Selasa, 10 April 2018

Minyak Wangi De Essence Tahan 24 Jam (Jaminan Pulangan Wang)

Salam.


Aku ni jenis tak particular sangat dalam bab minyak wangi ni. Aku kalau pakai minyak wangi takde brand yang tertentu atau bau yang spesifik pun. Jadi hari tu aku ada cuba minyak wangi De Essence ni. Tak sangka aku puas hati dengan minyak wangi dia! Sembur sikit je tapi bau dia punya lah tahan lama dari aku masuk kerja sampai aku balik kerja. Aku ada pakai minyak wangi yang lain tapi bila dah masuk tengahari dia dah tak bau sangat. Mungkin sebab aku pakai minyak wangi jenis eau de toilette kot? Haha! Nak buat macam mana, harga eau de toilette lagi murah dari eau de parfum. Layak lah kan?

Minyak Wangi De Essence (Inspired Perfume)

Apa yang korang perlu tahu mengenai minyak wangi ini? Haaa... Aku dah senaraikan lima perkara yang penting tentang minyak wangi De Essence ni.
  1. Kandungan pati (essence) yang sangat tinggi sehingga 60%
  2. Pati diimport dari France
  3. Tahan lama (lebih 24 jam)
  4. Mesra solat
  5. Money back guarantee


Walaupun minyak wangi De Essence ni baru je berada di pasaran, minyak wangi yang dilancarkan pada bulan Januari 2018 ini khabarnya telah terjual lebih 10,000 botol setakat bulan Mac 2018. Pehhh... Banyak tu dah terjual! Siap ada jaminan pulangan wang tu! Kalau minyak wangi De Essence ni tak tahan 24 jam, wang korang akan dikembalikan. Nampak tak betapa bau minyak wangi ni dijamin tahan lama sehingga 24 jam.


Harga

Harga minyak wangi De Essence ni tak murah tak mahal. harga dia adalah RM95 sebotol untuk 35mL. Ya. Walaupun harga dia dikatakan agak mahal tapi berbaloi dengan baunya yang tahan lama sehingga 24 jam.

Cara Pembelian

Pembelian boleh dibuat menerusi facebook page rasmi ataupun melalui whatsapp. Butiran adalah seperti di bawah.

Facebook Page Perfume by MD: https://www.facebook.com/PerfumeByMD/
Whatsapp: 011-6136-9227


Selain itu, minyak wangi De Essence juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen dengan margin keuntungan yang tinggi. Tapi terhad! Haaa... Apa tunggu lagi? Rebut peluang ni sebelum terlambat!

Selasa, 24 April 2012

Trivia Hari Jadi - Genap 24 Tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Semalam genap 24 tahun aku bernafas kat atas muka bumi Allah ni. Syukur sekali lagi, aku masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan peranan aku sebagai khalifah di dunia yang fana ni. Errr... Ayat macam jawab kertas peperiksaan agama islam spm je. Sesungguhnya aku manusia biasa, ada khilaf sana sini. Semoga Allah sentiasa membimbing aku pada landasan yang betul dan menuju keredhaan-Nya. Amin.

Aku tak dapat hadiah jam tangan mahal macam Adie. Haha! Aku gurau ye Adie? Jangan marah, nanti keluar suara angsa. For your information, family aku memang jarang main bagi bagi hadiah masa hari jadi. Kalau siapa dapat hadiah masa hari jadi dia tu kira untung la tu. So, aku takde la terasa sangat bila tak dapat hadiah hari jadi tu.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku semalam, sempena dengan hari jadi aku. Therefore, aku senaraikan beberapa perkara tersebut sebagai trivia hari jadi aku yang ke-24. Check it out:
  • Aku terima lebih daripada 600 ucapan hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Okay. Ni bukan nak menunjuk. Apa faedah kalau aku menunjuk? Macam la aku dapat buffered earning kalau menunjuk ni kan? For me, perkara ni bukan berlaku hari hari. So, I was gila punya excited bila tengok bilangan mereka yang telah menconteng kat timeline aku. Terharu! Aku anggap ni sebagai hadiah hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Boleh?

Jumlah tak berapa sebenar.

Jumlah sebenar.

  • Aku dapat kad hari jadi yang sangat menarik pada aku. Dia post kat timeline aku dan aku rasa dia buat sendiri kad ni, guna photoshop barangkali. Tapi aku suka ayat dia, biarkan banyak hati jauh membenci, asalkan banyak hati dekat menyayang. Awww...

Terima kasih!

  • Kat sekolah, aku dapat sekeping kad ucapan dan seulas ferrero rocher. Haha. Terima kasih kepada anak didik yang berkenaan. You know who you are.

Sekejap je makan ferrero rocher tu. Tak sampai satu minit kot!

  • Mira sanggup tunggu tweet yang ke-23488 untuk wish happy birthday kat aku! 23488? Apa kaitan aku dengan nombor tu? For those yang tak tahu, I was born on 23 April 1988. Gila kan? Haha. Thank you! I'm honored. Tahun depan dah tak boleh buat la kan? Huaaa...




potpetpotpet : Simple but nice.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com