aku sudah merajuk dengan dunia blog? Cehhh... Dialog macam penyanyi yang kecewa sebab lagu tidak diputarkan di stesen-stesen radio tempatan. Ini blog la beb. Takde pembaca pun blog ni boleh hidup. Sebab tujuan tulis blog ni pun untuk aku baca balik masa aku dah tua nanti. InshaAllah kalau panjang umur. :")


Sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Itu yang biarkan je blog ni. Bukankah ada masanya diam itu lebih baik? *betulkan serban*

Aku sekarang sibuk dengan kerja. Bangun pagi, masuk kerja, balik kerja, tidur. Bangun pagi, masuk kerja, balik kerja, tidur. Bangun pagi, masuk kerja, balik kerja, tidur. Tak ke bosan kalau hari hari aku update kat blog macam tu?

Ada dua perkara penting yang berlaku dalam hidup aku baru baru ni. Pertama, minggu lepas aku sempat datang KL. Untuk apa? Haaa... Tu kena tengok gambar bawah ni.


Nampak tak aku tengah buat apa? Aku tengah berenang merentas laut china selatan, nak cipta rekod dunia. Haha. Sarkastik tak? Cerita selanjutnya aku akan update esok. Atau lusa. Eh. Bulan depan pun boleh. Tengok la macam mana nanti.

Kedua, aku dah ada buah hati baru. Malu pulak nak tunjuk gambar dia. Takpe takpe. Kita tengok sikit gambar kat bawah ni.


Sekali lagi, cerita selajutnya aku update kemudian. Okay. Sampai sini je la untuk kali ni. Aku nak sambung hafal sifir dua. Satu kali dua, dua, dua kali dua, empat, tiga kali dua, enam...


potpetpotpet : Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita. :")

Rabu, 9 Mei 2012

Cek Nuffnang Hasil Blog

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat rezeki, dapat cek daripada Nuffnang. Menurut Wikipedia, cek ialah perintah bertulis kepada institusi kewangan supaya membayar jumlah khusus dalam sesuatu mata wang seperti yang dinyatakan. Hebat tak tajuk entri aku? Haha. Kalau tak silap, ni cek yang ketiga daripada Nuffnang kot? Tapi cek aku tu nilai dia takde la sampai ribu ribu. Pulak tu, bukan setiap bulan dapat. Kalau tak silap aku, bulan Februari tahun lepas kali terkahir aku cash out duit terkumpul daripada Nuffnang ni. Bayangkan, dah lebih setahun pon tak jugak cecah ribu ribu! Nampak sangat blog picisan. LOL.

Aku rasa ni first time aku tunjuk cek yang aku dapat daripada Nuffnang. So, aku dah maju setapak nampaknya. Tunjuk cek daripada Nuffnang ni bukan ke harus bagi seorang blogger? Haha. Ni bukti yang Nuffnang ni memang boleh dipercayai. Well, aku bukan jenis yang bergantung kepada Nuffnang. Bagi aku, kalau ada, ada la, kalau takde, takde la. Senang je sebab aku bukan kerja update blog 24 jam.


Berapa jumlah yang aku dapat tu biarlah rahsia. Kalau bagitahu pon bukan jumlah tu boleh darab lima kan? Haha. Anyway, have fun in blogging! Semoga rezeki yang kita peroleh pada hari ni, esok dan seterusnya mendapat keberkatan Allah. Amin.


potpetpotpet : Selsema la pulak.

Sabtu, 24 Disember 2011

Kekok Update Blog Dah Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahu tak macam mana rasa kekok? Kekok ni ejaan dia lebih kurang sama dengan keropok tapi takde kena mengena langsung dengan keropok. Kekok ni terjadi bila mana kita tak biasa melakukan sesuatu. Kadang kadang kita dah biasa buat benda tu tapi kita terpaksa tinggalkan benda tu untuk sementara waktu. Bila kita nak sambung balik buat benda tu, kita rasa keropok. Eh? Kita rasa kekok la!

Contoh macam aku nak update blog hari ni. Aku rasa keropok gila sebab dah dekat sebulan aku tak dapat taip secara serious kat blog aku ni. Mungkin aku sengaja tulis keropok? Memang! Haha. Nak tekan keyboard pon rasa macam geli geleman je sebab dah lama tak tekan keyboard. Boleh?


Mungkin ada yang tak tahu ke mana aku menghilang. Actually takde la menghilang sangat sebab aku sempat update satu dua entri sebelum ni. Pada hujung bulan November lepas, aku kena pergi latihan nasyid kat Tanjong Malim, Perak untuk Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) yang mula mula dia kata bakal berlangsung pada hujung bulan Disember ni tapi last last ditangguhkan dan aku tak tahu bila sebab surat dia tak sampai sampai lagi. Dengar cerita, awal tahun depan kot? Pada masa yang sama, FESTKUM 2011 turut berlangsung selama seminggu kat negeri Johor. Tak pasal pasal salah seorang daripada pegawai HEP tu suruh aku dengan beberapa orang kawan lagi untuk join sekaki. So, aku pon bertindak mengikut arahan.

Kalau kau nak tahu, aku baru je sampai kat rumah petang semalam. Dan aku akan upload gambar gambar aku masa kat  FESTKUM 2011 pada entri yang akan datang. Kena tunggu lagi la ni? Boleh?



potpetpotpet : Rasa kekok tak baca entri aku?

Ahad, 23 Oktober 2011

50 Blogger Paling Popular Sepanjang Tahun Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sedar tak sedar, tiba tiba aku termasuk dalam senarai Top 50 Blogger Paling Popular. Rasa macam dah menang satu kategori kat ABP je. Boleh?


Nampak tak? Nombor 32 tu? Nama aku kan? Ke nama fakers yang bersepah kat facebook tu? Haha. Anyway, bro Faizal Fredley yang keluarkan senarai ni. Tapi entri dia yang minggu lepas kot? Aku baru dapat tahu hari ni! Kesian kan? Setelah aku tengok senarai tu, aku rasa ramai lagi blogger yang lebih popular daripada aku tapi takde dalam senarai. Tak terperasan la tu sebab ramai sangat blogger popular sekarang ni.

Popular atau tidak, aku update je blog. Bukan sebab nak puaskan hati orang tapi nak puaskan hati aku sendiri. Sejujurnya, dulu aku sangat mengejar populariti dalam dunia blog ni. Biasa la kot? Orang kata biasa la budak baru nak naik. Haha. Tapi sekarang aku dah macam matang sikit.



potpetpotpet : Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

Khamis, 29 September 2011

Saya Dah Backup Blog Saya. Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi tadi aku ada baca kat blog Azhafizah pasal blog kawan dia kena hack. Dan dan aku terus seram! Terus terfikir macam mana kalau blog aku yang kena? Tak sanggup nak bayangkan.

So, aku terus google how to backup a blog. Google punya google, finally, aku dapat tahu macam mana nak backup blog picisan aku ni. Senang gila! Meh sini aku ajar. Eh. Ni untuk blog yang guna blogger sahaja. Kalau guna wordpress, steps dia lain kot?

Ni untuk pengguna updated blogger interface macam aku. Haha.

Sila klik untuk kepuasan nafsu yang lebih.
Dashboard > Settings > Other > Export Blog

Ni pulak untuk pengguna old blogger interface. Tak reti reti nak guna yang updated tu ke? Lagi best kot!

Sila klik supaya tak menyesal di kemudian hari.
Dashboard > Settings > Basic > Export Blog

Mudah kan? Bila kita click export blog tu, blogger akan create xml file untuk kita simpan kat dalam komputer kita. Kalau apa apa jadi kat blog kita nanti, kita boleh click import blog yang terletak kat sebelah export blog tu, lepas tu, cari la xml file kita tadi. Anyway, better kau rename xml file tu dengan nama yang sesuai supaya kau tak keliru dengan xml file yang lain.

Aku dapat tahu yang backup ni merangkumi semua, daripada kandungan entri, pautan, gambar dan paling penting sekali ialah komen! Hebat tak? Apa tunggu lagi? Cepat backup blog kau tu!



potpetpotpet : Sediakan payung sebelum hujan.

Contest Banner Eyriqazz.Com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku rasa macam nak join contest pulak. Agak agak contest mana yang jadi mangsa aku kali ni? Errr... Macam la entri ni takde tajuk kan? Seperti tajuk yang tertera, aku nak join contest banner daripada Eyriqazz.Com.

Header blog dia.

Apa yang perlu aku buat? Aku kena siapkan satu banner untuk Eyriqazz.Com. Eh. Dah siap dah banner tu! Magik tak magik tak? Sila bagi tepukan gemuruh untuk aku. Haha. Jom tengok banner yang aku dah buat untuk Eyriqazz.Com kat bawah ni:

Ni versi komik. Sila klik untuk cepat membesar.

Ni versi manusia. Boleh? Seperti biasa, sila klik untuk cepat membesar.

