Sabtu, 18 November 2017

Price Catcher - Aplikasi Semak Harga Barang Harian Untungkan Pengguna

Salam.


Apa itu Price Catcher?

Aplikasi Price Catcher dibangunkan untuk membantu kita sebagai pengguna dalam membuat pilihan yang lebih bijak dan menguntungkan. Menerusi aplikasi ini, kita berupaya mendapatkan maklumat harga barangan keperluan semasa. Di samping itu, info mengenai kedai yang menawarkan harga patut juga disediakan. Peniaga pula diberikan peluang untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui aplikasi Price Catcher ini. Jangan tak tahu, info berkenaan harga minyak semasa turut dikemas kini paling awal pada setiap hari Rabu.


Perbandingan harga yang menguntungkan

Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat kedai atau pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi itu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam buana, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Price Catcher sekarang!

Penggunaan aplikasi Price Catcher

Aplikasi Price Catcher ini adalah mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan  yang dikehendaki dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas itu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ini, korang sebenarnya dapat membuat perbandingan harga barangan supaya korang mendapatkan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan harian.

Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tengok contoh cara penggunaan aplikasi Price Catcher seperti kat bawah ni.






Mudah kan? Korang ingat korang ada masa untuk pening sakit kepala cari harga barangan harian yang murah kat mana? Haha! Terima kasih KPDNKK!

Sabtu, 21 Oktober 2017

10 Universiti Terbaik Di Program Keusahawanan VEST 2017

Salam.


Ingat lagi tak pasal VEST? Takpe. Meh sini aku ingatkan semula walaupun korang tak nak ingat. Haha! VEST ni adalah merupakan singkatan bagi Varsity Entrepreneurship Skills & Talents. Senang cakap VEST ni sejenis pertandingan program keusahawanan yang terbuka kepada universiti-universiti tempatan. Tujuan dia? Untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan usahawan mahasiswa yang holistik! Hebat tak ayat dia siap ada holistik?


Pertandingan ni terbuka kepada semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Program yang berlangsung selama 6 bulan ni mendedahkan pelbagai input mengenai bidang perniagaan kepada semua peserta. Pada peringkat awal, 20 orang tenaga pengajar telah dipilih untuk berkongsi idea, membimbing dan memantau aspek-aspek penting bagi semua peserta program keusahawanan universiti ni. Haaa... Tenaga pengajar yang dipilih ni bukan calang-calang orang tahu, mereka semua ni pemain tegar industri dan memiliki perniagaan sendiri. Beruntunglah peserta-peserta VEST ni kerana dapat ilmu dan tunjuk ajar daripada tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman dan berjaya dengan perniagaan masing-masing.



Pada Tahap 2 bagi pertandingan VEST 2017 ni, hanya 10 kumpulan daripada universiti-universiti tempatan dipilih setelah diadili secara menyeluruh semasa sesi pembentangan yang pertama. Pada peringkat ini, bimbingan secara intensif akan bermula untuk tempoh dua bulan dengan setiap satu kumpulan diserahkan kepada seorang tenaga pengajar secara khusus.



Finalis 10 kumpulan terbaik meneruskan perjuangan mereka untuk merebut gelaran juara dan sekaligus memenangi RM 25,000 di Serena Resort & Training Centre, Janda Baik pada 7 Oktober 2017. Bengkel selama 2 hari itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat, Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tak dilupakan, Yang Berbahagia, Dato' Syed Kamarulzaman bin Dato' Syed Zainol Khodki Shahabudin, Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) juga hadir untuk memberikan semangat kepada semua peserta.





