Isnin, 8 Mei 2017

Kenali Scam Minta Derma Di Laman Sosial

Salam.

Scam atau penipuan secara atas talian semakin menjadi-jadi. Tak kira la kat facebook ke, kat twitter ke, kat instagram ke, kat mudah ke, orang zaman sekarang tak perlu susah susah nak hulur parang acu pistol untuk merompak duit atau hak orang lain. Mereka dengan liarnya menipu atas talian melalui kisah-kisah sedih, cerita-cerita rekaan dan bermacam-macam helah digunakan untuk merasuah kepercayaan mangsa. Akhirnya? Mangsa diperdaya dan mengalami kerugian! Hmmm... Berapa nilai kerugian tu? Tu semua bergantung kepada kecerdasan orang tu la. Semakin dalam orang tu percaya dengan penipuan tu, semakin tinggi nilai kerugiannya. Haha! Lagi lagi kita ni dah la mudah tersentuh, mudah simpati dan mudah percaya kat orang lain kerana kita fikir takkan la dorang ni sanggup nak menipu pasal sakit, pasal nak mati. Tapi hakikatnya? Tak semua orang macam tu. Ada je orang yang takde hati dan perasaan asalkan dorang dapat apa yang dorang nak. 


Gambar di atas dikongsikan bagi memberikan tips dan panduan kepada korang untuk mengenali scam atau penipuan minta derma di laman sosial. Sekiranya ada yang meminta derma untuk warganegara tapi tidak memerlukan impan di hospital kerajaan, maka, itu adalah scam atau penipuan! Jadi berhati-hati ya? Jangan mudah terpengaruh dengan gambar-gambar ngeri dan sedih yang dipamerkan. Silap haribulan gambar-gambar tu hasil carian google je sebenarnya. Kalau nak derma juga, derma kat aku boleh? Haha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com