Isnin, 23 Jun 2014

Berita Hari Ini, Apa Yang Menarik?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Kepoh, anak didik Adlin Aman Ramlie.

Kumpulan Kepoh dinobatkan sebagai juara Bintang Mencari Bintang (BMB) musim kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000. Ye. RM200, 000 kau! Johan Qari dan Qariah hari tu dapat berapa je? Hihi. - myMetro 

Mohd Amir Amzar Zanuwa, 23, hampir putus tangan kanan kerana diserang dengan gergaji oleh seorang lelaki bersama isteri dan dua anak di Felda Kertih 5, Kampung Ketengah Jaya, Dungun, Jumaat lalu. Kenapa berita baru keluar hari ini? Basi dah cerita ni. Heh. - myMetro 

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Letih dengan semua teori yang diada-adakan. - KOSMO! 

Rozini Talib, ibu kepada pemuda Malaysia yang berjuang menentang rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria, ingin anak sulungnya itu pulang ke rumah. - New Straits Times

Tokoh veteran Pas, Datuk Abu Bakar Chik, 64, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 390 laluan Bukit Besi-Ajil pukul 3.16 pagi ini. - Utusan Malaysia


potpetpotpet: Tak payah nak Monday blues sangat boleh tak?

2 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com