Jumaat, 9 Jun 2017

Buffet Ramadhan IKEA Berbaloi Atau Tidak?

Salam.


Terima kasih Haiqal belanja aku makan buffet istimewa sempena Ramadhan kat IKEA hari Ahad yang lepas. Alhamdulillah. Kenyang betul ada orang belanja. Ni belanja sempena hari jadi aku pada 23 April yang lepas. Ya. Dah alang alang tu kenapa tak belanja tahun depan je terus kan? Haha! Sebelum tu agak agak berapa harga buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA? Haaa... RM40! Lebih kurang harga buffet Ramadhan daripada Sushi King.



Kejap. Aku cuba untuk ingat balik apa menu dia hari tu. Sebenarnya aku tak sempat nak ambil gambar semua gambar makanan dan minuman dia hari tu. Jadi aku pun ingat ingat lupa menu yang ada hari tu. Tak sabar nak buka puasa gamaknya. Berdasarkan apa yang aku ingat, ni antara menu buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA:
  • Kambing Bakar
  • Ayam Percik
  • Filet Salmon
  • Bebola Daging (Lembu)
  • Nasi Kerabu
  • Nasi Putih
  • Mee Kari
  • Kentang Lecek
  • Salad Caesar
  • Pizza
  • Donut
  • Creme Brulee
  • Buah-buahan (Tembikai, Tembikai Susu, Nenas & Betik)
  • Minuman (Air Tebu, Kopi & Teh)



Tips buka puasa dengan buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA:
  • Ahli IKEA Family yang buka puasa dengan buffet ni akan menerima baucar RM10 yang boleh digunakan bagi setiap pembelian RM30 dan ke atas kat IKEA.
  • Ada satu ruang khas yang disediakan untuk mereka yang buka puasa dengan buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA.
  • Untuk mengelakkan kesesakan solat Maghrib, korang boleh minum atau makan sikit dulu kemudian korang terus pergi solat Maghrib. Masa tu surau tak sesak sangat. Lepas solat tu korang boleh sambung makan sampai pukul 10 malam. Haha!
  • Hanya ada seekor kambing bakar je kat situ. Habis seekor kambing bakar tu, habis la. Jadi nak tak nak, kena beratur ambil kambing bakar dulu seawal mungkin sebab sekejap je kambing bakar tu habis. Kalau korang tak beratur awal awal ambil kambing bakar tu, kempunan la korang nak makan kambing bakar tu.
  • Rugi kalau korang jenis tak makan daging macam aku ni sebab ada kambing bakar dan bebola daging. 
  • Aku tak berapa puas hati dengan buffet Ramadhan daripada IKEA ni sebab takde pasta, takde bebola ayam, takde kepak ayam goreng, takde kentang goreng, takde popia, takde kek almond dan paling penting takde karipap! Pada pendapat aku, banyak menu yang tak menarik dihidangkan untuk buffet ni.
  • Untuk kopi dan teh, korang kena ambil kat tempat biasa kat luar daripada kawasan buffet.
  • Nak bagi berbaloi RM40? Makan filet salmon banyak banyak. Haha! Kalau beli ala carte kat luar tu, satu filet salmon tu mungkin lebih daripada RM10 tu.
  • Terhad kepada 150 orang je. Tapi korang tak perlu risau sangat sebab hari tu aku tengok tak penuh pun. Sebenarnya ramai juga yang buka puasa kat IKEA tapi ramai beli secara ala carte daripada buffet.


Jadi aku rasa macam kurang berbaloi makan buffet istimewa sempena Ramadhan daripada IKEA. Sebab banyak menu yang sedap dan pilihan ramai takde dalam buffet tu. Kalau nak buka puasa kat IKEA, aku cadangkan korang beli secara ala carte berbanding buffet. Ada banyak makanan yang korang boleh pilih dan mengikut citarasa korang.

6 ulasan:

  1. Best tu orang belanje..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kan! alhamdulillah. memang best bila orang belanja ni.

      Padam
  2. Hmmm, bunyi pun memang tak berapa menarik minat. Selalu pergi restoran IKEA ni sebab nak makan meatball dia je. Anyway, thank you for sharing this. At least, dapat tahu yang IKEA pun ada buat buffet ramadhan. Ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. boleh cuba pojie. mana tahu kena dengan selera pojie.

      Padam
  3. Haa.. tak ada kentang goreng? Tak boleh jadi ni. Baru nak makan dengan meatball 😦

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com