Semalam kelab staf kat tempat kerja aku ada anjurkan aktiviti mendaki Bukit Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku dengan tak berapa sihatnya semalam ikut lah mendaki sekali. Sebab semua kos ditanggung sepenuhnya oleh kelab staf, rugi lah tak join kan? Haha! Lagi pun dah lama aku tak mendaki ni. Aktiviti ni pun bagus untuk membakar lemak sekitar perut aku ni.
Tahu tak berapa ketinggian Bukit Senaling ni? 394 meter atau bersamaan dengan 1293 kaki je. Haha! Je tu nak bagitahu rendah sangat ke macam mana?
Katanya kat Bukit Senaling ni ada awan karpet yang mengelilingi puncak bukit. Macam best kan? Tapi kena pergi awal pagi lah, jangan tengahari baru nak mula mendaki. Kalau macam tu baik kau masuk sauna je. Emosi tak?
Alhamdulillah. Aku pun tak berapa ingat pukul berapa aku start mendaki. Tahu tahu je dah sampai puncak! Boleh tak berlagak macam tu? Haha! Tapi dalam pukul 10 pagi rasanya aku sampai kat puncak Bukit Senaling tu. Ehhh... Nak bagitahu korang ni, aku orang keempat yang sampai kat atas tu. Bangga ke tidak? Haha! Tapi sebenarnya aku mengah juga sebelum sampai kat atas tu. Ada lah dalam dua ke tiga kali aku berhenti kejap tak cukup nafas. Faktor usia mungkin? Hmmm... Tahun 2018 ni aku dah menjengah ke angka 30, jadi faham faham sendiri lah.
Jom kita tengok gambar gambar kat puncak Bukit Senaling?
Walaupun dah pukul 10 pagi, puncak bukit masih lagi ditenggelami dengan awan dan kabus. Rasa segar je kat atas tu. Lega tu tak payah cakap lah. Trek mendaki Bukit Senaling ni pada pendapat aku takde lah susah mana. Kenapa? Kerana semua staf yang join aktiviti ni berjaya sampai ke puncak tanpa mengira faktor usia, berat dan jantina. Tahniah! Jadi kalau mereka boleh, kita pun mesti boleh kan? Perjalanan ke puncak Bukit Senaling mengambil masa lebih kurang satu jam atau lebih. Tapi kalau kau keturunan Watson Nyambek, lima belas minit pun dah boleh sampai kat atas tu.
Ni laluan masuk sebelum mula mendaki Bukit Senaling.
Jangan risau, ada anak panah penunjuk jalan menuju ke arah kejayaan.
Anak sungai pun ada. Cuma anak punai anak merbah je takde.
Ala ala pintu gerbang sebelum masuk khemah kenduri kahwin.
Selain anak panah, ada juga kain berwarna ungu diikat sebagai tanda kita di laluan yang benar.
Nak juga tunjuk kaki.
Kepada mereka yang nak mendaki Bukit Senaling, kena dapatkan kebenaran dari Ulu Senaling Hikers yang telah diberikan mandat oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Kenapa kena minta kebenaran? Kerana sepanjang laluan mendaki bukit tu, kita melalui tanah-tanah persendirian. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 yang merangkumi permit Jabatan Hutan, guider, management fee dan basic first aid equipment. Berbaloi ke tidak? Tentu lah berbaloi!
Untuk maklumat lanjut, boleh tengok tengok laman facebook dan instagram rasmi Bukit Senaling seperti kat bawah ni.
Facebook: Bukit Senaling Official
Instagram: bukitsenalingofficial
Ada lagi tak aktiviti mendaki lagi lepas ni? Tengok lah kalau rajin.
Assalam. Kalau byr permit je boleh ke?
BalasPadamkalau tak silap, memang bayaran RM15 tu merangkumi semua tu. takde asing asing. hehe.
PadamByr permit je boleh ke?
BalasPadamkena register dulu or boleh je walk in
BalasPadamnak beli permit dekat mana , berdekatan dengan bukit tu ke
BalasPadampermit di jual di kawasan situ juga ke ?
BalasPadamKalau bayar permit tapi kami x guna guide boleh ke? Own arrangement?
BalasPadam