Korang dulu belajar kat mana? Agak agak ada tak kumpulan wakil universiti korang? Haaa... Kalau takde, takpe lah. Mungkin bukan rezeki universiti korang tahun ni. Mungkin tahun depan kot? Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan... Ehhh macam tak kena je? Haha! Dah jangan nak merepek, mari kita lihat senarai finalis 10 kumpulan terbaik bagi program keusahawanan universiti VEST 2017:
  • Aiskrim Ali - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam
  • SolviePro - Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Hades.co - Universiti Selangor (UNISEL)
  • Osoppe - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muadzam Shah
  • Paper Club - Multimedia University (MMU) Melaka
  • Demeter - University of Kuala Lumpur (UniKL)
  • Fast 2 Print - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Serdang Cendol - Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Sintokyo Sushi - Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Zech Edu Techno - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)





Antara idea perniagaan yang menarik adalah daripada UTP menerusi aplikasi SolviePro yang menawarkan iklan kerja kosong secara harian. Aplikasi ni dapat membantu mereka yang mencari kerja secara harian dan separuh masa. Selain tu, Serdang Cendol dari UPM pula cuba memperkenalkan inovasi melalui cendol dengan menghasilkan cendol yang diperbuat daripada santan kelapa sawit. Hebat tak? Jadi mari kita lihat 3 terbaik yang akan berentap di pentas Malam Gala VEST 2017, program keusahawan universiti terunggul!

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan VEST 2017 ni, sila layari laman-laman rasmi seperti kat bawah ni:

Jumaat, 13 Oktober 2017

12 Tips Rancang Percutian - Bajet & Jimat Tapi Seronok

Salam.


Sebagai pengguna bijak, kita perlu merancang percutian kita bagi mengelakkan pembaziran dan mendapatkan pilihan yang terbaik. Bagaimana mahu merancang percutian mengikut bajet dan kemampuan namun masih menyeronokkan? Haaa... Kat sini aku kongsikan pengalaman aku yang tak seberapa ni dalam merancang percutian. Mana yang sesuai tu, pakai lah, mana yang tak berapa sesuai tu, modifikasi lah.

12 Tips Rancang Percutian Mengikut Bajet & Jimat Tapi Menyeronokkan

#1 Destinasi


Tentukan kita nak bercuti nak ke mana. Tu ikut bajet kita lah. Nak dalam negara, nak dalam negara, nak jelajah Asia, nak jelajah Eropah. Jangan lupa untuk baca pengalaman orang lain atau bertanyakan kepada kawan dan kenalan yang dah pernah ke sana bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai destinasi yang dipilih.

#2 Rancang itinerary

Sebaik-baiknya rancang itinerary atau jadual perjalanan percutian kita tu. Kenapa? Supaya kita lebih bersedia dan tahu nak ke mana. Jadi dah jimat masa sebenarnya kat situ berbanding kita dah sampai kat situ baru kita nak cari tempat-tempat yang ingin dilawati. Bukan setakat tu je, kita dapat merancang tiket kapal terbang, tiket kereta api, tiket bas dan sebagainya. Selalu lah kalau kita beli tiket-tiket tu terlebih awal, kita akan menemukan promosi dan diskaun yang lebih besar. Haaa... Jimat duit lagi! Siapa tak nak kan? Pulak tu, takde lah serabut sangat sepanjang percutian tu bila kita dah bersedia dari semua segi.

#3 Tempoh percutian

Dah siap itinerary, cari tarikh yang sesuai dan berapa lama tempoh percutian. Ni penting sekiranya destinasi tersebut mempunyai empat musim atau melibatkan aktiviti laut. Lebih baik kita buat research masa yang sesuai untuk melawat destinasi yang dipilih. Haaa... Nanti takde lah dah sampai kat pulau tu tapi tak boleh nak buat aktiviti laut kerana musim monsun. Cari pasal! Haha!

#4 Kira bajet

Seterusnya kira berapa jumlah kos yang telah dibelanjakan dan akan dibelanjakan berdasarkan itinerary. Jadi kita dah boleh anggarkan kos percutian kita.


