Semalam aku sempat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 yang diadakan di PWTC. Aku ikut rombongan tempat kerja aku. Tempat kerja aku ni setiap tahun buat rombongan ke PBAKL ni. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku jejakkan kaki ke PBAKL ni. Aku sendiri tak terniat pun nak sertai rombongan ni sebab aku tak suka suasana bersesak-sesak dan ramai orang. Aku jadi tertekan dengan suasana macam tu. Tapi dah Kak Nihla beriya ajak, aku terbuka hati untuk sertai rombongan tu semalam. Padahal aku sendiri tak tahu nak beli buku apa!
Di sini aku kongsikan sedikit maklumat mengenai PBAKL 2017.
- Tarikh: 28 April hingga 7 Mei 2017
- Masa: Isnin hingga Khamis (10 pagi hingga 7 malam), Jumaat hingga Ahad dan Cuti Umum (10 pagi hingga 9 malam)
- Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Rombongan bertolak seawal jam 9 pagi dan sampai kat PWTC tu sekitar jam 11 pagi. Ramai juga pengunjung semalam. Tak tahu la macam mana suasana dia kalau hari Sabtu dan hari Ahad. Dah jom tengok suasana di PWTC semalam yang dipenuhi dengan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah daripada seluruh negara.
Ada banyak sangat buku kat dalam tu sampai aku tak tahu nak tengok dan cari buku apa. Jadi aku pun merayau satu PWTC dari satu dewan ke satu dewan tu tanpa tahu nak beli buku apa. Selepas merayau selama lebih satu jam, akhirnya aku beli 7 buah buku. Aku beli tiga buah novel hasil tulisan Tere Liye, sebuah buku perihal mitos dan pengalaman daripada Dr Khairul Hafidz, sebuah buku tentang backpacker edisi europe, sebuah buku mengenai kucing dan sebuah buku mengenai Rasulullah. Sebenarnya kan aku rasa bersalah kalau tak beli buku keagamaan. Jadi aku pun beli la satu, jadi la kan? Haha! Terjujur pula. Nah...
Untuk memudahkan, korang sepatutnya dah tahu nak beli buku apa sebelum korang datang ke PBAKL ni. Dan lagi bagus kalau korang dah tahu siap siap penerbit buku tersebut. Sebab bila korang sampai PWTC nanti, korang boleh terus cari kat mana booth penerbit buku yang korang nak beli tu. Jadi takde la korang melilau tanpa arah tuju kat dalam PWTC tu. Haha! Lepas dah beli semua buku yang korang nak tu, pusing pusing la tengok buku-buku lain pula. Mana la tahu ada buku lain yang menarik perhatian korang untuk beli nanti. Maka bertambah banyak la duit habis kat PBAKL. Tapi tak rugi pun beli buku kat PBAKL ni sebab harga buku-buku kat sini memang sangat murah. Sangat murah sampai orang yang tak berapa rajin membaca pun boleh beli sampai 7 buah buku! Berbaloi!
haha tak berapa rajin eh ?
BalasPadamlepas ni boleh baca dan buat ulasan ke kann?