Ahad, 7 Mei 2017

Makna Warna Air Kencing - Air Mencukupi Atau Tidak?

Salam.

Jangan tak tahu yang setiap warna air kencing itu mempunyai makna dan maksud terhadap kandungan air yang kita ambil dan mungkin petunjuk tahap kesihatan kita. Sebab tu ada warna air kencing kita tidak akan sama pada setiap masa. Sebenarnya apabila kita mengambil air masak dalam kuantiti yang mencukupi, warna air kencing kita akan lebih cerah berbanding apabila kita kurang mengambil air masak. Badan kita akan mengalami dehidrasi kerana kekurangan air. Jadi bagi mengelakkan masalah ini berlaku, kita dinasihatkan supaya untuk minum air masak dengan lebih banyak. Namun, sekiranya warna kencing kita terlalu kuning dan gelap, itu tandanya kita telah mengalami dehidrasi yang teruk dan memerlukan pengawasan perubatan. Untuk rujukan yang lebih jelas, sila lihat gambar di bawah.


Tapi gambar di atas tidak boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya kita mengambil supplement seperti vitamin atau multivitamin dalam tempoh terdekat. Haaa... Pengambilan supplement dalam tempoh terdekat akan mempengaruhi warna air kencing kita. Jadi rajin rajin la tengok warna air kencing korang lepas ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com