Rabu, 14 Jun 2017

Tanda-Tanda Awal Kanser - Dapatkan Nasihat Doktor Jika Mengalami Simptom Ini

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Siapa tak gerun dengan kanser? Kanser ini adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan dan berpunca daripada kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik.

Kanser sebenarnya bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Sel tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang pada setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Jika sistem imun mereka tidak berfungsi dengan baik, maka, mereka berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi. Menurut Dr. John Bailar, bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika, pertahanan sistem imun kita perlu dikalahkan untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang. Hal ini kerana sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir kita daripada penyakit kanser.

Jadi mari kita lihat antara tanda-tanda awal beberapa jenis penyakit kanser supaya kita lebih berjaga-jaga dan segera untuk mendapatkan nasihat doktor.

Kanser pangkal rahim
  • sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa
  • sakit selepas bersenggama
  • turun berat badan

Kanser payudara
  • bengkak atau gumpalan di buah dada
  • keluar cairan berdarah dari puting
  • pembesaran kelenjar di ketiak
  • kedutan pada kulit di buah dada

Kanser paru-paru
  • batuk kuat berterusan
  • batuk berdarah
  • nafas termengah-mengah
  • sakit dada
  • hilang berat badan

Kanser perut
  • hilang berat badan
  • muntah berdarah
  • sistem pencernaan yang tidak teratur
  • cepat kenyang walaupun makan sedikit

Kanser limpa
  • sakit di bahagian abdomen
  • hilang selera makan
  • turun berat badan
  • kulit dan mata menjadi kuning
  • bahagian abdomen membengkak

Kanser ovari
  • haid tidak teratur
  • tumbuhan keras di bahagian abdomen
  • sakit semasa bersenggama
  • ketumbuhan bulu rambut yang melampau
  • suara menjadi lebih mendalam

Kanser otak
  • sakit kepala
  • muntah-muntah
  • gangguan penglihatan
  • lemah atau lumpuh
  • pening atau pitam
  • pelupa
  • perubahan personaliti

Kanser prostat
  • sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

Kanser darah (leukimia)
  • letih
  • pucat
  • mudah lebam
  • mudah mendapat jangkitan

Kanser tekak
  • suara garau atau serak
  • ada ketumbuhan di tekak
  • sukar menelan
  • kelenjar membengkak di leher


Sekiranya korang mengalami simptom simptom seperti kat atas ni, segeralah dapatkan nasihat doktor. Okay? Tapi aku mendoakan agar kita semua kita terhindar dan dijauhkan daripada penyakit kanser ni.

Sumber: DI SINI

Rabu, 31 Mei 2017

Maggi Kurangkan Garam Perencah Kari Kerana Faktor Kesihatan

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Kalau sebut Maggi je, mesti terbayang mee segera perencah kari keluaran Nestlé. Betapa kuatnya jenama Maggi ni sampai semua mee segera selalu disebut sebagai Maggi. Padahal? Maggi tu jenama mee segera keluaran Nestlé. Haaa... Nampak tak?

Aku sendiri dah lama tak makan Maggi. Sebab sekarang aku lebih suka Mamee Chef yang lebih sedap dengan perencahnya siap ada bahan-bahan tambahan seperti sayur-sayuran, udang dan tofu. Kalau Maggi? Perencah tu je la. Tak menarik! Takde bahan-bahan tambahan yang lain. Tu aku kurang sikit dengan Maggi sekarang ni. Selain Mamee Chef, aku suka Samyang Spicy Ramen. Memang terangkat la setiap kali makan. Sampai sekarang dah tak rasa pedas langsung bila makan Samyang Spicy Ramen tu sebab dah biasa sangat makan kot? Haha!

Menurut Bloomberg, Nestlé SA akan mengurangkan kandungan garam dalam mee segera, sup dan perencah Maggi bagi memenuhi permintaan pengguna dan kerajaan untuk produk yang lebih sihat. Syarikat daripada Switzerland tersebut bercadang untuk mengurangkan garam sehingga 10% bagi produk Maggi sebelum tahun 2020 di samping menambahkan lagi sayur-sayuran dan bahan-bahan lain yang kaya dengan nutrien. Semua ni adalah inisiatif syarikat untuk mengurangkan sodium, lemak tepu dan juga gula dalam produk mereka.

Bagus la kalau macam tu. Ye la. Sekarang orang suka cari makanan yang lebih sihat, lebih organik dan lebih banyak nutrien. Harap Nestlé Malaysia pun buat perkara yang sama. 

