Isnin, 24 Disember 2018

Senarai Tempat Menarik Di Bromo, Malang & Surabaya - Trip 4 Hari 4 Malam

Salam.


Alhamdulillah. Settle dah trip aku ke Bromo, Malang dan Surabaya! Trip kali ni aku bercuti dengan kawan-kawan baik aku. Punya lah payah nak cari tarikh dan waktu yang sesuai untuk kitorang bercuti sekali. Jangan kata aku dengan kawan-kawan aku je yang ada masalah macam ni? Haha! Ni aku sediakan itinerary sepanjang percutian aku di Bromo, Malang dan Surabaya yang memakan masa selama 4 hari 4 malam.

BROMO

✅ Puncak Pananjakan - Sunrise View
✅ Kawah Bromo
✅ Bukit Teletubbies
✅ Pasir Berbisik

Sewa Jeep = Rp 700k / 6 orang
Tiket Masuk = Rp 270k / orang
Sewa Tikar di Puncak Pananjakan = Rp 25k / 6 orang

✅ Madakaripura Waterfall

Sewa Ojek = Rp 40k / orang
Tiket Masuk = Rp 26k / orang

Penginapan 1 malam di Bromo Otix Guest House = Rp 405k / 6 orang

MALANG

✅ Kampung Warna Warni Jodipan
Rp 3k / orang

✅ Kebun Apel Kusuma Agrowisata
Rp 20k / orang

✅ Taman Labirin Coban Rondo
Rp 38k / orang

✅ Gunung Banyak
Rp 12k / orang

✅ Omah Kayu
Rp 10k / orang

Penginapan 1 malam di Griyo Sultan Agung = Rp 974,100 / 6 orang

SURABAYA

✅ Hutan Bambu Keputih

✅ Shopping baju batik di ITC

✅ Food Junction

✅ Urut di 99 Family Reflexology
Rp 90k / orang (60 minit)

Penginapan 2 malam di Hotel Neo Gubeng = Rp 1,947,132 / 6 orang

Sebenarnya ada beberapa tempat menarik di Malang dan Surabaya yang kita orang tak pergi. Sebab kita orang dah tak larat dan terlalu penat. Mana tidaknya dari hari pertama lagi tak cukup tidur dan rehat. Tu yang terpaksa skip beberapa tempat tu. Tapi takpe lah. Asalkan kita orang dah puas melihat keindahan Gunung Bromo. Jadi mari sini aku buat rumusan itinerary untuk trip ni.

7 Disember 2018: Kuala Lumpur - Surabaya - Bromo
8 Disember 2018: Bromo - Malang
9 Disember 2018: Malang - Surabaya
10 Disember 2018: Surabaya
11 Disember 2018: Surabaya - Kuala Lumpur

Kos supir = Rp 3 juta / 6 orang
Kos penginapan = Rp 3.4 juta / 6 orang
Kos tempat yang dilawati = Rp 3.3 juta / 6 orang

Kos keseluruhan = Rp 1.6 juta / orang

Kalau ikut nilai tukaran aku hari tu, Rp 1.6 juta bersamaan dengan RM 468 sahaja. Aku nak ingatkan kau orang yang kos keseluruhan tu tidak termasuk tiket flight pergi balik, makan, minum, shopping dan sebagainya. Jadi aku rasa kau orang boleh anggarkan bajet keseluruhan trip ni dalam Rp 2 juta atau Rp 2.5 juta pun dah cukup.

1 ulasan:

  1. Hi, nak tanya, entry untuk bromo ni je ke ? sebab macam tak jumpa je yang lain. kot la ada yang lain, nak baca :)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com