Sorry la kalau macam tak menarik je banner yang aku buat ni. Ni first time aku join contest banner macam ni. Kalau takde rezeki, boleh cuba lagi. Nak join? Sila klik kat SINI. Contest Design Banner Eyriqazz.Com ini ditaja oleh AbangEnsem.Com.



potpetpotpet : Belum cuba belum tahu.

Jumaat, 23 September 2011

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Dalam dua hari jugak blog aku tak dapat berfungsi seperti biasa. Errr... Kenapa dengan blog aku? Domain blog aku dah expired dah masa tu. Aku pulak buat buat tak tahu je. Macam mana tu? Merasa la dua hari blog aku siarkan iklan iklan yang menarik. MENARIK. Haha.

Sepanjang tempoh expired tu, ada la beberapa orang yang tanya pasal kenapa dengan blog aku tu. Yes. Beberapa orang SAHAJA. Sedih gile. Siapa la aku kan?

Anyway, aku macam terharu sebab masih ada yang sayang kat aku. Atau blog aku? Haha. So, terima kasih diucapkan kepada semua yang tanya pasal blog aku kat wall hari tu. Bukan kat wall je, yang sms, yang chat, yang tweet dan yang call jugak. Terima kasih! Ni yang aku macam nak nangis ni. Tanpa anda semua, siapa la saya dalam dunia blogging yang fana ini. Okay. Boleh pui sekarang. Pui!






Sekarang blog aku dah boleh buka kan? Ada sesiapa yang tak boleh buka lagi? Eh? Boleh pulak kau jawab soalan aku ni kalau kau tak boleh buka blog aku ni? Okay. Update hari ni memang sangat main main. Esok baru aku update betul betul. Bai!



potpetpotpet : Nasib blog aku dah okay. Jom pekena cool blog! Eh?

Blog - Sumber Trafik Dalam Diam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Ni traffic sources bagi blog entah apa apa aku, tak lain dan tak bukan ialah blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Kiraan ni start daripada 23 Ogos 2011 sampai la 20 September 2011. As you can see, blog Nisa Kay telah mengungguli carta tersebut. Errr... Kau faham tak apa makna semua ni? Maksudnya, blog Nisa Kay telah menyumbangkan trafik terbanyak kepada blog aku ni. Faham dah? Senang cakap, 147 hits kat blog aku datang daripada blog Nisa Kay semata-mata. Haaa... Macam mana tu? Simple je! Sebab Nisa Kay letak aku kat blog list dia. Tu je. See? Senang senang je dapat viewers kan? Dengan kuasa bulan, eh, dengan kuasa blog list, maka jumlah blog viewers pon bertambah secara spontan. Menarik bukan?

So, hebat tak sumber trafik dalam diam ni? Let's korang pakat ramai ramai mintak Nisa Kay masukkan blog korang kat dalam blog list dia. Cepat mintak kat dia sekarang! Haha. Padan muka Nisa Kay kena serbu la lepas ni.



potpetpotpet : Orang memberi, kita merasa, eh, aku merasa.

Isnin, 19 September 2011

Header Baru Daripada Laptop Buruk

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sedih tak tajuk entri aku? Dah macam tajuk drama paling sedih di dunia je. Haha. Aku tengah busy gile ni. Mata pon macam bengkak je sebab lama sangat menghadap laptop buruk ni. Cehhh... Dan dan terus laptop buruk kan? Bajet ada orang nak belikan lettewww.

Okay. Berbalik kepada cerita busy tadi, aku sedang menyiapkan header percuma hari tu dengan menggunakan laptop buruk ni. So far, aku dah siapkan 3 keping header. So, tinggal lagi 7. Eh. Ada siapa siapa yang tak perasan dia dah menang header percuma ke? Sila check DI SINI.

Daripada 3 keping header, hanya 1 keping SAHAJA telah diterima. Yang lagi 2 keping tu? Aku belum dapat apa apa maklum balas lagi. Mungkin dorang busy kot. Tapi tak kisah la. So, jom kita tengok apa hasil dia:




Semua header kat atas ni telah dihasilkan mengikut kehendak dorang. Sebab tu ada yang nak letak muka sendiri kat header, ada yang nak letak muka doodle kat header, ada yang tak nak letak muka siapa siapa kat header. Ke nak letak muka aku kat header tu? Eh?



potpetpotpet : Tunggu yang seterusnya.

Rabu, 13 April 2011

Apahal Kau Rajin Sangat Nak Komen Blog Aku?

Tahniah!


Wahhh... Aku dah maju setapak beb! Aku baru install widget ni. Erk. Widget apa pulak kan? Jeng jeng jeng. Widget for top commentators! Well... Aku nak tahu jugak makhluk makhluk yang rajin melemparkan kritikan kat blog aku ni haaa... Kau tahu je ah kan, sejak dua menjak ni, aku busy dengan kehidupan sebagai seorang guru. So, aku tak berapa nak sempat bertandang ke blog korang sekalian. Sorry... Bagi membalas budi, aku nak ajak all of you to visit these amazing peeps! Jom kenal kenal dengan mereka yang dimaksudkan! Berbaloi baloi! ;D


zizidiazora
Tukang komen terbaik! Even dia takde blog, dia rajin baca blog aku lepas tu komen komen apa yang patut. Thanks!

mr.syazwan
Beliau memiliki sebijik blog yang menggunakan tagline fuuyoo bebeh. Oh. Bebeh tu aku tambah sendiri. Boleh? XD

Mra Mastura
Siapa nak tengok blog yang comel? Plus, ada banyak gile coretan peribadi. Shhh... Banyak rahsia nak kena bongkar ni. Adeh. ;)

Puteri Iqa Izyan
Jom singgah kat blog yang anggun macam puteri ni. Siriyes! Tak percaya? Lihat ah sendiri... Apalagi? Klik nama dia sekarang! >.<

DanieL AdiE
Blog yang hensem sikit sebab blog aku yang hensem banyak! Haha. Adakah aku telah jeles? XP





potpetpotpet : Orang berbudi, kita berbahasa. Orang mengeji, kita memuaka. Haha. Kejam gile! Okay okay. Orang mengeji, kita tetap berbahasa. Setuju?

Isnin, 4 April 2011

Dia Intai Lelaki Senyap Senyap. Aku Lempar Duit Laju Laju.



PERTAMA, thanks to Nisa Menaip sebab sudi jadikan blog aku ni sebagai antara 5 blog yang paling kerap dia skodeng. Kagom ah. Dia boleh intai Budak Lelaki Sebelah Pintu senyap senyap! Padahal aku jarang jarang update dah sekarang. Adeh. Ni semua kerana anak bangsa! Demi membentuk generasi hebat, aku rela berkorban apa sajerrr... Cikgu nak awak semua terbang setinggi-tingginya! Erk. Sila bayangkan kau tengah tengok iklan Gemilang sekarang. Haha. Anyway, Nisa Menaip merupakan antara blogger terawal yang aku kenal. Dan sekarang nama dia tengah naik beb. Aku cuma mampu menumpang populariti dia je. Boleh? Aku rasa dah agak lama aku kenal dengan dia secara maya karin. Tapi aku tak pernah bertentang mata dengan dia. Entah bila nak jumpa kan? =.=




KEDUA, aku main bowling semalam. Belasah dua game beb! Habis terbang duit aku. Dah rasa macam duit tu aku main lempar laju laju kat muka kau. Haha. Oh mummy, ampunkan dosa anakmu ini! Sejak bila aku panggil ibu sebagai mummy kan? Lantak ah. Sesungguhnya, membazir itu amalan syaithonnn... Dan di sebalik unsur syaithonnn tersebut, aku dengan bangga menayangkan jatuhan pin yang telah berjaya aku kutip. Syakalakalakebebeh! Tiba tiba je. =.=


Cuba teka jatuhan pin keseluruhan aku berapa?


potpetpotpet : Aku selsema. Siriyes tak best!

Sabtu, 27 November 2010

Ouchhh ! Blog Pilihan Malaysia ?


Okay. Aku tak tahu pulak macam mana aku boleh tersenarai ? Nasib ada Gadis Ini gi post berita gumbira ni kat wall facebook aku. Terkujat sementara. Segan pulak berada dalam satu kategori dengan blogger blogger hebat. Wuuu ... Siapa memandai buang undi untuk Budak Lelaki Sebelah Pintu ni ? Adeh. Nak nanges je rasa. Terima kasih ah ! Haha. Tak sangka ada orang sudi calonkan blog cikai ni. Dah la banyak kesalahan tatabahasa berlaku kat sini. Memudaratkan kesihatan betul. Eh. Nak tumpang undi sekaki ? Klik sini. Oh. Ni bukan nak paksa kau undi  Budak Lelaki Sebelah Pintu laju laju. Ni nak tolong promosi benda ni. :')


potpetpotpet : Rezeki jangan ditolak.