Sumber: Bloomberg

Ahad, 7 Mei 2017

Makna Warna Air Kencing - Air Mencukupi Atau Tidak?

Salam.

Jangan tak tahu yang setiap warna air kencing itu mempunyai makna dan maksud terhadap kandungan air yang kita ambil dan mungkin petunjuk tahap kesihatan kita. Sebab tu ada warna air kencing kita tidak akan sama pada setiap masa. Sebenarnya apabila kita mengambil air masak dalam kuantiti yang mencukupi, warna air kencing kita akan lebih cerah berbanding apabila kita kurang mengambil air masak. Badan kita akan mengalami dehidrasi kerana kekurangan air. Jadi bagi mengelakkan masalah ini berlaku, kita dinasihatkan supaya untuk minum air masak dengan lebih banyak. Namun, sekiranya warna kencing kita terlalu kuning dan gelap, itu tandanya kita telah mengalami dehidrasi yang teruk dan memerlukan pengawasan perubatan. Untuk rujukan yang lebih jelas, sila lihat gambar di bawah.


Tapi gambar di atas tidak boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya kita mengambil supplement seperti vitamin atau multivitamin dalam tempoh terdekat. Haaa... Pengambilan supplement dalam tempoh terdekat akan mempengaruhi warna air kencing kita. Jadi rajin rajin la tengok warna air kencing korang lepas ni.

Sabtu, 6 Mei 2017

Bahaya Tahan Kencing - Kesan & Akibat

Salam.

Aku rasa kebanyakan daripada kita pernah mengalami keadaan di mana kita terpaksa menahan diri daripada kencing kerana sedang sibuk bekerja, memandu, tiada tandas terdekat dan sebagainya. Tapi jangan jadikan tabiat menahan daripada kencing ni sebagai perkara yang biasa! Dan jangan malas untuk kencing! Haaa... Aku tahu mesti ada yang malas untuk kencing sebab nak siapkan kerja dulu la, tandas jauh sangat la dan macam macam alasan lagi.


Tabiat menahan daripada kencing ni sebenarnya memberikan kesan buruk terhadap kesihatan kita. Apa kesan dan akibatnya?
  • Menghalang pembuangan sisa kotoran dalam tubuh
  • Menjejaskan dan mengganggu fungsi organ pencernaan
  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Penyakit batu karang
  • Mengalami kesakitan semasa membuang air kecil

Jadi lepas ni kalau rasa nak kencing tu, kencing je la. Jangan tahan daripada kencing lagi okay? Nak pakai lama tu. Haha!

Apendiks - Makanan Pedas & Biji Cili Bukan Punca!

Salam.


Aku rasa hampir semua orang percaya yang makanan pedas dan biji cili ni adalah penyebab kepada apendiks. Aku yang memang suka gila dengan makanan pedas ni selalu dinasihatkan supaya kurang-kurangkan sikit sebab takut nanti kena apendiks. Ye la. Aku kalau pedas tu tak mencapai tahap sirim yang aku tetapkan, aku akan minta serbuk cili ataupun cili potong. Haaa... Baru la makanan tu bertambah sedap dan lebih kick orang kata.


Jadi hari ni aku belajar lagi satu perkara tentang apendiks. Ya. Makanan pedas dan biji cili sebenarnya bukan penyebab apendiks seperti yang dinyatakan oleh Dr Khairul Hafidz di laman twitternya. Lepas ni jangan risau sangat pasal makanan pedas dan biji cili okay? Tapi apa apa pun, bersederhanalah dalam semua perkara. Jangan terlalu obses sangat dengan makanan pedas sampai nasi pun digantikan dengan cili. Tu memang dah gila la tu.

Ahad, 16 Oktober 2011

5 Mitos Kesihatan Lelaki Yang Mungkin Tidak Diketahui

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku ada terbaca pasal mitos kesihatan ni tadi. So, aku nak kongsi dalam entri kali ni. Kalau boleh, tolong baca sampai habis sebab entri ni macam panjang sikit. Aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku dah lama sangat tak taip panjang panjang kot? Layan!


5 - Ketepikan semua jenis makanan yang mengandungi lemak.
Orang kata kalau nak sihat, jangan sesekali ambil makanan yang berlemak. Apa yang aku tahu, selagi kau tak ambil secara berlebihan, lemak tu takkan mendatangkan apa-apa mudarat. Kecuali kalau kau makan lemak macam makan nasi tu memang tak payah cakap la kan? Haha. Pengambilan lemak dalam kuantiti yang sedikit dapat mengelakkan lelaki daripada TESTOSTERONE DEPLETION. Apa tu? Google sendiri!

