Jumaat, 7 Julai 2017

Pakaian Neelofa Dikecam Netizen, Seperti Ayam Tak Cukup Bulu!

Salam.

Neelofa ni bijak sebenarnya. Dia sengaja menggayakan pakaian yang lain daripada lain supaya terus menjadi bualan kat laman sosial. Baru-baru ni Neelofa telah dikritik oleh netizen kerana mengenakan jaket berbulu dan dipadankan dengan seluar hitam berjalur putih semasa menghadiri sebuah majlis di Bangkok, Thailand. Jangan tak tahu yang pakaian unik tersebut telah direka oleh pereka fesyen Khoon Hooi. Jom kita tengok antara gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa kat laman instagram miliknya.




Masa aku pertama kali nampak gambar-gambar Neelofa dengan pakaian ni, aku tak ambil pusing pun. Aku tengok sekadar just another wardrobe daripada Neelofa. Tak sangka pakaian tersebut mendapat komen-komen yang agak kritikal daripada netizen. Ya. Dah nama pun Neelofa kan? Netizen menyamakan jaket berbulu Neelofa dengan karpet berbulu manakala seluar hitam berjalur putih disamakan dengan seluar track. Macam macam! Ada juga yang gigih ambil gambar karpet berbulu dengan seluar track lalu dibandingkan dengan apa yang dipakai oleh Neelofa. Masalahnya? Hampir sama! Kreatif betul dorang ni. Jom kita tengok antara komen-komen yang pedas mengenai pakaian Neelofa yang sekali lagi menjadi perhatian ni.


Tak cukup dengan komen-komen yang menggunakan perkataan, disokong pula dengan bukti-bukti bergambar. Haha! Gigih betul dorang kan kalau nak bahan artis ni? Selagi ada kudrat dan masa orang kata. Nasib baik la duit Neelofa kat bank tu tak berkurang dengan kecaman-kecaman daripada dorang ni. Takpe Neelofa. Ni pun salah satu publisiti untuk Neelofa juga kan. 



Kesian ayam tu, tak cukup bulu.

Sumber: DI SINI

Jumaat, 8 April 2011

Lelaki & Bulu Hidung

Euwww... Bunyi tajuk yang sungguh menggiurkan. Eh. Menggelikan kot? Adeh. Today, aku nak borak borak kosong pasal Lelaki & Bulu Hidung. Topik yang difokuskan ialah bulu hidung. So, bulu bulu yang lain boleh diketepikan sekarang. Contoh bulu bulu yang lain ialah bulu tangkis, buluh perindu dan berbulu aku tengok kau! =.=




Persoalan yang ingin dikupas pada hari ni? Pasal lelaki yang mengeluarkan bulu hidung! Erk. Macam mana tu? Adakah beliau merupakan seorang pembekal bulu hidung? Nope! Merujuk kamus yang tidak pernah wujud, lelaki yang mengeluarkan bulu hidung ialah lelaki yang membiarkan bulu hidung beliau terkeluar kerana kepanjangan yang melampau lalu diabaikan sahaja. Phewww... Hambekkk kau panjang gile definisi aku bagi. Kalau tak faham jugak, tak tahu ah. =.=


Pada kehenseman aku, terdapat beberapa punca wujudnya golongan lelaki dengan bulu hidung terkeluar ni. Apakah?
  • Beliau mempunyai kehidupan yang sangat sibuk. So, beliau tidak sempat meluangkan masa dengan hidung beliau.
  • Beliau mempercayai bahawa bulu hidung yang terkeluar itu seksi. So, beliau menjadi yakin secara membuak-buak apabila berhadapan dengan orang ramai.
  • Beliau tidak mampu memiliki sebuah cermin. So, beliau tidak perasan akan kepanjangan yang berlaku dalam terowong beliau.
  • Beliau tidak berapa nak pandai dalam Matematik. So, beliau tidak tahu apa itu panjang, apa itu pendek.
  • Beliau bajet nak rebonding bulu hidung berkenaan. Kalau tak rebonding, perm kot?


As a conclusion, sila pastikan bahawa bulu hidung kau tidak terkeluar kerana sesungguhnya keadaan itu sungguh menggelikan. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, lelaki lelaki sekalian dinasihatkan supaya menjaga bulu hidung seperti rumput di halaman rumah. Kalau dah panjang, tak reti reti nak potong ke cabut ke tarik ke pulas ke? Sebagai seorang lelaki, kita kena bajet hensem supaya nampak hensem. Salah satu cara untuk bajet hensem ialah memastikan bulu hidung kau tak terkeluar. Kalau takut sangat bulu hidung kau terkeluar, suruh kawan kau check terowong berkenaan.  Kalau boleh, mintak tolong dia potong/cabut/tarik/pulas sekali! Boleh?


potpetpotpet : Kebersihan itu sebahagian daripada iman! ;D

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com