Jumaat, 22 Disember 2017

Kisah Pelacur Beri Minum Anjing Masuk Syurga, Benar Atau Tidak?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Soalan:

Benarkah wujud kisah pelacur masuk syurga tu? Sebab ramai yang sembang pasal benda ni. Betul ke cerita tu atau sekadar rekaan semata-mata? Boleh bagi penjelasan atau pandangan yang benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Terima kasih.

Jawapan:

Kisah pelacur masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing haus itu betul. Riwayat al-Bukhari. Kisah itu menunjukkan betapa rahmat Allah itu luas. Bukan bermaksud beri minum kepada haiwan sudah cukup bila berzina. Kisah umat terdahulu hanya perlu diambil pelajaran jika bercanggah dengan syariat Nabi Muhammad.

Faedah hadis ini?

#1
Dosa besar tidak semestinya terhapus dengan amalan kecil atau amalan yang banyak. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat sejauh mana kekuatan ikhlas dan jujur ketika membuat sesuatu kebaikan. Dan itulah yang menjadi sebab Allah mengampunkan dosa wanita itu.

#2
Zina diharamkan dan zina adalah merupakan dosa besar dalam syariat semua Nabi sehinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Hadis ini bukan bermaksud zina itu ringan dosanya, cukup sekadar berbuat baik kepada haiwan tapi menunjukkan luasnya rahmat Allah kepada pendosa. Rahmat diraih dengan amal paling ikhlas.

#3
Larangan menghina seorang pendosa atau ahli maksiat kerana setiap manusia tergantung pada akhir amal hidupnya. Hadis ini menjadi dalil bahawa ahli maksiat yang penuh dosa juga layak mendapat ampunan Allah. Dalam hadis lain, disebut kisah ahli ibadah masuk neraka kerana menerakakan kawannya.

#4
Hadis ini tidak menyebut lanjut kenapa dia melacurkan diri. Begitu juga kisah akhir hidupnya tidak disebut dalam hadis. Kemungkinan dia melakukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Allah Maha Tahu apa yang hambaNya hadapi. Kebaikan kecil tapi ikhlas jadi sebab Allah ampunkannya.


Sumber: Ad-Dien

Jumaat, 15 Disember 2017

Panduan & Tips Rawat Kucing Sakit Parvo - Apa Langkah Yang Perlu Diambil?

Salam.


Sekejap je dah besar anak-anak kucing aku ni. Padahal umur baru nak masuk dua bulan! Entri kali ni sebenarnya bersambung daripada entri Tanda Kucing Sakit Parvo. Kali ni aku nak kongsikan rawatan-rawatan sekiranya kucing-kucing kita diserang virus parvo. 

Rawatan Vet
  • Bawa ke vet secepat mungkin.
  • Virus parvo tiada ubat. Vaksin adalah langkah terbaik untuk mengelakkan kucing daripada terkena virus parvo ni. Walaupun ada kes kucing yang telah divaksin dijangkiti parvo tapi antibodi kucing masih kuat untuk melawan.
  • Kebiasaannya kucing akan beri suntikan antibiotik atau sub Q atau dimasukkan air melalui bawah kulit kucing.

Rawatan Di Rumah
  • Force feed kucing yang dijangkiti dengan makanan dan air glukosa menggunakan picagari tanpa jarum.
  • Kucing sebaiknya diberi air glukosa 2 hingga 3 jam sekali dengan sukatan 3 hingga 4 picagari air glukosa untuk membekalkan tenaga.
  • Makanan wet food harus diberikan sekurangnya 3 kali sehari dengan sukatan 2 hingga 3 picagari.
  • Makanan wet food yang dicadangkan adalah jenis Hills A/D. Makanan jenis ni sangat baik untuk penyembuhan segera (fast recovery) kerana mengandungi ubat. Harga makanan wet food jenis Hills A/D ni sekitar RM11 setin dan boleh didapatkan di vet.
  • Ada petua memberikan air kelapa muda kerana air kelapa adalah bersifat diuretic, sesuai untuk membuang bendasing dlm tubuh dan menaikkan imunisasi badan kucing.