4 - Semakin banyak protein kita telan, semakin berketak badan kita.
Banyak la kau! Kau ingat senang senang je badan kau nak berketak? Kalau senang macam tu, badan aku dah lama berketak. Haha. Protein memang sangat diperlukan dalam pembentukan ketak ketak kat badan. Tapi banyak mana protein yang kau ambil tu kena la berkadar langsung dengan exercise yang kau buat. Kalau setakat lompat bintang je, sila lupakan.

3 - Aku sangat aktif. So, aku tak payah risau sebab aku boleh makan apa je.
Aku selalu macam tu. Bila hari ni exercise lebih sikit, terus main belasah makan ikut suka hati aku. Ni tak betul ni. Mana boleh macam tu! Bila kau fikir kau boleh makan macam macam lepas kau exercise, kau berkemungkinan besar akan mengalami overtraining masa exercise tu sebab kau cuba sedaya upaya nak buang kalori sebanyak yang mungkin. Tanpa sedar, kau dah exercise secara berlebihan. Faham tak? Apasal tiba tiba jadi serious ni?


2 - Ganti tidur masa hujung minggu.
Alamak! Aku suka buat benda ni. Adeh. Kadang kadang aku tak cukup tidur masa lima hari bekerja tu sebab banyak sangat kerja nak kena siapkan. Bila hujung minggu je, aku bantai tidur sampai 10 jam. Konon konon balas dendam sebab tak cukup tidur hari tu. Tahu tak kenapa aktiviti ni tidak menyihatkan langsung? Bila kau cuba ganti tidur masa hujung minggu, jam biologi waktu bangun dan tidur kau akan terganggu sebab contoh sebelum ni kau tidur lebih kurang 6 jam tapi bila hujung minggu tiba tiba tukar jadi 10 jam pulak.


1 - Jangan makan kuning telur tapi makan putih dia je.
Sounds familiar kan? Bila nak makan telur je, mesti tak nak makan yang bahagian kuning dia tu. Sebab apa? Sebab fikir bahagian kuning tu macam sangat tinggi kolestrol dia. Betul ke? Aku pon tak berapa pasti. Tapi apa yang aku tahu, kuning telur mempunyai kandungan protein yang tinggi. Bila kau buang bahagian kuning tu, secara tak langsung kau dah buang beberapa jenis vitamin yang penting yang terkandung dalam kuning telur tu. Tak rasa membazir ke?



potpetpotpet : Sihat sebelum sakit.

Ahad, 10 Oktober 2010

Demam | Faktor Yang Mempengaruhi

Aku demam. Demam lagi ? Siriyes aku tak suka demam. Nak buat kerja pun lemah tenaga batin je rasa. Haha. Tak best betul. Padahal banyak lagi kerja nak kena buat kau tahu. Bila demam je, terus tak boleh nak buat kerja kerja berkenaan. Bukan tak larat, tapi rasa cam tak best je bila hingus meleleh-leleh manja diiringi paluan bersin lebih kuat daripada biasa. Eh. Bunyi aku bersin gila annoying ! Kalau kau kapel dengan aku, kau mesti minta break serta merta kalau kau dengar aku bersin. Haha. Dahsyat okay ! Aku tak tipu ni. Wuuu ...

Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Say kami prihatin ! XD
Hurm. Terima kasih buat teman teman yang sudi mendoakan kesihatan aku. Ceh. Feelin feeling pulak dah. Eh. Kalau ibu tahu aku demam, dia mesti kata Demam lagi ? Haish. Hari tu baru demam kan ? Dah gi makan vitamin banyak banyak. Antibodi lemah lah tu. Ya. Aku nak nanges ni. Haha. Aku ni sikit sikit demam. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aku telah mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi kejadian demam ni, antaranya ialah:
  • Minuman berais. Aku kalau hirup minuman berais yang sejuk gilerrr tahap kutub utara, aku boleh demam secara laju laju. Aku tak tipu dol.
  • Hujan. Ni lagi dahsyat. Kalau kepala lutut aku kena hujan, aku dah boleh makan panadol lepas tu. Demam terus datang. Haha.
  • Stay up. Dahsyat tak ? Stay up sampai pagi pun boleh mengundang demam tanpa segan silu. Wuuu ...

potpetpotpet : Penyakit itu penghapus dosa dosa kecil. XD

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com