Neelofa ni bijak sebenarnya. Dia sengaja menggayakan pakaian yang lain daripada lain supaya terus menjadi bualan kat laman sosial. Baru-baru ni Neelofa telah dikritik oleh netizen kerana mengenakan jaket berbulu dan dipadankan dengan seluar hitam berjalur putih semasa menghadiri sebuah majlis di Bangkok, Thailand. Jangan tak tahu yang pakaian unik tersebut telah direka oleh pereka fesyen Khoon Hooi. Jom kita tengok antara gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa kat laman instagram miliknya.
Masa aku pertama kali nampak gambar-gambar Neelofa dengan pakaian ni, aku tak ambil pusing pun. Aku tengok sekadar just another wardrobe daripada Neelofa. Tak sangka pakaian tersebut mendapat komen-komen yang agak kritikal daripada netizen. Ya. Dah nama pun Neelofa kan? Netizen menyamakan jaket berbulu Neelofa dengan karpet berbulu manakala seluar hitam berjalur putih disamakan dengan seluar track. Macam macam! Ada juga yang gigih ambil gambar karpet berbulu dengan seluar track lalu dibandingkan dengan apa yang dipakai oleh Neelofa. Masalahnya? Hampir sama! Kreatif betul dorang ni. Jom kita tengok antara komen-komen yang pedas mengenai pakaian Neelofa yang sekali lagi menjadi perhatian ni.
Tak cukup dengan komen-komen yang menggunakan perkataan, disokong pula dengan bukti-bukti bergambar. Haha! Gigih betul dorang kan kalau nak bahan artis ni? Selagi ada kudrat dan masa orang kata. Nasib baik la duit Neelofa kat bank tu tak berkurang dengan kecaman-kecaman daripada dorang ni. Takpe Neelofa. Ni pun salah satu publisiti untuk Neelofa juga kan.
Kesian ayam tu, tak cukup bulu.
Sumber: DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan