Ahad, 31 Disember 2017

Senarai Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru Yang Wajib Singgah

Salam.


Kali ni aku nak bawa korang mengembara ke tanah selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Johor Darul Takzim. Sebelum kita pergi makan, kita kenali dulu sedikit banyak tentang negeri bangsa Johor ni. Huhu. Johor didiami lebih kurang 3.6 juta rakyat Malaysia (data sehingga 2016). Johor juga adalah negeri kelima terbesar di Malaysia dan boleh dikatakan kedua atau ketiga yang paling pesat membangun selain daripada Selangor dan Pulau Pinang (at least Johor Bahru lah yang pesat). Ibu negeri Johor, Johor Bahru amat popular sebagai gerbang untuk menyeberang ke negara jiran Singapore.

Hujung minggu ni kalau takde plan apa apa jom kita ke Johor Bahru? Dah alang alan tu aku nak beritahu tempat makan yang wajib pergi kalau korang dah sampai JB tu. Orang kata kalau tak pergi tempat tempat makan ni kira tak payah lah mengaku dah sampai JB ye. Haha!

BANAFEE VILLAGE

Nama je village tahu tapi bukan lah restoran kampung. Restoran ni ada macam macam makanan dan minuman dan sangat sesuai untuk makan malam. Sambil sambil makan tu restoran ni juga ada performance daripada group ala ala busking tak busking lah. Boleh? Sedap juga lagu lagu dorang nyanyi. Lagu lagu yang dorang nyanyi pun lagu lagu famous dan up to date lah. Meja biasanya penuh dan pandai pandai lah korang survive ya. 





STULANG LAUT

Adakah kau makan tulang di sini? No! Kat sini sebenarnya nama tempat je. Dia ada banyak banyak kedai ala ala medan selera macam tu. Kedai favourite aku kat sini Restoran Sayam. Come to sayam sayam sayam! Errr... Makanan dia macam biasa goreng goreng dan order lauk lauk. Try lah Nasi Goreng Kailan. Sedap juga. Boleh lah. Taste you lah. Tiba! Ohhh... Kat sini pun ada kedai Free Zone ala ala kat Langkawi tu. Jadi coklat dan rokok murah lah kat sini. 

SENIBONG SEAFOOD

Sesuai dengan nama, korang dah agak kan makan apa kat sini. Makan pancake! Tiba! Makan makanan laut ah. Kalau korang biasa pegi Umbai atay Jeram, kat sini konsep dia lebih kurang sama lah. Harga standard lah zaman zaman ekonomi mencabar ni mana ada barang murah sangat dah. 

KACANG POOL HAJI LARKIN

Asyik makan berat je kan? Jadi kedai ni sangat sesuai untuk breakfast dan makan petang. Korang tahu tak kacang pool tu apa? Adakah sejenis kacang yang dicelup dengan air swimming pool? Oh tidak. Sila refer gambar tu. Yang kuah tu ada isi daging cincang dan kacang. Nampak macam belacan pun ada. Boleh? Lepas tu ada telur mata kat atas dia. Nak makan dia kena makan dengan roti. By the way jangan tertipu, nampak macam pedas tapi sebenarnya tak pedas pun. 





MURTABAK CHEESE KG MELAYU MAJIDEE

Okay. Kat sini makanan yang boleh buat pencuci mulut atau pembuka selera. Tergantung lah kau ni jenis yang macam mana. Macam biasa, dia sebenarnya murtabak je pun. Dan sah sah lah ada cheese tengok nama dia pun dah tahu! Emosi pula. Haha! Tapi rasa murtabak dia lain macam tahu. Adakah sudah ditiup? Tidak lah. Baca bismillah sebelum makan insyaAllah okay. Nak tahu rasa dia lain macam mana tu? Pergi lah rasa! Huhu.





NASI AYAM PENYEK LC CATERING

Restoran ni tak wajib pun pergi tapi personally aku suka nasi ayam penyek dia. Sedap! Dah. Tu je lah. Haha! Pendek ke tidak?

Okay lah. Kalau korang datang ke JB, korang kena cuba lah ya semua kedai kedai makan ni. Kalau tak nak pun takpe. Kisah?

Penulis Artikel: OhQarl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com