Selasa, 12 Disember 2017

Bukti Fattah Amin Di Set Meletop Tapi Cancel Last Minute?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Aku tak tengok Meletop tadi tapi netizen bising betul dengan isu Fattah Amin tak hadir ke set Meletop. Kenapa pula tu? Padahal Meletop dah janjikan penampilan Fattah Amin malam ni tapi akhirnya Fattah Amin tak muncul muncul pun. Sakit perut kot? Cirit-birit mungkin? Tapi instagram story Meletop ada menunjukkan kehadiran Fattah Amin di set Meletop beberapa minit sebelum rancangan itu bermula. Tak percaya? Here's the receipt.



Ehhh... Dah ada kat set Meletop, macam mana boleh tak jadi pula? Katanya Fattah Amin terpaksa cancel last minute penampilan dia kat Meletop. Ya. Aku tak tipu. Perkara itu disahkan oleh team Meletop menerusi akaun twitter mereka yang mana mereka telah memohon maaf kerana Fattah Amin tidak dapat hadir atas urusan di luar jangkaan yang tidak dapat dielakkan. Haha! Hebatnya! Urusan di luar jangkaan? Tidak dapat dielakkan? Alamak! Urusan apa pula ni? Jeng jeng jeng... Bring me a tea! 




Tak habis lagi isu ni rupanya. Ingatkan dah happily ever after. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik antara mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com