Selasa, 24 April 2012

Trivia Hari Jadi - Genap 24 Tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Semalam genap 24 tahun aku bernafas kat atas muka bumi Allah ni. Syukur sekali lagi, aku masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan peranan aku sebagai khalifah di dunia yang fana ni. Errr... Ayat macam jawab kertas peperiksaan agama islam spm je. Sesungguhnya aku manusia biasa, ada khilaf sana sini. Semoga Allah sentiasa membimbing aku pada landasan yang betul dan menuju keredhaan-Nya. Amin.

Aku tak dapat hadiah jam tangan mahal macam Adie. Haha! Aku gurau ye Adie? Jangan marah, nanti keluar suara angsa. For your information, family aku memang jarang main bagi bagi hadiah masa hari jadi. Kalau siapa dapat hadiah masa hari jadi dia tu kira untung la tu. So, aku takde la terasa sangat bila tak dapat hadiah hari jadi tu.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku semalam, sempena dengan hari jadi aku. Therefore, aku senaraikan beberapa perkara tersebut sebagai trivia hari jadi aku yang ke-24. Check it out:
  • Aku terima lebih daripada 600 ucapan hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Okay. Ni bukan nak menunjuk. Apa faedah kalau aku menunjuk? Macam la aku dapat buffered earning kalau menunjuk ni kan? For me, perkara ni bukan berlaku hari hari. So, I was gila punya excited bila tengok bilangan mereka yang telah menconteng kat timeline aku. Terharu! Aku anggap ni sebagai hadiah hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Boleh?

Jumlah tak berapa sebenar.

Jumlah sebenar.

  • Aku dapat kad hari jadi yang sangat menarik pada aku. Dia post kat timeline aku dan aku rasa dia buat sendiri kad ni, guna photoshop barangkali. Tapi aku suka ayat dia, biarkan banyak hati jauh membenci, asalkan banyak hati dekat menyayang. Awww...

Terima kasih!

  • Kat sekolah, aku dapat sekeping kad ucapan dan seulas ferrero rocher. Haha. Terima kasih kepada anak didik yang berkenaan. You know who you are.

Sekejap je makan ferrero rocher tu. Tak sampai satu minit kot!

  • Mira sanggup tunggu tweet yang ke-23488 untuk wish happy birthday kat aku! 23488? Apa kaitan aku dengan nombor tu? For those yang tak tahu, I was born on 23 April 1988. Gila kan? Haha. Thank you! I'm honored. Tahun depan dah tak boleh buat la kan? Huaaa...




potpetpotpet : Simple but nice.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com