Sabtu, 10 Ogos 2019

Wajib Cuba Brown Sugar Bubble Milk Yang Sedap Di Kota Laksamana, Melaka!

Salam.


Mana orang Melaka? Haaa... Orang Melaka mesti tahu yang Taman Kota Laksamana sekarang dah jadi pusat sehenti bubble tea popular. Sebut je apa brand bubble tea semua ada kat situ. Tak percaya? Tolong waze ke Taman Kota Laksamana sekarang!

Siapa kat sini penggemar bubble tea? Lagi lagi yang jenis brown sugar tu? Haaa... Ni ada satu jenama bubble tea daripada Taiwan datang menembusi pasaran Malaysia. Mula menapak pada tahun 2017, I'MILKY telah menempa nama di China, Hong Kong, Macau dan juga New York. Hebat kan? Bukan calang calang brand nampaknya ni.


Ada apa dengan I'MILKY?

Aku suka dengan I'MILKY ni sebab rasa yang tidak terlalu manis. Menggunakan bahan semula jadi, setiap minuman memang dijamin tiada gula atau perisa tambahan. Sesuai dengan citarasa aku yang kalau boleh tak nak ada rasa manis gula langsung. Bajet sihat lah tu? Padahal lemak berlebihan kat sana kat sini. Haha!



Susu diimport khas dari Australia!

Brown Sugar Bubble Milk dia tu memang kena cuba! Recommended. Dah lah susu dia memang sedap. Mana taknya, susu yang digunakan diimport khas dari Australia. Haaa... Memang sejenis susu yang berkualiti! Sebab tu rasa dia sedap semacam je. Susu dia tak terlalu likat dan tak terlalu cair. Memang sesedap rasa je dia lalu kat anak tekak tu.

Lepas tu brown sugar dia pun tak berlebihan. Orang kata secukup rasa manisnya. Tak dilupakan juga bubble dia yang lembut dan tak sempat kunyah tapi dah cair di mulut begitu. Aku boleh kata memang sempurna gabungan Brown Sugar Bubble Milk daripada I'MILKY ni. Serius tak tipu!


Buah strawberry yang sebenar!

Selain daripada Brown Sugar Bubble Milk, aku suka juga dengan Strawberry Milk tu. Simple je resipi dia. Mula mula tuang susu yang diimport khas daripada Australia tu ke dalam cup dan lepas tu blend beberapa biji strawberry sebelum dituang masuk ke dalam cup yang berisi susu tadi. Taaadaaa!!! Siap dah... Memang rasa segar dan sihat! Yang penting aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri yang memang tiada gula atau perisa tambahan digunakan.

Berbanding kat tempat lain, aku perasan kebanyakannya menggunakan strawberry paste. Nampak tak betapa I'MILKY ni mementingkan rasa yang semula jadi dan menyediakan pilihan yang lebih sihat buat penggemar bubble tea.


Ada juga minuman lain!

Ehhh... Ada lebih daripada dua jenis minuman! Jangan ingat dia hanya ada Brown Sugar Bubble Milk dan Strawberry Milk je. Kepada penggemar penggemar perisa yang lain, kau orang boleh cuba minuman minuman seperti di bawah.

Matcha Milk


Grapefruit Juice & Green Tea


Bubble Milk Tea


Taro Milk


Harga yang berpatutan!

Pada pendapat aku, harga setiap minuman I'MILKY adalah sangat berpatutan dengan kualiti yang disajikan. Haaa... Kita dapat minuman yang segar dan boleh dikatakan ni antara pilihan yang lebih sihat kerana dijamin tiada gula atau perisa tambahan. Sangat menepati citarasa dan anak tekak aku! Dan aku tak berapa rasa bersalah sangat lepas minum air daripada I'MILKY ni. Haha!



Jadi jangan lupa untuk singgah I'MILKY kat Kota Laksamana! Ni dah masuk cawangan yang ke-5 kat Malaysia ni. Haaa... Apa tunggu lagi? Mari adik mari abang mari kakak mari kita serbu I'MILKY beramai ramai sekarang juga!

Lokasi I'MILKY:
No 6, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka

Waktu Operasi:
12PM hingga 1AM

Nombor Telefon:
011-1758 3668 

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com