Khamis, 3 Ogos 2017

10 Cara Jadi Orang Lebih Baik Di Malaysia - Dr Amalina Bakri

Salam.


Haaa... Korang rasa korang dah cukup baik ke? Aku rasa aku ni takde lah baik mana takde lah jahat mana. Tengah tengah boleh tak? Sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada kesilapan dan perasaan. Tapi selagi kita masih bernafas masih bernyawa, selagi tu kita diberikan peluang untuk jadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Ehhh... Apahal serius sangat ni? Haha! Dr Amalina Bakri telah berkongsi tentang cara-cara untuk menjadi orang yang lebih baik kat Malaysia ni walaupun sekarang Dr Amalina Bakri takde kat Malaysia. Kenal tak siapa Dr Amalina Bakri ni? Takkan tak kenal kot? Pelajar cemerlang yang mencatatkan keputusan 17A1 dalam SPM tahun 2004 tu...


10 Cara Jadi Orang Lebih Baik Di Malaysia
  1. Bersihkan dan kemas semula meja selepas makan terutamanya kat restoran makanan segera. Kalau kat restoran yang tak berapa nak segera, cukup lah dengan susun dan tindankan pinggan mangkuk bagi memudahkan urusan pekerja kat situ. Kalau nak tolong basuh tu dah over sangat kot? Baik kau tanya terus ada kerja kosong tak kat situ.
  2. Nampak sampah kat atas lantai? Sampah kat tepi jalan? Sampah kat dalam longkang? Sampahnya perangai kau? Tolong kutip dan buangkan ke dalam tong sampah. Haaa... Jangan lupa untuk sentiasa bawa bersama hand sanitiser supaya senang nak basuh tangan lepas dah buang sampah tu. Pencuci muka tu tak payah lah bawa sekali. Kutip sampah guna muka ke?
  3. Jangan guna atau main dengan telefon masa orang tengah bercakap dengan kita. Tolong beri hormat dan perhatian. 
  4. Sentiasa menghormati dan berbuat baik dengan pekerja-pekerja seperti cleaner, pemandu bas, security guard dan lain-lain. Tegur lah sekali sekala buat buat peramah contoh macam hai makcik cantik tudung makcik hari ni walaupun makcik tu pakai tudung yang sama je sepanjang 5 tahun kerja kat situ sebab dah nama pun tu uniform dia kau dah kenapa baru nak puji hari ni?
  5. Nampak selipar atau kasut yang bersepah kat luar? Luang masa seminit dua untuk susun selipar atau kasut setakat mana yang sempat. Kalau banyak masa sangat, sebelum susun tu boleh main baling selipar dulu.
  6. Selalu bertanyakan khabar ahli keluarga yang lain, ada menghadapi apa apa masalah ke tidak.
  7. Bawa bag sendiri untuk kegunaan membeli-belah. Selamatkan alam sekitar! Jangan pula bawa bag sekolah anak kau habis tu dia nak buat kerja sekolah macam mana dah lah buku buku dia ada dalam bag tu tapi kalau nak pakai juga tolong keluarkan buku buku dia tu dulu.
  8. Beri makan kepada haiwan-haiwan yang terbiar seperti kucing dan anjing. Sekali sekala beri kaki kepada manusia yang berperangai seperti haiwan. 
  9. Bawa makanan atau minuman untuk dikongsikan bersama. Kalau bajet tak berapa nak ada, cukup sekadar bawa diri. 
  10. Layan orang lain seperti mana kita ingin dilayan.

Dalam 10 cara kat atas ni, berapa banyak yang korang dah selalu buat?

Jumaat, 5 Mei 2017

Nur Amalina Che Bakri Yang Sekarang

Salam.

Ingat lagi siapa Nur Amalina Che Bakri? Haaa... Kalau lupa, Nur Amalina Che Bakri ni la yang pernah mencipta rekod dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 apabila memperolehi 17A1. Nur Amalina Che Bakri telah berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Biologi, Kmia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawwur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi dan Pendidikan Islam. Kerana kecemerlangan luar biasa yang ditonjolkan oleh Nur Amalina Che Bakri ni, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaja pengajiannya di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Ehhh... Agak agak macam mana la rupa Nur Amalina Che Bakri ni sekarang? Tapi sekarang dia lebih dikenali dengan nama Amalina Bakri. Kalau aku kata gambar dia sebenarnya kat bawah ni, korang percaya tak?


Bukan main makeup Amalina Bakri ni sekarang, on fleek betul. You go, girl! Yang penting dia masih lagi cemerlang sampai sekarang. Mari kita tengok antara pencapaian dan perkembangan dia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2004 yang lalu.
  • Terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service (5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005)
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat kebangsaan
  • Duta Akademik Berita Harian
  • A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom (2005-2007)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi di University of Edinburgh, Scotland (2007-2013)
  • Ijazah Sarjana (Kelas Pertama) dalam Medical Clinical Sciences di University of Cambridge (2013-2015)
  • MPhil/PhD dalam Translational Medicine and Therapeutics di University of Cambridge (2013-2017)
  • Doktor di Imperial College Healthcare NHS dan doktor pakar bedah (pelatih) di The Royal College of Surgeons, England (bermula dari 2015)
  • Pengkhususan payudara, pembedahan awam dan pembedahan plastik
  • Telah membentangkan 6 kertas kajian pada peringkat dunia untuk kajian perubatan


Difahamkan Amalina Bakri memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. All the best! Dan kalau balik Malaysia tu, beritahu la. Boleh kita kopi kopi. Haha! Dah jom kita tengok antara gambar-gambar terkini daripada Amalina Bakri yang aku dapatkan daripada laman twitter miliknya.





Jadi kalau korang nak tahu perkembangan Amalina Bakri dengan lebih lanjut, boleh follow dia kat twitter dan linkedin seperti mana yang aku letakkan kat bawah ni. Tapi dua tu je la laman sosial milik Amalina Bakri yang aku jumpa. Setakat ni aku tak jumpa lagi facebook atau instagram dia. Kalau korang jumpa, kongsikan dengan aku boleh?



Eleh... Nak stalk la tu?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com