Rabu, 2 Januari 2019

Sukarelawan Terbaik MVM Terima Penghargaan & Anugerah Di VAA 2018

Salam.


Hi. Sudikah awak menjadi sukarelawan dalam rumah tangga kita? Haha! Kau dah kenapa? Cakap pasal sukarelawan ni, minggu lepas aku berkesempatan menghadiri satu majlis makan malam amal, iaitu, Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA). Haaa... Sebelum itu aku nak tanya kau orang tahu ke tak maksud sukarelawan tu? Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, sukarelawan ialah orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela, tidak dipaksa-paksa dan atas kemahuan sendiri. Seperti awak yang secara sukarela mencintai dan menyayangi saya. Bye!

MVM Iktiraf Sukarelawan Terbaik

Tahniah pertubuhan sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM)! Pejam celik pejam celik tak sangka usia dah masuk 4 tahun. Mengenai Muslim Volunteer Malaysia, ditubuhkan pada 30 Disember 2014, MVM adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. Secara umumnya, MVM sekarang ni mempunyai lebih daripada 50,000 orang sukarelawan di Malaysia dengan julat umur sekitar 18 hingga 24 tahun. Haaa... Aku rasa kebanyakan mereka ni dah kira pangkat adik lah kalau nak bandingkan dengan umur aku yang semakin matang ni bukan tua ya. Haha!



Acara Tahunan Rai Sokongan

Pada tanggal 30 Disember 2018, aku berpeluang untuk turut serta dalam majlis makan malam amal, iaitu, Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA) yang diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang. Majlis ni diadakan tak lain tak bukan untuk meraikan sukarelawan sukarelawan terbaik sepanjang tahun 2018 yang tidak pernah mengenal erti penat lelah semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Jadi siapa kata jadi kerja sukarelawan ni membosankan? Takde siapa kan? Haaa... Betul lah tu. Haha!

Selain daripada sukarelawan, majlis tersebut juga meraikan keluarga asnaf, pekerja, penaja, rakan NGO dan media yang telah memberikan sokongan sepanjang MVM bertapak dalam dunia kebajikan ni. Tapi siapa pula yang nak meraikan cinta saya dan awak? Haha! Majlis yang diadakan pada jam 8 malam hingga 11 malam itu telah mencatatkan hampir 400 orang tetamu. Dahsyat!


Dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Encik Muhammad bin Jantan merangkap Presiden MVM, majlis kemudian diteruskan dengan sesi penganugerahan dan cabutan bertuah diselangi persembahan istimewa daripada Lah Ahmad dan In-Team. Sebanyak 11 anugerah telah disampaikan kepada sukarelawan sukarelawan yang sentiasa komited dalam semua program kelolaan MVM. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! Tunggu giliran aku pula tahun depan! Tapi kalau tak dapat anugerah pun takpe. Cukup awak jadi anugerah terindah dalam hidup saya. Haha!






Senarai Anugerah VAA 2018
  • Anugerah Tokoh Kemanusiaan
  • Anugerah Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
  • Anugerah Prof Dr. Muhaya
  • Anugerah Inspirasi
  • Anugerah Jasa Bakti
  • Anugerah Di Sebalik Tabir
  • Anugerah Sukarelawan Harapan
  • Anugerah Institusi Harapan
  • Anugerah Sukarelawan Siswa
  • Anugerah Inspirasi Pure Heart
  • Anugerah Inspirasi Keluarga Mithali 

Pada malam itu, majlis pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Tokoh Kemanusiaan dan telah diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Selain itu, MVM juga telah mengadakan satu slot "5 Minutes That Count" yang mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 3.0 akan datang. Dan alhamdulillah, kutipan pada malam VAA tersebut telah mencatatkan angka yang agak membanggakan, iaitu, RM4,755.70. Syabas diucapkan! Tapi bagaimana pula dengan angka tarikh pernikahan kita? Haha!








Pada masa yang sama, Presiden MVM turut mengumumkan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019, iaitu, Pusat Tuisyen Salam, projek penulisan #PenaMVM dan sumbangan secara sistem auto debit. Menurutnya lagi, pada tahun 2019 ini, MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan yang mana merangkumi 90% program di dalam negara dan selebihnya program di luar negara. Hebat tak sukarelawan Malaysia?

3 Program Terbaru Muslim Volunteer Malaysia
  • Pusat Tuisyen Salam
  • Projek penulisan #PenaMVM
  • Sumbangan secara sistem auto debit



Semoga platform seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun agar dapat menarik minat orang luar untuk menjadi sukarelawan dan seterusnya mengubah perspektif pemikiran mereka di samping membentuk modal insaniah yang membentuk peribadi unggul secara holistik. Usaha MVM yang berterusan ini diharapkan menjadi contoh badan sukarelawan di Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kita beramai ramai daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia! Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MVM, jangan lupa untuk singgah pautan pautan di bawah.


Kepada mereka yang tertanya tanya cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia, boleh rujuk senarai akaun rasmi seperti di bawah. 

Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank: 56480 164 7699
CIMB: 8602 5378 07
Bank Islam: 1230 0010 0030 65
Emel: account@mvm.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com