Isnin, 18 Disember 2017

Dr Amalina Bakri Jawab Kecaman & Sindiran Di Twitter

Salam.


Dr Amalina Bakri menjawab kecaman dan sindiran yang diterima dengan penuh bergaya! Haaa... Sehingga salah satu akaun twitter yang mengecam dan menyindir tu terus deactivated serta-merta! Telur mana telur? Takkan setakat berani kecam orang je? Tapi tak berani nak berdepan bila kecaman tu dibalas? Sebab apa yang dikata tu betul kan? Haha! Pada pendapat aku, ayat kecaman yang dihamburkan tu tidak berbaur teguran pun. Tapi lebih kepada sindiran yang menghina. Sebaiknya guna bahasa yang lembut dan jangan sindir-menyindir. Jika betul hendak menegur, kenapa perlu sakitkan hati orang lain secara umum? Lepas tu nak bangga diri "at least aku dah tegur kalau kena tanya kat akhirat nanti"? Duhhh...

Mari kita tengok bagaimana Dr Amalina Bakri menjawab kecaman dan sindiran di laman twitter. Berikan tepukan yang gemuruh!


"Rugi rugi belajar jauh jauh jadi macam ni."

"Oh ye ke? Rugi ke? On my night shift today, I operated on 2 people, 1 almost died and 1 almost lost his leg, what did you do today? Watching porn?"

"Bagi pendapat aku lah, apa kena mengena rambut dia dengan kerja yang dia buat tu? Adakah kerja baik sebagai doktor tu mampu bantu dia di sana nanti. Haaa... Tolonglah faham apa yang aku nak sampaikan dalam satu ayat ni."

"Okay so tell me, if you help other people you don't get pahala? And tell me if pahala is based solely on physical appearance? Everyone has their own journey and there's no need for you to dictate who goes to heaven and who goes to hell, God forbid, so focus on yourself , honey."

Aku tidaklah menyokong penampilan Dr Amalina Bakri kerana itu adalah pilihan dia. Tapi aku rasa tidak perlu menjatuhkan air muka dia dengan mengecam dan menyindir sampai macam tu sekali. Jadi aku rasa layaklah dia menjawab kecaman dan sindiran yang dilemparkan tu. Kepada Dr Amalina Bakri, teruskan berbakti kepada dunia dan mengharumkan nama Malaysia dalam dunia perubatan!


Jumaat, 7 Julai 2017

Pakaian Neelofa Dikecam Netizen, Seperti Ayam Tak Cukup Bulu!

Salam.

Neelofa ni bijak sebenarnya. Dia sengaja menggayakan pakaian yang lain daripada lain supaya terus menjadi bualan kat laman sosial. Baru-baru ni Neelofa telah dikritik oleh netizen kerana mengenakan jaket berbulu dan dipadankan dengan seluar hitam berjalur putih semasa menghadiri sebuah majlis di Bangkok, Thailand. Jangan tak tahu yang pakaian unik tersebut telah direka oleh pereka fesyen Khoon Hooi. Jom kita tengok antara gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa kat laman instagram miliknya.




Masa aku pertama kali nampak gambar-gambar Neelofa dengan pakaian ni, aku tak ambil pusing pun. Aku tengok sekadar just another wardrobe daripada Neelofa. Tak sangka pakaian tersebut mendapat komen-komen yang agak kritikal daripada netizen. Ya. Dah nama pun Neelofa kan? Netizen menyamakan jaket berbulu Neelofa dengan karpet berbulu manakala seluar hitam berjalur putih disamakan dengan seluar track. Macam macam! Ada juga yang gigih ambil gambar karpet berbulu dengan seluar track lalu dibandingkan dengan apa yang dipakai oleh Neelofa. Masalahnya? Hampir sama! Kreatif betul dorang ni. Jom kita tengok antara komen-komen yang pedas mengenai pakaian Neelofa yang sekali lagi menjadi perhatian ni.


Tak cukup dengan komen-komen yang menggunakan perkataan, disokong pula dengan bukti-bukti bergambar. Haha! Gigih betul dorang kan kalau nak bahan artis ni? Selagi ada kudrat dan masa orang kata. Nasib baik la duit Neelofa kat bank tu tak berkurang dengan kecaman-kecaman daripada dorang ni. Takpe Neelofa. Ni pun salah satu publisiti untuk Neelofa juga kan. 



Kesian ayam tu, tak cukup bulu.

Sumber: DI SINI

Rabu, 7 Jun 2017

Iklan Raya Watsons Dikecam Promosi Hitam Hodoh Putih Cantik

Salam.


Gara-gara iklan raya Watsons Malaysia menjadi tular dan mendapat kecaman daripada netizen, pihak Watsons Malaysia telah menarik balik video berdurasi lebih kurang 14 minit 37 saat. Iklan tersebut menampilkan artis-artis terkenal seperti Kamal Adli, Ruhainies, Amber Chia, Bell Ngasri, Raja Ilya, Uqasha Senrose, Thanuja, Alvin Chong dan Sasha Saidin. Iklan raya kali ni menggunakan pendekatan watak-watak klasik yang popular dalam kalangan masyarakat seperti Puteri Gunung Ledang, Dayang Senandung, Bawang Putih & Bawang Merah, Puteri Hang Li Po, Laila Majnun, Puteri Mayang Mengurai dan Nang Nak.

Pihak Watsons Malaysia memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan terkesan dengan iklan raya kali ni. Pihak Watsons Malaysia juga menjelaskan watak Harum Senandung adalah berasal daripada lagenda Dayang Senandung yang terkena sumpahan kulit hitam tapi memiliki suara yang merdu. Tambah mereka lagi, iklan raya kali ni tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu kerana mereka menghormati dan menghargai semua bangsa dan agama. 


Iklan raya Watsons Malaysia kali ni mengisahkan tentang Al-Kazam (Kamal Adli) yang mengadakan uji bakat Lagenda Cun Raya untuk mencari suara merdu yang hadir dalam mimpi Al-Kazam. Akhirnya Al-Kazam menemukan suara merdu tersebut daripada seorang wanita bernama Harum Senandung (Ruhainies) tapi menutup wajahnya. Selepas Harum Senandung menunjukkan wajahnya, Al-Kazam terkejut dan terperanjat dengan kulit wanita tersebut yang berwarna hitam legam. Pada penghujung iklan, Harum Senandung tidak lagi berwarna hitam legam, katanya kejadian tu cuma sekadar untuk menguji Al-Kazam. Ternyata watak Harum Senandung dikecam netizen kerana seolah-olah bersifat menghina mereka yang berkulit hitam.

Jom kita tengok antara kecaman daripada netizen yang diterima oleh Watsons Malaysia.


Semoga pihak Watsons Malaysia akan lebih berhati-hati lepas ni.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com