Selasa, 18 April 2017

Gelaran Azizulhasni Awang Pun Salah!

Salam.

Seorang netizen telah memuatnaik gambar papan tanda yang memaparkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni Awang sebagai anak Terengganu yang menjadi juara dunia baru-baru ini dalam Track Cycling World Championships di Hong Kong. Apa yang menjadi isu di sini, gelaran yang dinyatakan dalam papan tanda itu adalah Rocket Pocketman, sedangkan yang sebenarnya adalah Pocket Rocketman



Kesalahan gelaran itu mungkin nampak remeh tapi pada pendapat aku, gelaran itu sangat mustahak untuk papan tanda sebesar dan sepenting itu. Bukan susah nak dapatkan info dan maklumat yang betul sekarang ni. Semua ada kat hujung jari. Betul tak? Double-check please. Lepas ni tolong belajar daripada kesalahan dan kesilapan. Harap kesalahan dan kesilapan semalam tidak akan berulang lagi untuk hari-hari akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com