Khamis, 4 Mei 2017

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 3.0)

Salam.

Ingatkan dah tak wujud lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ni? Sekali? Dah masuk yang ke-30 kau! Terus tercampak ke dinding! Kali ni ABPBH akan diadakan pada 14 Mei 2017 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tema ABPBH kali ini adalah futuristik. Aku harap artis-artis ni all out dengan pakaian masing-masing. Baru la best nak kutuk nanti. Dan ada la bahan aku nak update blog! Haha! Eh... Siapa pula pengacara ABPBH nanti? Faizal Ismail, Ogy Ahmad Daud dan Zulin Aziz! Nasib baik 3 orang je. Kalau 30 orang? Dah boleh dorang suruh menari ramai ramai untuk Noraniza Idris terus.


Secara keseluruhannya, Alif Satar dan Neelofa mendahului senarai top 5 kali ini kerana masing-masing tersenarai dalam 5 kategori. Diikuti Ayda Jebat dan Zizan Razak dengan 4 kategori. Harap ada la menang satu dua kategori dah alang alang tersenarai dalam banyak kategori tu. Sedih la kalau dah tersenarai dalam banyak kategori tapi pulang dengan tangan kosong. Haha!


Difahamkan ni kali pertama ABPBH menggunakan undian secara atas talian sepenuhnya. Dah... Jom kita tengok senarai penuh top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 3.0) kali ini.
 
Artis Baharu Lelaki Popular
  • Aiman Tino
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Tajul
  • Alvin Chong

Artis Baharu Wanita Popular
  • Azira Shafinaz
  • Elvina Mohamad
  • Wany Hasrita
  • Sweet Qismina
  • Mawar Rashid

Pelakon Filem Lelaki Popular
  • Alif Satar
  • Izzue Islam
  • Remy Ishak
  • Syamsul Yusof
  • Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular
  • Erra Fazira
  • Fazura
  • Nelydia Senrose
  • Reen Rahim
  • Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular
  • Aiman Hakim Ridza
  • Ashraf Muslim
  • Shukri Yahaya
  • Fattah Amin
  • Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular
  • Ayda Jebat
  • Janna Nick
  • Mia Ahmad
  • Mira Filzah
  • Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular
  • Aiman Tino
  • Alif Satar
  • Faizal Tahir
  • Khai Bahar
  • Tomok

Penyanyi Wanita Popular
  • Amira Othman
  • Ayda Jebat
  • Siti Nordiana
  • Stacy
  • Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
  • Akim & The Majistret
  • Bunkface
  • Forteen
  • Khalifah
  • Projector Band

Artis Komedi Popular
  • Abam
  • Issey
  • Jep Sepahtu
  • Johan
  • Zizan Razak

Artis Versatil Popular
  • Alif Satar
  • Didie Alias
  • Ifa Raziah
  • Zizan Razak
  • Zulin Aziz

Pengacara TV Popular
  • Alif Satar
  • Mira Filzah
  • Nabil Ahmad
  • Zizan Razak
  • Neelofa

Penyampai Radio Popular
  • DJ Lin (Suria)
  • Haiza (Kool)
  • Ikhwan (Kool)
  • Johan (Era)
  • Radin (Era)

Gandingan Serasi Drama
  • Alif Satar & Siti Nordiana (Dia Semanis Honey)
  • Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
  • Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz)
  • Sharnaaz Ahmad & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)
  • Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Gandingan Serasi Filem 
  • Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian)
  • Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi)
  • Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)
  • Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
  • Zahiril Adzim & Shera Aiyob (Juvana 3)

Personaliti Media Sosial
  • Luqmanpodolski
  • Makhlokmacho
  • Mat Luthfi
  • Nizam Rahman
  • Vivy Yusof

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial
  • Ayda Jebat
  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Neelofa
  • Nora Danish
  • Zizan Razak

Artis Sensasi
  • Adira
  • Elly Mazlein
  • Fattah Amin
  • Neelofa
  • Uqasha Senrose

Jangan lupa undi artis kegemaran korang tau. Nanti kalau Ayda Jebat menang, korang juga yang emosi. Tapi aku rasa korang tetap emosi kalau Fattah Amin dan Neelofa yang menang. Hmmm... Habis tu korang nak siapa menang sebenarnya ni? Rosnah Mat Aris? Ke Ebby Yus? Dah korang pun tak nak undi. Jadi lantak la siapa nak menang pun. Haha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com