Isnin, 18 Oktober 2010

Tunggang Langgang Tonggeng Kangkang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera. First of all, aku nak mengumumkan bahawasanya aku sangat sangat busy for this week. Aku kena hantar esaimen esok. Lepas tu, aku ada program sempena Minggu Alam Sekitar, minggu ni jugak. Last, but not least, I have to submit my thesis by this Friday. Gila kau. Aku rasa hidup aku bakal jadi tunggang langgang tonggeng kangkang untuk minggu ni. Aku pun dah start feeling feeling sakit jiwa. Haha.

Dimulakan dengan bismillah. Disudai dengan alhamdulillah.
Eh. Kau perasan tak ? Tak perasan kau ? Perasan tak kau ? Kau tak perasan ? Yeah. Blog aku dah jadi comel semacam je kan kan kan ? Siap ada robot lagi. Well well well. Aku nak bagi mood ceria tu datang bila korang korang singgah blog budak lelaki sorang ni. Harap harap senang hati korang korang masa tengah skodeng blog ni. Adeh. Betapa suci niat aku kau tahu. Haha. Okay okay. Aku nak siapkan semua semua tu. Kalau ngadap blog je memanjang, sampai kiamat pun tak siap siap kerja aku. Bye ! XD


potpetpotpet : Penat dol. Nanti nanti aku update gambo gambo dinner. Sila sabo.

Isnin, 11 Oktober 2010

Tak Sempat Ke Kayangan Bersama Sheikh Muszaphar & Halina

Everyone keeps talking about Datuk Dr Sheikh Muszaphar and Dr Halina ! Heboh semua orang update status kat facebook pasal majlis dorang. Tak kira lagi dengan blog blog yang update pasal majlis dorang jugak. Hey! Waka waka lah kau ! Aku kat sini takde tv nak tengok kau tahu. Sadis betul. Nak tengok online pun tak boleh. Wuuu ... Best sangat kah ? Aku tak tahu sebab aku tak tengok tadi. Entah. Rasa ketinggalan zaman pulak bila tak tengok dorang kahwin. Boleh ? Haha.

Buai laju laju sampai pluto. Boleh ? XD

potpetpotpet : Bila giliran aku pulak ? Erk. Lama lagi tuuu ...

Selasa, 5 Oktober 2010

Pakaian Tradisional The Contest | Baju Melayu

http://hafidzahhafidz.blogspot.com/
Contest lagi ? Haha. Aku dah buang tabiat kan kan kan ? Tak kira tak kira. Aku nak masuk contest ni jugak. Gilerrr ... Pakaian Tradisional The Contest ini dibawakan oleh seorang awek cun. Nama dia Hafidzah Hafidz. Small matter lah kalau kau nak join contest ni. Kau gi pakai baju kebaya mak kau, lepas tu kau suruh adik kau amik gambar kau. Sonang kan ? Dah pakai baju kebaya mak kau tu pandai pandai lah lipat betul betul simpan dalam almari. Okay okay. Senang cite kau gi singgah blog dia kalau teruja sangat nak tahu syarat syarat dia. XD

Alahai. Comelnyerrr. =_=

Haha. Gambar ni lagi ? Nak buat macam mana. This is one of the best pictures from me. Haha. Angkat bakul lepas tu golek golek. Boleh ? Lantak lah. Dah dah. Aku nak tag dua orang lagi ni. Jaga jaga korang. Erk. Sudi sudi lah join sekaki. XD



potpetpotpet : Tak tahu nak kata apa.

Isnin, 6 September 2010

Header Penting Bagi Setiap Blog

Really? New header? Sila berada dalam keadaan oh terkejut mak kau. Haha. Qarl keluarkan statement aku tukar header sepuluh kali sebulan. Erk. Okay okay. Don't say it out loud sebab aku dah malu malu ni. Tak sampai sepuluh kot??? :P


Sebelum ni kau tahu macam mana rupa header aku tak? Ala... Header tu aku letak gambar gambar secara berterabur ikut suka hati. Guna Photoscape sajo. Nak guna Adobe Photoshop takut pulak aku terkial-kial nanti. Hasil dia? Boleh lah daripada takde langsung. Haha. Apa apa pun air tangan sendiri beb!!! Kena bangga sikit sikit tapi tak boleh lebih lebih sebab biasa biasa sajo.


Bye bye.


Whatever it is, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kyoo Reza kerana tiba tiba buat header ni. Aku pun excited lah. Ada orang sudi tolong tu. Bak kata pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal. Walaupun aku tak berapa mengantuk tapi kalau dah ada bantal isi kekabu terus aku nak tidur laju laju. Boleh? Haha. At least header baru ni nampak kemas dan tak serabut. Good job my friend!!!


Halo halo.


Sedar atau tidak, header turut memainkan peranan yang penting dalam setiap blog. Kadang kadang header bertindak sebagai first impression about its blog. And sometimes the first impression is important. As I said, sometimes! Sebab first impression boleh jadi tak seperti yang dijangka jugak. Hehe. So please don't judge the book by it's cover. :)


potpetpotpet: Better in time.

Khamis, 10 Jun 2010

Bosan? Sila Buat Macam Tak Bosan.

Wah. Kau nampak tak apa yang aku nampak? Tuuu... Kat atas nun... Haish. Kalau tak nampak jugak aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Well. Budak Lelaki Sebelah Pintu dah ada header baru. Sila ucap tahniah dengan laju-laju haha. Eh eh aku jugak yang bersusah-payah buat header tu. Sengal tak?


Hari ni aku stay rumah je. Tak keluar pergi mana-mana. Ya. Kaki aku ni tak pulih lagi tapi takde la aku nak terbaring kat atas katil semata-mata kau gila samdol? HohO. Seriously bosan. Haish. Aku tak tahu nak buat apa lagi maka aku tengok tv. Teruja tak kau dengar? At least aku dapat tengok cerita-cerita best kat tv hari ni memandangkan aku dah lama tinggalkan dunia tv kau tahu. Gara-gara facebook juga blog aku tiba-tiba lupa eh eh tv tu untuk apa pulak boleh?




Well. Actually banyak betul cerita feveret aku kat tv tu. Contoh Criminal Minds, Ghost Whisperer, Desperate Housewives, Ugly Betty, The Reaper dan CSI. Oh. Tadi sempat tengok CSI Miami. Eh eh dalam banyak-banyak edisi CSI tu, aku suka gila dengan CSI Miami. Sebab? Jeng jeng jeng. Horatio Caine. Wow. Lakonan dia sangat sangat best. Watak dia kot paling menarik ditonton in my opinion. Entah. I like the way he speaks. Seolah-olah tu drama telenovela mi amor haha. Interesting.


Okay. Jangan fikir bukan-bukan. Bahagian tu terkabur sebab wujud batas aurat di situ haha.


potpetpotpet: Tumpang gembira bila ada seorang kawan sedang bahagia.

Sabtu, 15 Mei 2010

Murah Rezeki.


First of all I am happy like crazy nak mammm when I know that my blog tersenarai dalam kategori emas kat Ben Ashaari[dot]com wah hamek kau bahasa aku berterabur. Gila. Adakah aku sedang bermimpi ewah ewah tak logik betul kalau aku sedang bermimpi dah pasti aku sedang tidur masalahnya sekarang aku ada kat depan laptop ni wakakaka. Seriously aku ingat tak dapat la nak bertempek kat kategori tu sebab kau pun tahu aku merepek tahap gaban sila klik di sini kalau tak tahu. Tak pasal pasal aku buat aksi asereje ha rehe rehe to da rehe sevinio mampuih bantai je la haha. Tup tup masuk jugak. Trimas bro Ben Ashaari!



Oh. Aku dapat award daripada seorang perempuan yang suka kentut. Setiap kali dia blogwalking dia sempat melepaskan sedas dua kentut sebagai tanda dia pernah lalu. Kagum aku dengan keupayaan kentut dia yang sangat sangat dahsyat. Jangan main main. Terima kasih Cik Mala walaupun rupa kau tidak aku kenal tapi kentut kau itu aku kenal. Tahniah. Eh eh Cik Mala suruh explain apahal aku follow blog dia. Well aku secara tak sengaja follow Cik Mala sebab dia selalu lepak lepak kat blog aku dan kemudian kentut tak tentu pasal siapa tak menambah bengang rasa hampa Akim beb. Tanpa membuang masa lagi aku terus follow dia.



Eh eh ada lagi satu award. Thanks budak. Nama dia Arol. Dia suruh eja betul betul jangan salah Erul ke Erol ke Shahrul ke Sarimah ke haha sukahati. Okay okay. Award ni aku nak beri kat semua follower blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Jangan malu jangan segan ambil je tak kena bayar apa apa apatah lagi isi borang pendaftaran.


potpetpotpet: Tak pasal pasal aku senyum sorang sorang bila aku dapat pujian tak ingat dunia sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com