Selasa, 13 Jun 2017

Buka Puasa Di Shell Out, Petaling Jaya

Salam.


Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat juga rasa makan kat Shell Out. Haha! Selama ni tak pernah pergi mana-mana Shell Out sebab ibu selalu buat Shell Out sendiri kat rumah. Haaa... Lebih banyak, lebih jimat dan lebih puas. Tapi sekali sekala apa salahnya makan kat Shell Out kan? Ni pun sebab Eddy bawa belanja buka puasa kat sini. Kalau tak, sampai ke sudah aku takkan jejak kat Shell Out kot. Terima kasih Eddy!

Sebenarnya hari tu ada satu insiden yang terjadi. Aku, Wan dan Eddy sampai kat Shell Out tu dalam pukul 7 petang macam tu sebab Eddy dah booking untuk buka puasa kat situ sejak hari Jumaat lagi. Jadi kitorang yakin la datang dah nak dekat waktu berbuka. Sekali? Takde booking bawah nama Eddy! Aduhai. Nasib baik Eddy ada bukti rekod telefon yang telah dibuat. Akhirnya kitorang diberikan meja. Tapi dapat meja kat luar je, tak dapat meja kat dalam sebab dah penuh. Takpe la. Daripada tak dapat meja langsung kan? Ucap apa? Alhamdulillah.




Hari tu kitorang pesan Pesta Set Menu yang memang untuk 2 orang ke 3 orang. Harga untuk set tu? RM189.90! Haaa... Agak agak ada apa je dalam set tu? Meh sini aku senaraikan. 
  • Ketam (seekor)
  • Udang (10 ekor)
  • Lala (500 gram)
  • Broccoli (separuh)
  • Kentang (1 set)
  • Jagung (2 ketul)
  • Nasi (2 mangkuk)
  • Ubi keledek kentang goreng (1 set)
  • Air jus (2 gelas)
  • Puding kelapa (1 biji)
  • Kurma

Tak cukup set tu, kitorang tambah sotong masak lada hitam, semangkuk nasi dan segelas air. Jadi jumlah harga yang dibayar hari tu? Lebih daripada RM200 juga. Semoga bertambah murah rezeki Eddy lepas ni. Tapi hidangan utama yang kitorang pesan tu sampai selepas beberapa minit azan Maghrib berkumandang. Nasib baik sebelum hidangan utama tu sampai kitorang dapat alas perut dengan ubi keledek kentang goreng yang sekali tengok macam kentang goreng. Sedap! Lepas segala macam ketam, udang, lala dan sotong dah sampai, tak pandang dah kat ubi keledek kentang goreng tu. Alhamdulillah. Kenyang. Memang sedap betul Shell Out ni rupanya. Layak la harga dia macam tu. Sepadan dengan kualiti hidangan yang disajikan, baik daripada segi rasa dan kesegaran. Aku suka juga dengan puding kelapa dia tu. Terlupa pula nak ambil gambar. Puding kelapa tu diletakkan dalam sebiji kelapa. Recommended! InshaAllah kalau ada rezeki lebih nanti memang nak kena datang lagi ni.


Jadi lepas ni kalau korang ada nak booking awal sehari dua kat mana-mana tempat, pastikan korang semak dua tiga kali dengan tempat tu supaya tak berlaku kesilapan macam kitorang ni. Yakin je dah booking tapi sekali nama tiada dalam senarai booking pun. Haha! Nasib baik tak kempunan buka puasa kat Shell Out. Selamat berbuka puasa!

1 ulasan:

  1. Kenyang nya makan buka puasa shell out hehehehe....

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com