Jumaat, 5 Mei 2017

Nur Amalina Che Bakri Yang Sekarang

Salam.

Ingat lagi siapa Nur Amalina Che Bakri? Haaa... Kalau lupa, Nur Amalina Che Bakri ni la yang pernah mencipta rekod dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 apabila memperolehi 17A1. Nur Amalina Che Bakri telah berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Biologi, Kmia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawwur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi dan Pendidikan Islam. Kerana kecemerlangan luar biasa yang ditonjolkan oleh Nur Amalina Che Bakri ni, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaja pengajiannya di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Ehhh... Agak agak macam mana la rupa Nur Amalina Che Bakri ni sekarang? Tapi sekarang dia lebih dikenali dengan nama Amalina Bakri. Kalau aku kata gambar dia sebenarnya kat bawah ni, korang percaya tak?


Bukan main makeup Amalina Bakri ni sekarang, on fleek betul. You go, girl! Yang penting dia masih lagi cemerlang sampai sekarang. Mari kita tengok antara pencapaian dan perkembangan dia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2004 yang lalu.
  • Terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service (5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005)
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat kebangsaan
  • Duta Akademik Berita Harian
  • A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom (2005-2007)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi di University of Edinburgh, Scotland (2007-2013)
  • Ijazah Sarjana (Kelas Pertama) dalam Medical Clinical Sciences di University of Cambridge (2013-2015)
  • MPhil/PhD dalam Translational Medicine and Therapeutics di University of Cambridge (2013-2017)
  • Doktor di Imperial College Healthcare NHS dan doktor pakar bedah (pelatih) di The Royal College of Surgeons, England (bermula dari 2015)
  • Pengkhususan payudara, pembedahan awam dan pembedahan plastik
  • Telah membentangkan 6 kertas kajian pada peringkat dunia untuk kajian perubatan


Difahamkan Amalina Bakri memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. All the best! Dan kalau balik Malaysia tu, beritahu la. Boleh kita kopi kopi. Haha! Dah jom kita tengok antara gambar-gambar terkini daripada Amalina Bakri yang aku dapatkan daripada laman twitter miliknya.





Jadi kalau korang nak tahu perkembangan Amalina Bakri dengan lebih lanjut, boleh follow dia kat twitter dan linkedin seperti mana yang aku letakkan kat bawah ni. Tapi dua tu je la laman sosial milik Amalina Bakri yang aku jumpa. Setakat ni aku tak jumpa lagi facebook atau instagram dia. Kalau korang jumpa, kongsikan dengan aku boleh?



Eleh... Nak stalk la tu?

16 ulasan:

  1. Hahaha. Asalnya nak. Tapi lepas fikir 2 3 kali tak jadi lah. Nak layan game dulu.

    BalasPadam
  2. hahaha masih hebat dia nii..

    BalasPadam
  3. Mls nk baca semak sgt... nk lyn games blackshot psp ni..... ✌����

    BalasPadam
  4. Sayang bila kepintaran yg dianugerahkan Allah tidak mendekatkan dirinya kepada Allah swt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai je ko menilai eh? Orang bertudung x semestinya alim... dont judge the book by its cover. Klu dia dah lupa diri, dia xkan berjaya smpai mcm ni.. lupakanlah rasa dengki tu. Jaga diri baik2 and hny fikirkan yg terbaik utk semua org.

      Padam
    2. Apalah punya kolot judge orang... Dont play God when you dont even know her ibadah or iman... Jaga amalan sendiri... At least dia bijak dan tahu asal usul... Betol la mmg susah klu mindset org yg kolot ni komen.

      Padam
    3. menutup aurat memng x semestinya alim...itu suruhan Allah pencipta sekalian makhluk ... klu x menutup aurat x patuh..x compliance, bukn isu nilai x nilai...kira ala2 lupa diri la tu ... Allah still bagi kejayaan pd dia, alhamdulillah..smoga akan datng hidayah

      Padam
  5. Thanks abang for the info. Nak pergi stalk jup, lama gila cari akaun sosial dia. Selamat berpuasa.

    BalasPadam
  6. (link: https://www.instagram.com/dramalinabakri/) instagram.com/dramalinabakri/

    BalasPadam
  7. Semoga Allah sentiasa berikan taufiq dan hidayah kepada beliau selaras dgn anugerah akal fikiran yg superb. Aamiin..

    BalasPadam
  8. Semoga Allah sentiasa berikan taufiq dan hidayah kepada beliau selaras dgn anugerah akal fikiran yg superb. Aamiin..

    BalasPadam
  9. Semoga Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayah kpd beliau selaras dgn akal yg superb..aamiin

    BalasPadam
  10. semoga diberikan hidayah dan dibuka pintu hati nya untuk kembali menyarungkan pakaian yang mulia ditubuh nya...amiinn

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaApril 23, 2018

    Sepertimana ulasan para pembaca, aku fikir semua peristiwa yg tlh, sedang dan akan Dialami Amalina blh memberikan kt pengajaran akan setiap kelebihan yg Allah karuniakn ada pro dan kontra utk mengekalkan kesinambungan insan, jd utk kt kekal seimbang dlm apa jua keadaan haruslah ada rs respect to each other sbb Allah lbh mengetahui apa yg tersirat serta yg tersirat..Go Amalina for your unstoppable achievement..don't give hope to any loosers.

    BalasPadam
  12. Wanita hebat. Moga sentiasa dirahmati Allah.. Aamiin

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com