Tips Lain
  • Asingkan kucing yang sedang sakit atau dikuarantinkan di bilik berasingan.
  • Virus parvo boleh mati dengan campuran air dan clorox bernisbah 3:1. Mop lantai seluruh rumah dan tempat-tempat kucing bermain dengan menggunakan campuran tersebut.
  • Virus parvo boleh hidup di dalam rumah dan udara selama 1 tahun.
  • Virus parvo berjangkit kepada kucing melalui sentuhan, udara, najis dan air liur.
  • Virus parvo tidak berjangkit kepada manusia.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tapi jangan tidak merawat jika sudah terlambat untuk mencegah.

Sumber: KucingBertweet

Ketahui Tanda Kucing Sakit Parvo: Virus Pembunuh Tanpa Penawar!

Salam.


Comel tak anak-anak kucing tu? Haaa... Umur anak-anak kucing tu baru je masuk sebulan. Siapa ada bela kucing? Pernah dengar pasal Parvo Virus? Bahaya jika kucing diserang Parvo Virus ni, boleh bawa maut. Setakat hari ni, memang tiada vaksin untuk Parvo Virus. Jadi, berhati-hatilah! Ketahui tanda-tanda kucing jika diserang Parvo Virus.

Tanda Kucing Diserang Parvo Virus
  • muntah kuning berbuih
  • kucing lemah dan dehydrated kerana kurang air
  • cirit birit berbuih dan sangat busuk dari biasa
  • bau mulut kucing sangat busuk
  • tak nak makan dan minum
  • tak nak makan tapi minum kerap
  • najis berdarah

Semoga kucing-kucing kita selamat daripada Parvo Virus ni.

Sumber: KucingBertweet

Khamis, 14 September 2017

888 Tea & Coffee - Minum Petang Dengan Hidangan Teh Dari 5 Negara

Salam.


Minggu lepas aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis "Five Senses Tea Brewing Experience High Tea" yang dianjurkan oleh jenama 888 Tea & Coffee. Haaa... Kenapa lima deria? Kerana majlis hari tu cuba untuk memberi pengalaman kepada kita menikmati rasa, bau, pandangan, sentuhan dan bunyi semasa membancuh teh. Hebat tak? Majlis tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-75 jenama 888. Dah sebaya atok atok nenek nenek kita dah.




Majlis istimewa hari tu telah memperkenalkan perbezaan teh daripada negara-negara seperti China, Indonesia, India, Kenya dan Sri Lanka. Setelah membancuh teh daripada kelima-lima negara tersebut, aku dapat lihat perbezaan dari segi warna, rasa dan bau. Warna teh yang paling pekat adalah teh dari negara Indonesia, diikuti Kenya, India, China dan Sri Lanka. Rasa teh yang paling kelat pula adalah teh dari negara Kenya, diikuti Indonesia, India, Sri Lanka dan China. Selain itu, setiap teh mempunyai aroma yang unik dan tersendiri. Aroma teh sebenarnya dipengaruhi dengan warna dan rasa teh tu. Boleh kata semakin pekat warna atau semakin kelat rasa teh, semakin kuat aroma teh tersebut. Sejujurnya aku suka dengan kesemua teh tu sebab aku memang suka minum teh selain kopi. Lagi lagi aku ni jenis minum teh yang memang tak letak gula langsung.







Dato' Ang Poon Chuan

Pada masa yang sama, majlis hari tu turut diserikan dengan kehadiran Dato' Ang Poon Chuan, orang yang bertanggungjawab membangunkan Thong Guan Industries Berhad. Sempat lah Dato' Ang Poon Chuan beri ucapan sepatah dua kata. Lepas tu aku dihidangkan dengan menu yang diberi nafas baru menggunakan teh daripada jenama 888. Nafas baru takpe, jangan nafas berbau. Haha! Jom tengok menu apa yang disajikan hari tu.

Go Green Nutritional Wrap




Homemade Black Tea Loaf with Salted Butter



Roasted Smoke Chicken




Black Tea Cookie & Rose Cake



Kenyangnya! Alhamdulillah. Lepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati, aku dan yang lain dijemput untuk naik ke tingkat paling atas (rooftop). Sambil menikmati pemandangan kat atas tu, aku hirup lah minuman yang disediakan. Tapi aku boleh lupa pula nama minuman tu. Haha! Takpe lah. Sedap juga minuman tu. Kalau aku tak silap dia campur dengan teh wangi ros jenama 888.



Terima kasih jenama 888 Tea & Coffee atas undangan! Tetap brew, tetap best! Sempat lagi laung slogan kan? Tapi sebelum tu, korang pernah dengar tak jenama 888 Tea & Coffee ni? Haaa... Kalau macam aku sendiri, aku kurang kenal dengan jenama 888 Tea & Coffee ni sebab aku dah biasa dengan jenama yang lebih popular. Jadi, undangan ke majlis ni sebenarnya membuka mata aku terhadap jenama 888 Tea & Coffee ni. Pada hemat aku, jenama ni pun tak kurang hebat dia, mempunyai kualiti tersendiri pada harga yang sangat berpatutan.

Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT)

Syarikat yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan pelbagai produk lain di Malaysia menggunakan jenama 888. Milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, iaitu, salah sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 1997. Jenama 888 telah mengeluarkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam masa setahun. Haaa... Banyak tu! Tapi bukan setakatkan keluarkan macam tu je, siap ada penyelidikan dan pembangunan berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.


Teh Wangi Ros


Black Tea

Untuk pengetahuan korang, jenama 888 ni telah memperolehi:
  • ISO 22000 dari Standard Antarabangsa berkenaan pengurusan keselamatan makanan, GMP
  • Sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

Teh dan kopi jenama 888 ni telah diedarkan secara meluas di Malaysia dan juga dieskport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan. Bukan main sampai ke luar negara dia pergi. Jadi mana nak dapatkan produk jenama 888 ni? Senang je, korang boleh dapatkan di pasaraya utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TF Value, NSK, Hero, Pasaraya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS. Nak aku senaraikan lagi tak? Cukup dah kan? Haha!

Sejarah Jenama 888

Pada tahun 1942, mendiang Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari untuk meminjam wang sebanyak RM50 daripada bapa mentuanya dan memulakan perniagaan pengedaran teh jenama 888 di pasar tempatan di Sg. Lalang, Kedah. Bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga, mendiang Ang Thong Guan telah mempunyai beberapa buah van yang mampu mengedarkan barangan jenama 888. Hasilnya? Jenama 888 semakin berkembang maju.


Piao Xiang


Organic Green Tea

Antara produk teh jenama 888:
  • 888 Teh Wangi Ros
  • 888 Teh Wangi Ros Lemon
  • 888 Black Tea / 888 Teh Ceylon

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama 888 Tea & Coffee, korang boleh singgah medium rasmi kat bawah ni:



Apa tunggu lagi, dapatkan teh daripada jenama 888 Tea & Coffee sekarang!

Rabu, 6 September 2017

Sambut Birthday Naim Di Acme Coffee, The Troika

Salam.


Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-27, Naim! Tanggal 23 Ogos hari tu genaplah 27 tahun usia makhluk Tuhan paling disayangi ramai bernama Naim ni. Jadi hari Sabtu yang lepas kitorang sempat meraikan Naim kat Acme Coffee, The Troika. Lokasi hari tu memang have have lah jugak. Setahun sekali boleh lah makan situ. Haaa... Nampak tak setahun sekali? Bertuah Naim! Lokasi hari tu sebenarnya cadangan dari Zaim. Letih juga nak pilih lokasi yang mana menepati citarasa semua orang. Tapi alhamdulillah, semua puas hati dengan lokasi hari tu terutama sekali Ijat. Kan Ijat?



