Sabtu, 18 November 2017

Price Catcher - Aplikasi Semak Harga Barang Harian Untungkan Pengguna

Salam.


Apa itu Price Catcher?

Aplikasi Price Catcher dibangunkan untuk membantu kita sebagai pengguna dalam membuat pilihan yang lebih bijak dan menguntungkan. Menerusi aplikasi ini, kita berupaya mendapatkan maklumat harga barangan keperluan semasa. Di samping itu, info mengenai kedai yang menawarkan harga patut juga disediakan. Peniaga pula diberikan peluang untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui aplikasi Price Catcher ini. Jangan tak tahu, info berkenaan harga minyak semasa turut dikemas kini paling awal pada setiap hari Rabu.


Perbandingan harga yang menguntungkan

Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat kedai atau pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi itu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam buana, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Price Catcher sekarang!

Penggunaan aplikasi Price Catcher

Aplikasi Price Catcher ini adalah mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan  yang dikehendaki dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas itu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ini, korang sebenarnya dapat membuat perbandingan harga barangan supaya korang mendapatkan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan harian.

Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tengok contoh cara penggunaan aplikasi Price Catcher seperti kat bawah ni.






Mudah kan? Korang ingat korang ada masa untuk pening sakit kepala cari harga barangan harian yang murah kat mana? Haha! Terima kasih KPDNKK!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com