Selasa, 13 Jun 2017

Wanita Dihina Peniaga Di Bazar Ramadhan Kerana Gemuk

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya niat seorang wanita untuk membantu jualan kebab seorang peniaga di bazar Ramadhan telah mengundang kejadian yang tidak diingini. Kejadian bermula apabila wanita tersebut bertanyakan harga kebab yang dijual dan seterusnya memesan satu kebab daging daripada peniaga tersebut. Tapi apa yang berlaku selepas itu amat menyakitkan hati wanita itu. Peniaga tersebut telah menyindir wanita itu dengan menyatakan bahawa orang gemuk seperti dia mesti pelahap dan makan banyak. Jadi tidak mungkin dia akan kenyang kalau makan satu kebab je, paling tidak pun 5 ke 10 kebab. Pehhh... Sedap je mulut peniaga tu cakap macam tu kan? Akhirnya wanita tersebut tidak jadi untuk membeli kebab tadi tapi dia terus meletakkan duit sebanyak RM5 sambil membalas kata-kata berbaur penghinaan yang dilemparkan oleh peniaga itu. Untuk cerita sepenuhnya, korang boleh baca status yang dimuatnaik oleh wanita tersebut di laman facebook miliknya kat bawah ni.


Bukan semua benda boleh dibuat gurau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com