Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh - Kajang ni dah dibuka sepenuhnya pada 17 Julai 2017 yang lepas dan dirasmikan oleh Dato Seri Najib Razak kat stesen MRT Tun Razak Exchange. Aku dah naik MRT dua kali kalau tak silap. Setakat ni? Aku sangat berpuas hati! Sangat memudahkan pergerakan dan perjalanan terutamanya nak jalan jalan sekitar Kuala Lumpur. Korang dah naik belum?
Baru je beberapa hari beroperasi, dah macam macam perangai kat MRT. Aku tak pasti lah dengan perangai orang orang yang macam gambar gambar kat atas dan kat bawah ni. Tak pernah naik pengangkutan awam ke macam mana? Ada yang baring siap berpangkukan pasangan sebab tulang belakang dia dah rapuh tu lah siapa suruh tak minum susu, ada yang buang sampah kat ruangan tempat duduk sebab memang tulis kat situ sila lah selitkan sampah anda kat sini banyak banyak, ada yang letak segala beg plastik kat atas kerusi sebab beg plastik dia penat berdiri dah satu hari berjalan ke sana ke sini, ada yang minum kat dalam tren sebab kalau tak minum waktu tu dia akan mati serta-merta, ada yang bergayut kat dalam tren sebab hilang ingatan sebagai seorang manusia lalu jadi lah dia seperti seekor monyet. Haaa... Tu belum lagi yang pasang buaian kat dalam tren tu!
Rapid KL melalui laman twitter telah memuat naik gambar anak patung Anabelle yang diletakkan kat salah satu stesen sambil menasihatkan supaya pengguna-pengguna yang menaiki tren untuk menjaga tingkah laku dan mematuhi etika semasa menaiki tren. Menarik kan? Walaupun aku rasa anak patung Anabelle tu takde lah menakutkan sangat. Cakap besar nampak? Sekali kepala anak patung tu menoleh pandang aku? Haha! Kejap. Adakah ni gimik semata-mata sebab filem Anabelle akan ditayangkan pada 11 Ogos ni? Haaa... Bijak!
Trivia MRT Sungai Buloh - Kajang
- Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) adalah merupakan stesen MRT yang paling dalam iaitu sedalam 40 meter. Haaa... Kedalaman tu lebih kurang bangunan 13 tingkat!
- Escalator yang paling panjang kat MRT? Kat stesen MRT Bukit Bintang dengan panjang 20 meter!
- Escalator kat stesen MRT Pusat Bandar Damansara pula adalah escalator yang paling tinggi kat MRT.
- Tren yang paling laju adalah tren yang bergerak di antara stesen MRT Tun Razak Exchange dan stesen Cochrane dengan kelajuan sekitar 94 km/j. Secara purata, kelajuan tren bergerak adalah sekitar 40 km/j.
- Terdapat lebih daripada 3,5000 CCTV ada kat stesen-stesen MRT.
- MRT ni dibina dengan kos sekitar RM21 billion.
Harap lepas ni takde lagi pengguna-pengguna yang bersikap macam kat atas tu. Tolong jaga harta dan kemudahan awam serta patuhi etika dan peraturan semasa menggunakan segala harta dan kemudahan awam. Ehhh... Aku pun bayar cukai tahu? Haha!
minda pengguna masih 'kotor' sebenarnya
BalasPadam