Selasa, 18 April 2017

Mitos Minum Berdiri, Buah Pinggang & Sistem Penghadaman Rosak?

Salam.

Dr Mahyuddin Mohamed menyatakan bahawa 7 akibat yang bakal berlaku jika minum sambil berdiri yang dikongsikan netizen baru-baru ini adalah mitos semata-mata. Beliau juga tidak bersetuju dengan senarai yang disebarkan di laman sosial tersebut. Menurut beliau, info yang menyeleweng dan menyesatkan seperti ini tidak sepatutnya dikongsikan walau dengan apa niat sekalipun. Netizen pada hari ini lebih suka sebar daripada semak. Sebelum kita menyebarkan sesuatu, seharusnya kita semak terlebih dahulu supaya kita tidak sebar perkara atau maklumat yang palsu.



Semoga kita lebih terbuka dan tidak takut dengan mitos yang disebarkan selama ini. Kenapa kita perlu dimomokkan dengan mitos sebegini sedangkan kita boleh dapatkan kebenaran di sebaliknya? Tapi aku percaya masih ramai dalam kalangan kita yang lebih percayakan mitos ni walaupun kebenaran dah ada kat depan mata. Nak buat macam mana? Bukan senang nak biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com