Khamis, 3 Ogos 2017

10 Cara Jadi Orang Lebih Baik Di Malaysia - Dr Amalina Bakri

Salam.


Haaa... Korang rasa korang dah cukup baik ke? Aku rasa aku ni takde lah baik mana takde lah jahat mana. Tengah tengah boleh tak? Sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada kesilapan dan perasaan. Tapi selagi kita masih bernafas masih bernyawa, selagi tu kita diberikan peluang untuk jadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Ehhh... Apahal serius sangat ni? Haha! Dr Amalina Bakri telah berkongsi tentang cara-cara untuk menjadi orang yang lebih baik kat Malaysia ni walaupun sekarang Dr Amalina Bakri takde kat Malaysia. Kenal tak siapa Dr Amalina Bakri ni? Takkan tak kenal kot? Pelajar cemerlang yang mencatatkan keputusan 17A1 dalam SPM tahun 2004 tu...


10 Cara Jadi Orang Lebih Baik Di Malaysia
  1. Bersihkan dan kemas semula meja selepas makan terutamanya kat restoran makanan segera. Kalau kat restoran yang tak berapa nak segera, cukup lah dengan susun dan tindankan pinggan mangkuk bagi memudahkan urusan pekerja kat situ. Kalau nak tolong basuh tu dah over sangat kot? Baik kau tanya terus ada kerja kosong tak kat situ.
  2. Nampak sampah kat atas lantai? Sampah kat tepi jalan? Sampah kat dalam longkang? Sampahnya perangai kau? Tolong kutip dan buangkan ke dalam tong sampah. Haaa... Jangan lupa untuk sentiasa bawa bersama hand sanitiser supaya senang nak basuh tangan lepas dah buang sampah tu. Pencuci muka tu tak payah lah bawa sekali. Kutip sampah guna muka ke?
  3. Jangan guna atau main dengan telefon masa orang tengah bercakap dengan kita. Tolong beri hormat dan perhatian. 
  4. Sentiasa menghormati dan berbuat baik dengan pekerja-pekerja seperti cleaner, pemandu bas, security guard dan lain-lain. Tegur lah sekali sekala buat buat peramah contoh macam hai makcik cantik tudung makcik hari ni walaupun makcik tu pakai tudung yang sama je sepanjang 5 tahun kerja kat situ sebab dah nama pun tu uniform dia kau dah kenapa baru nak puji hari ni?
  5. Nampak selipar atau kasut yang bersepah kat luar? Luang masa seminit dua untuk susun selipar atau kasut setakat mana yang sempat. Kalau banyak masa sangat, sebelum susun tu boleh main baling selipar dulu.
  6. Selalu bertanyakan khabar ahli keluarga yang lain, ada menghadapi apa apa masalah ke tidak.
  7. Bawa bag sendiri untuk kegunaan membeli-belah. Selamatkan alam sekitar! Jangan pula bawa bag sekolah anak kau habis tu dia nak buat kerja sekolah macam mana dah lah buku buku dia ada dalam bag tu tapi kalau nak pakai juga tolong keluarkan buku buku dia tu dulu.
  8. Beri makan kepada haiwan-haiwan yang terbiar seperti kucing dan anjing. Sekali sekala beri kaki kepada manusia yang berperangai seperti haiwan. 
  9. Bawa makanan atau minuman untuk dikongsikan bersama. Kalau bajet tak berapa nak ada, cukup sekadar bawa diri. 
  10. Layan orang lain seperti mana kita ingin dilayan.

Dalam 10 cara kat atas ni, berapa banyak yang korang dah selalu buat?

2 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com