Acme Coffee ni antara tempat yang cantik untuk bergambar sebab interior design dia memang moden dan ada kelas tersendiri. Ada dua tingkat, tingkat bawah dan tingkat atas. Sah sah la tingkat bawah dan tingkat atas, takkan tingkat kiri dan tingkat kanan pula? Meja kitorang hari tu kat tingkat bawah. Menu dia? Takde banyak pilihan pun. Harga pun macam biasalah kalau dah tempat tempat macam ni, overprice. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menawarkan harga yang lebih murah dan rasa yang lebih sedap. Tapi takpe lah, kita bayar mahal untuk environment dia. Positif tak?



Trivia Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Naim Di Acme Coffee
  • Ijat kena bayar paling mahal malam tu. Takpe lah. Dapat sponsor dari Petronas kan?
  • Syam datang lambat sangat malam tu sebab kitorang semua dah nak balik dah masa tu. Haaa... Walaupun tak makan tak minum tapi Syam kena bayar jugak. Haha!
  • Persembahan makanan Zaim paling sedih! Tak nampak mahal pun? Malam tu Zaim pilih Spaghetti Bolognese.
  • Aku, Afizal, Naim dan Zaim gerak satu kereta dari Bangi. Jimat lah bila gerak ramai ramai. Ijat, Wan dan Syam masing-masing gerak sendiri. Lalu tercampak bayar duit parking RM10.50 hari tu. Haha!
  • Wan belikan belon-belon sebagai hiasan tambahan supaya nampak lah macam sambut birthday sikit.
  • Niat asal nak beli kek dari luar tapi sebab kesuntukan masa, beli kek yang ada kat situ je. Nasib baik sedap.
  • Syam bukan main melaram dengan baju baru malam tu. Tak sedar diri dah lah datang lambat! Tiba marah. Haha!
  • Malam tu paling menyeramkan bila tunggu keputusan Afizal dan Wan kira bil seorang berapa. Kira kali pertama tak sama dengan kira kali kedua. Haha! Mana yang murah lah...



Lepas ni birthday siapa pula?

Jumaat, 9 Jun 2017

Buffet Ramadhan IKEA Berbaloi Atau Tidak?

Salam.


Terima kasih Haiqal belanja aku makan buffet istimewa sempena Ramadhan kat IKEA hari Ahad yang lepas. Alhamdulillah. Kenyang betul ada orang belanja. Ni belanja sempena hari jadi aku pada 23 April yang lepas. Ya. Dah alang alang tu kenapa tak belanja tahun depan je terus kan? Haha! Sebelum tu agak agak berapa harga buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA? Haaa... RM40! Lebih kurang harga buffet Ramadhan daripada Sushi King.



Kejap. Aku cuba untuk ingat balik apa menu dia hari tu. Sebenarnya aku tak sempat nak ambil gambar semua gambar makanan dan minuman dia hari tu. Jadi aku pun ingat ingat lupa menu yang ada hari tu. Tak sabar nak buka puasa gamaknya. Berdasarkan apa yang aku ingat, ni antara menu buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA:
  • Kambing Bakar
  • Ayam Percik
  • Filet Salmon
  • Bebola Daging (Lembu)
  • Nasi Kerabu
  • Nasi Putih
  • Mee Kari
  • Kentang Lecek
  • Salad Caesar
  • Pizza
  • Donut
  • Creme Brulee
  • Buah-buahan (Tembikai, Tembikai Susu, Nenas & Betik)
  • Minuman (Air Tebu, Kopi & Teh)



