Sabtu, 6 Mei 2017

Bahaya Tahan Kencing - Kesan & Akibat

Salam.

Aku rasa kebanyakan daripada kita pernah mengalami keadaan di mana kita terpaksa menahan diri daripada kencing kerana sedang sibuk bekerja, memandu, tiada tandas terdekat dan sebagainya. Tapi jangan jadikan tabiat menahan daripada kencing ni sebagai perkara yang biasa! Dan jangan malas untuk kencing! Haaa... Aku tahu mesti ada yang malas untuk kencing sebab nak siapkan kerja dulu la, tandas jauh sangat la dan macam macam alasan lagi.


Tabiat menahan daripada kencing ni sebenarnya memberikan kesan buruk terhadap kesihatan kita. Apa kesan dan akibatnya?
  • Menghalang pembuangan sisa kotoran dalam tubuh
  • Menjejaskan dan mengganggu fungsi organ pencernaan
  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Penyakit batu karang
  • Mengalami kesakitan semasa membuang air kecil

Jadi lepas ni kalau rasa nak kencing tu, kencing je la. Jangan tahan daripada kencing lagi okay? Nak pakai lama tu. Haha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com