Gema Gegar Vaganza pun tak lari daripada kontroversi. Haaa... Terbaru, lakonan Hijjaz pada konsert mingguan yang lepas dikritik oleh seorang warga facebook kerana dikatakan meraih simpati dengan menampilkan orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, Hijjaz seolah-olah meraih simpati dengan drama yang dilakonkan pada setiap kali konsert mingguan dan menggunakan OKU untuk kepentingan persembahan. Boleh baca komen tu kat bawah ni.
Berang dengan komen tersebut, Munif Hijjaz tampil dengan memuat naik status di lama facebook miliknya. Panjang gila status Munif Hijjaz tu. Rasa bilangan patah perkataan status dia lebih banyak daripada jumlah perkataan yang ada dalam buku Fattah Amin. Haha! Okay gurau. Tak pasal pasal kena kecam dengan peminat Fattah Amin yang berjuta-juta tu. Dah jom kita baca luahan hati dan perasaan daripada Munif Hijjaz.
Habis baca tak tu? Haha! Pada pendapat aku, tindakan Munif Hijjaz membidas komen tersebut adalah normal. Zaman Hijjaz dulu kita takde laman sosial yang terbuka macam sekarang ni. Jadi bukan senang untuk kita menghadapi komen-komen yang tak bertapis macam ni. Bila Hijjaz dikritik sedemikian rupa, maka, Munif Hijjaz tak dapat menerima tuduhan yang dilemparkan dan terus membidasnya. Macam kita la kan? Kalau kita kena tuduh dengan perkara yang tak betul, kita pun akan melenting. Betul tak? Dan bahasa yang Munif Hijjaz gunakan memang macam kita, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kasar. Sesuai la untuk menjawab komen yang dilemparkan tu. Tak boleh bagi muka sangat orang macam tu. Kalau ada cadangan untuk perbaiki kekurangan dalam persembahan Hijjaz tu, guna la bahasa dan ayat yang elok sikit. Tak salah pun menegur, tapi biar kena caranya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan