Masa kat Penang hari itu aku menginap kat Hotel M Summit 191 ini. Lokasi dia memang strategik betul. Dekat gila dengan KOMTAR. Kalau kau orang datang Penang, aku memang cadangkan kau orang menginap kat Hotel M Summit 191 ni. Hotel ni boleh kata baharu juga lah. Interior design dia nampak moden, minimal dan segar. Aku suka! Untuk pengetahuan kau orang, hotel 23 tingkat ini mempunyai 96 bilik suite eksekutif yang terdiri daripada 6 jenis bilik. Jadi kau orang boleh pilih bilik yang mengikut bajet, citarasa dan keperluan kau orang.
6 Jenis Bilik Di Hotel M Summit 191
- The Deluxe Suite
- The Splendor Suite
- The Classic Business Suite
- The Serene Suite
- The Baroque Suite
- The Razzle Business Suite
Hari itu aku menginap bilik jenis The Razzle Business Suite. Wow! Sangat luas ya! Aku rasa sekurang-kurangnya tiga orang boleh menginap kat bilik jenis The Razzle Business Suite ini Mana taknya ada satu katil saiz king dan satu katil sofa. Haaa... Silap silap boleh seludup lagi seorang! Haha! Sejenis perangai apa itu? Itu sejenis perangai selagi boleh jimat. Boleh? Dan bilik hari itu siap ada skrin projektor! Boleh lah bentangkan projek juta juta kau orang nanti. Kalau takde projek juta juta, tengok filem saja lah.
Jadi mari kita tengok macam mana bilik aku hari tu.
Jadi mari kita tengok macam mana bilik aku hari tu.
Haaa... Harga satu malam hari itu lebih kurang RM400. Pada pendapat aku, harga dia sangat berpatutan dengan pelbagai kemudahan yang ada kat dalam bilik itu dan selesa itu tak payah cakap lah terlebih lebih orang kata. Aku memang puas hati gila menginap kat situ hari itu walaupun aku hanya dapat menginap dua hari satu malam saja. Pada pendapat aku, berbaloi lah setiap sen yang dibelanjakan.
10 Sebab Untuk Menginap Di Hotel M Summit 191
- Agak baharu.
- Terletak di tengah tengah bandar Georgetown.
- 200 meter dari Komtar, 1st Avenue Penang dan Prangin Mall.
- Kemudahan WiFi berkelajuan tinggi secara percuma.
- Sistem parking kereta automatik yang menjanjikan pengalaman yang menarik!
- Hanya 14 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.
- Semua unit dilengkapi dengan ruang tamu dan TV flat screen dengan siaran satelit.
- Kemudahan mesyuarat disediakan atas permintaan.
- Gym dibuka seawal jam 6 pagi hingga 9 malam.
- Luas dan selesa.
Serius cantik hotel ini! Tengok gambar gambar kat bawah ini.
Ehhh... Sebelum aku terlupa, aku nak ingatkan kau orang yang sarapan pagi tak termasuk sekali dalam penginapan kecuali atas permintaan. Maksudnya kau orang kena order kalau kau orang nak sarapan. Haha! Tapi aku tak kisah sangat sebab aku nak sarapan makanan yang popular kat Penang ini. Hari itu aku sarapan roti bakar telur goyang dan roti canai kari ayam kat Transfer Road. Pehhh... Terbaik lah! Cuma aku mengharapkan tempat makan dia lebih bersih. Kembang tekak tengok keadaan sekeliling dia. Tapi nak buat macam mana? Katanya wajib makan kat sini kalau dah sampai kat Penang ini. Haha!
Untuk maklumat lanjut tentang Hotel M Summit 191 ni, kau orang boleh tengok tengok laman web rasmi seperti kat bawah ni. Klik je!
Jadi apa tunggu lagi? Rancang perjalanan kau orang ke Penang sekarang!