Tips buka puasa dengan buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA:
  • Ahli IKEA Family yang buka puasa dengan buffet ni akan menerima baucar RM10 yang boleh digunakan bagi setiap pembelian RM30 dan ke atas kat IKEA.
  • Ada satu ruang khas yang disediakan untuk mereka yang buka puasa dengan buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA.
  • Untuk mengelakkan kesesakan solat Maghrib, korang boleh minum atau makan sikit dulu kemudian korang terus pergi solat Maghrib. Masa tu surau tak sesak sangat. Lepas solat tu korang boleh sambung makan sampai pukul 10 malam. Haha!
  • Hanya ada seekor kambing bakar je kat situ. Habis seekor kambing bakar tu, habis la. Jadi nak tak nak, kena beratur ambil kambing bakar dulu seawal mungkin sebab sekejap je kambing bakar tu habis. Kalau korang tak beratur awal awal ambil kambing bakar tu, kempunan la korang nak makan kambing bakar tu.
  • Rugi kalau korang jenis tak makan daging macam aku ni sebab ada kambing bakar dan bebola daging. 
  • Aku tak berapa puas hati dengan buffet Ramadhan daripada IKEA ni sebab takde pasta, takde bebola ayam, takde kepak ayam goreng, takde kentang goreng, takde popia, takde kek almond dan paling penting takde karipap! Pada pendapat aku, banyak menu yang tak menarik dihidangkan untuk buffet ni.
  • Untuk kopi dan teh, korang kena ambil kat tempat biasa kat luar daripada kawasan buffet.
  • Nak bagi berbaloi RM40? Makan filet salmon banyak banyak. Haha! Kalau beli ala carte kat luar tu, satu filet salmon tu mungkin lebih daripada RM10 tu.
  • Terhad kepada 150 orang je. Tapi korang tak perlu risau sangat sebab hari tu aku tengok tak penuh pun. Sebenarnya ramai juga yang buka puasa kat IKEA tapi ramai beli secara ala carte daripada buffet.


Jadi aku rasa macam kurang berbaloi makan buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA. Sebab banyak menu yang sedap dan pilihan ramai takde dalam buffet tu. Kalau nak buka puasa kat IKEA, aku cadangkan korang beli secara ala carte berbanding buffet. Ada banyak makanan yang korang boleh pilih dan mengikut citarasa korang.

Khamis, 8 Jun 2017

Buffet Ramadhan Sushi King Berbaloi Atau Tidak?

Salam.


Alhamdulillah. Hari Sabtu yang lepas dapat berbuka puasa kat Sushi King. Sebab Sushi King ada buffet Ramadhan! Ya. Kita boleh makan sushi tanpa had. Jadi? Tak perlu risau lagi mana sushi yang murah mana sushi yang mahal sebab kita boleh makan semua sushi yang ada dalam buffet Ramadhan tu. Sekurang-kurangnya ada 26 jenis sushi, 18 jenis nasi dan lain-lain, 2 jenis pencuci mulut dan 4 jenis minuman. Banyak kan?


Harga untuk buffet Ramadhan ni sebenarnya lebih RM40 lepas dikenakan caj GST dan cukai servis. Takde la mahal sangat, takde la murah sangat. Tapi sebelum ni aku kalau pergi makan kat Sushi King seorang memang tak sampai RM40 pun. Lebih kurang RM20 macam tu dah kenyang dah sebenarnya. Haha! Dah jom tengok senarai menu untuk buffet Ramadhan daripada Sushi King.