#5 Semak dan tukar

Semak semula tempat-tempat yang ingin dilawati. Kot kot lah ada tempat yang tak jadi untuk dilawati bagi mengurangkan kos percutian. Mungkin kita boleh gantikan dengan tempat yang lebih murah atau menjimatkan.

#6 Penginapan

Homestay, hostel atau hotel? Bila bercuti ni, kita boleh pilih sama ada nak bermalam di homestay, hostel ataupun hotel. Tu mengikut bajet masing-masing lah. Paling jimat? Dah tentu hostel! Cuma tak berapa selesa sikit lah. Hostel ni lebih sesuai untuk backpacker. Ye lah. Nak tidur je kan? Bila bercuti ni, kita lazimnya keluar dari awal pagi dan kita balik agak lewat malam. Jadi tak payah nak membazir sangat lah. Jika kita tidak merancang untuk habiskan masa terlalu lama kat luar, kita boleh pertimbangkan pilihan homestay dan hotel. Tapi jangan lupa bandingkan dari segi harga, saiz, kemudahan dan lokasi untuk mendapatkan tempat bermalam yang terbaik.


#7 Kad debit atau kad kredit

Jangan lupa untuk tetapkan kad debit bagi kegunaan antarabangsa. Tak silap aku, kita boleh tetapkan secara atas talian ataupun di mesin ATM. Nak senang lagi, telefon pihak bank untuk aktifkan kegunaan antarabangsa. Kad debit atau kad kredit ni sangat penting terutamanya untuk kes-kes kecemasan yang tidak terjangkakan. Serius. Aku dah alaminya.

#8 Buat tukaran duit

Sekiranya destinasi kita adalah di luar negara, kita perlu buat tukaran duit sebelum mula bercuti. Seperti biasa, rate duit kita kat money changer ni ada naik, ada turun. Kalau rajin, singgah lah mana-mana money changer untuk tengok rate duit kita. Kemudian bandingkan rate duit kita kat setiap money changer. Bila dah nampak dah permainan dia, buat tukaran duit berdasarkan rate duit kita yang terbaik.

#9 Travel insurans

Malang tidak berbau. Jadi lebih baik kita beli travel insurans untuk keselamatan kita semasa bercuti terutamanya ke luar negara.

#10 Salinan dokumen penting

Buat salinan dokumen penting seperti passport, kad pengenalan, travel insurans, alamat kedutaan atau apa-apa dokumen berkaitan dan simpan dalam emel, dropbox atau google drive. Sekiranya berlaku kehilangan ke, kecurian ke, sekurang-kurangnya kita ada salinan dokumen yang diperlukan untuk tindakan seterusnya. Tapi minta dijauhkan lah ye?


#11 Bawa makanan

Untuk lebih jimat, mungkin bawa beberapa jenis makanan seperti mee segera, bubur segera, roti dan biskut. Sekurang-kurangnya dapat lah jimat sehari dua semasa bercuti tu. Betul tak? Lagi lagi bila kita bercuti ke tempat yang mata wang dia lebih besar daripada mata wang kita.

#12 Perbanyakkan aktiviti percuma, hadkan aktiviti berbayar

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Utamakan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan kos atau kos yang murah tapi seronok. Jangan lah pilih aktiviti-aktiviti yang membosankan pulak. Haha! Kemudian pilih beberapa aktiviti berbayar atau mungkin memerlukan kos yang agak tinggi. Dah alang alang sampai tu, takkan lah nak tengok je? Bila lagi nak sampai kan? Betul tak? Tapi pastikan kos dia tidak membebankan kita dan masih dalam bajet kita.


Merancang percutian ni tak leceh pun sebenarnya. Tambahan, lebih menjimatkan jika kita merancang percutian kita sendiri berbanding mengikut itinerary yang telah ditetapkan oleh travel agent. Kita juga lebih mengetahui destinasi yang dipilih kerana telah membuat research dan bacaan sebelum percutian. Jadi siapa kata merancang percutian ni menyusahkan? Selari dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mahukan pengguna-pengguna terutamanya di Malaysia supaya bijak dalam membuat pilihan. Marilah kita sama-sama menjadi pengguna bijak yang tahu kuasa dan hak kita. Jom?

