Isnin, 27 November 2017

Review Filem Coco 2017 - Animasi Terbaik Tahun Ini, Menakjubkan & Penuh Warna!

Salam.


Promosi filem Coco ni besar-besaran juga. Dah lama aku tengok trailer dia kat youtube, kat panggung wayang. Tapi aku tak teruja pun nak tengok filem ni lepas tengok trailer dia. Masa mula mula tengok trailer tu, filem apa ni? Kenapa orang yang dah mati rupa tengkorak je? Tak comel langsung! Jalan cerita pun macam tak menarik. Haha! Tapi itu semua masa aku tengok trailer dia lah. Aku tak faham yang sebenarnya filem itu adalah berdasarkan budaya Mexico. 

Jadi macam mana aku boleh nak tengok filem ni? Haaa... Gara-gara aku check rating filem ni kat internet! IMDb bagi 9/10, Rotten Tomatoes bagi 96% dan Filmweb bagi 8/10! Gila lah! Dah kenapa rating filem Coco ni tinggi nak mati? Aku tahu lah filem ni pasal hidup dan mati tapi tak payah lah bagi rating tinggi nak mati. Haha!


Sinopsis:
Walaupun keluarga Miguel melarang ahli keluarganya bermain muzik, cita-cita Miguel untuk menjadi pemuzik yang terkenal seperti idolanya, Ernesto de la Cruz tidak pernah padam. Terdesak untuk membuktikan bakat muziknya, Miguel akhirnya tersesat ke "Land of Dead" dan bertemu dengan seorang penipu yang licik bernama Hector. Mereka bersama-sama meneruskan perjalanan yang luar biasa untuk merungkai rahsia keluarga Miguel.

Filem Coco ini bertemakan kekeluargaan dan juga kesungguhan mengejar cita-cita. Tapi jalan cerita dia bukan biasa biasa. Filem ni memang cukup rasa dengan gembira dia, dengan sedih dia. Geram pun ada! Kali ini Pixar tidak mengecewakan dengan membawakan sebuah filem animasi yang menyentuh tentang hidup dan mati tapi penuh dengan warna warni. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada air mata.

Bila babak gembira, aku boleh tersenyum sendiri kat dalam panggung wayang tu. Gila lah! Bila babak sedih pula, bergenang juga air mata aku. Tapi tak tumpah lah sebab aku cover baik punya. Babak kelakar pun banyak. Kebanyakan babak kelakar dia lain daripada yang lain, tak klise lah orang cakap tu. Lagu-lagu dalam filem ini pun sedap. Bulu tengkuk aku meremang juga lah  masa Miguel berduet dengan Hector kat atas pentas tu. Aku pula terharu Miguel dapat nyanyi dan main gitar depan orang ramai. Dah kenapa? Emosi lah! Selain itu, apa yang paling menarik dalam filem ni? Selain daripada jalan cerita yang unik, filem ni mempunyai twist dan kejutan yang agak memeranjatkan. Tak sangka betul yang... Ehhh kena tengok sendiri lah! Haha!

Jom kita tengok poster-poster filem Coco yang sarat dengan warna warni?






Serius cantik visual filem ni! Penuh dengan warna, penuh dengan imaginasi. Sempena cuti sekolah, filem Coco ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ini juga sangat bermakna dan memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menonton. Antara mesej yang terdapat dalam filem Coco ini ialah:
  • Keluarga kita tidak akan pernah membiarkan kita biarpun kita telah membelakangkan keluarga kita, biarpun kita berdegil dengan keputusan kita.
  • Sentiasa mengejar cita-cita atau impian walaupun tiada siapa yang percayakan kita.
  • Jangan sesekali dilupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
  • There are always two sides to every story.


Siapa dah tengok filem Coco ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com