Sushi
▪ Premium Salmon ▪ Ebi Fry Nigiri ▪ Ebi Ten Nigiri ▪ Inari ▪ Surimi Scallop ▪ Tamago ▪ Unagi Slice ▪ Egg Mayo Gunkan ▪ Tori Karaage Gunkan ▪ Tuna Mayo Gunkan ▪ Salmon Nishoku ▪ Tsubukko ▪ Inari Boat Tuna ▪ Kani Tobikko ▪ Salmon Mayo Gunkan ▪ Yakiniku Gunkan ▪ Kanitama Maki ▪ CKT Maki ▪ California Maki ▪ Tuna Mayo Maki ▪ Kanikama Maki ▪ Tamago Maki ▪ Fry Roll ▪ Beef Roll ▪ Gyu Maki ▪ Chicken Cheese Roll ▪

Nasi
▪ Yakiniku Don ▪ Spicy Yakiniku Don ▪ Tori Karaage Don ▪ Chicken Katsu Don ▪ Ten Don ▪ Chicken Nanban Don ▪ Sakana Black Pepper Don ▪ Chicken Curry ▪ Yakiniku Curry ▪

Lain-lain
▪ Chicken Nanban ▪ Yakiniku Tsumami ▪ Tori Karaage ▪ Piri Piri Chicken ▪ Edamame ▪ Chicken Katsu ▪ Rice ▪ Miso Soup ▪ Chigiri Age ▪

Pencuci Mulut & Minuman
▪ Vanilla Ice Cream ▪ Matcha Ice Cream ▪ Hot Green Tea ▪ Ice Green Tea ▪ Ice Honey Lemon Tea ▪ Ice Blackcurrant Lemon ▪

Banyak kan menu dia? Macam macam jenis dan pilihan ada. Sangat sesuai untuk mereka yang suka melantak masa berbuka puasa. Haha! Hari tu aku banyak makan ebi fry nigiri, ebi ten nigiri, salmon nishoku, chicken nanban, piri piri chicken dan chicken katsu. Memang aku makan sampai betul betul kenyang masa tu. Puas hati! Jadi berbaloi ke tidak? Dah tentu berbaloi! Aku makan hari tu sampai bertambah 5 kilogram lepas buka puasa tu kot.






Tips berbaloi buka puasa dengan buffet Ramadhan daripada Sushi King:
  • Pilih dan makan sushi yang mahal. Haaa... Dah bayar lebih RM40 untuk buffet Ramadhan ni kan? Jadi kena la pastikan berbaloi. Haha! Sushi yang murah kita kemudiankan, sushi yang mahal kita dahulukan. 
  • Jangan minum air banyak sangat masa berbuka puasa. Nanti perut kembung, tak dapat nak makan banyak banyak. Akhirnya? Rugi bayar lebih RM40!
  • Dapatkan tempat duduk paling depan supaya sushi yang kita nak tak habis sebelum sampai kat tempat duduk kita. Haaa... Kalau tak, sushi yang mahal semua dah kena rembat. Tinggal la sushi yang murah. Tak salah pun nak makan sushi yang murah tapi kalau kita boleh dapat sushi yang mahal, kenapa nak pilih sushi yang murah kan? Ni bukan kedekut tapi bijak berbelanja. Haha!
  • Tapi kalau ada sushi yang korang nak tapi takde kat atas belt atau asyik habis sebelum sampai kat korang, jangan risau, korang boleh order kat mana-mana pekerja Sushi King. Mudah kan?
  • Jangan lupa makan pencuci mulut iaitu aiskrim vanilla dan aiskrim matcha. Sedap! Rugi kalau tak makan pencuci mulut dia terutama sekali aiskrim matcha.
  • Minuman yang sedap? Aku cadangkan lemon blackcurrant ais. Kalau tak nak, korang boleh minum teh hijau ais atau teh hijau panas. Aku tak berapa gemar teh lemon madu ais dia, mungkin tak kena dengan tekak aku kot?
  • Tempoh masa berbuka puasa dengan buffet ni cuma 80 minit je. Tapi jangan risau, tu pun sebenarnya dah lebih daripada cukup.


Tapi kalau nak lebih jimat, tak payah la ambil buffet Ramadhan ni. Korang makan je la secara ala carte macam biasa. Haaa... Lepas ni nak berbuka puasa kat mana pula? Ada cadangan?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com