#penggunabijak #kuasapengguna #mykpdnkk #caringministry #akupenggunagenius

Isnin, 18 September 2017

Aplikasi Paparan Harga KPDNKK - Semak Harga Barangan Harian!

Salam.


Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi tu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Paparan Harga sekarang!



Aplikasi Paparan Harga ni sebenarnya memudahkan pengguna untuk membuat semakan harga bagi lebih kurang 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau mana mana pasar raya yang ada kat Malaysia ni. Haaa... Aplikasi ni sangat membantu korang dalam merancang perbelanjaan terutamanya untuk barangan harian. Setakat hari ni, aplikasi Paparan Harga mempunyai 6 jenis kategori barangan:
  • Barangan segar
  • Barangan kering
  • Barangan berbungkus, pek, kotak atau botol
  • Susu dan barangan bayi
  • Produk kebersihan
  • Minuman


Aplikasi Paparan Harga ni sangat mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas tu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ni, korang dapat membuat perbandingan harga barangan supaya mendapatkan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan membeli barangan keperluan harian. Terima kasih KPDNKK!

Muat turun aplikasi Paparan Harga kat bawah ni:



Selain tu, korang pernah dengar pasal Friends of KPDNKK tak sebelum ni? Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum. Ni sedikit info mengenai Friends of KPDNKK:
  • terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
  • perlu daftar untuk jadi ahli
  • ahli digelar sebagai Skuad Pengguna 1 Malaysia
  • banyak kelebihan menjadi Skuad Pengguna 1 Malaysia
  • KPDNKK mempunyai rakan niaga dari kalangan peniaga-peniaga berdaftar


Jadi apa tunggu lagi, marilah kita semua menjadi pengguna yang bijak!

#caringministry #penggunabijak #ketahuihakanda

Khamis, 11 Mei 2017

Adakah Ini Punca King Afiq Diserbu Selepas Akaun Instagram Rad KL Ditutup?

Salam.


Tak habis lagi isu mengenai King Afiq atau nama sebenarnya Ameerul Afiq (kingafiqq) ni. Kali ni seorang warga twitter telah mendedahkan yang tindakannya menjadi punca akaun Rad KL disingkirkan daripada laman instagram. Dia menghantar email kepada pemilik cap dagang bagi barang tiruan tersebut, iaitu, NIKE. Aku rasa hampir semua orang tahu dan kenal yang King Afiq ni adalah merupakan pengasas kepada Rad KL. Ya. Akaun yang menjual barang tiruan tu. Setelah aduan tersebut dibuat, pihak NIKE telah membalas email itu dengan menyatakan bahawa pihaknya memandang isu ini dengan serius.


Ni email yang telah dihantar dan maklum balas yang diterima.


Akhirnya akaun Rad KL yang mempunyai lebih daripada 370,000 orang pengikut telah disingkirkan daripada laman instagram. Haaa... Pengsan! Bukan sikit tu tu. Tapi nak buat macam mana, setakat tu je rezeki Rad KL kot. Tapi tak boleh nak salahkan orang lain juga sebab kalau King Afiq tak jual barang tiruan, takde la kejadian macam ni.

Menurut akhbar Harian Metro, KPDNKK telah menyerbu ke sebuah apartmen yang didiami oleh seorang penuntut kolej swasta setelah aduan diterima daripada pemilik cap dagang. Adakah mungkin kerana email yang dihantar kepada pihak NIKE tersebut telah menjadi punca kepada KPDNKK untuk membuat serbuan terhadap kediaman King Afiq? Tapi betul ke keratan akhbar Harian Metro mengenai jutawan ciplak tu merujuk kepada King Afiq? Tak pasti. Tapi lu fikir la sendiri!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com