Jumaat, 6 Januari 2012

Nikmati Prosperity Chicken Burger Di McDonald's

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku tunggu, prosperity chicken burger is back! Bila aku tahu je prosperity chicken burger ni dah keluar, aku terus serang kaunter mekdi yang berdekatan. Eh. Kejap kejap. Kenapa aku excited semacam je ni? Sebab aku tak makan daging! So, aku memang tak makan prosperity beef burger tu. Aku tengok je kawan kawan aku makan sambil menelan satu liter air liur. Kejam betul dorang boleh buat tak tahu je makan depan aku? Grrr... Nasib la prosperity chicken burger dah keluar, dapat la aku melempiaskan nafsu makan aku yang selama ni aku tahankan.

Eh. Ada yang kata prosperity burger ni banyak sangat black pepper dia. Tapi takpe la kot sebab kau bukan makan selalu kan? Kalau kau nak tahu, salah satu kebaikan black pepper ialah dia dapat membantu sistem penghadaman di samping mengandungi antioksidan. Macam pernah dengar pasal antioksidan kan? Iklan nescafe! Yes. Okay. Siapa nak belanja aku prosperity chicken burger esok?



potpetpotpet : Belailah perut anda sebelum perut anda dibelai.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Jom Telan Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe

Hey hey ! I'm going back to Malacca in just few minutes. Kejap lagi nak gi hantar thesis kat supervisor. Lepas tu, aku terus pecut balik kampung hoi hoi hoi balik kampung hoi hoi hoi balik kampung. Eh. UPSI dah start cuti kau tahu. Aku cuti sampai raya haji ni. Gilerrr heaven ah. Haha. Cuti lebih kurang tiga minggu tuuu ... Rasa macam cuti semester ah pulak. Padahal ni cuti study week tambah cuti raya haji. Lepas dah habis cuti tu, final exam pulak. This is going to be my last time duduk kat dalam dewan peperiksaan dengan kawan kawan lain. Adeh. Gilerrr sedih ah.

Sedap ah jugak. Nak rasa ? Sila sila sila gi McDonald's.
Semalam two of my friends ada dinner. So, diorang nak beli attire yang sesuai petang tu. Tak pasal pasal diorang ajak aku gi One Utama, nak shopping. Oh my ! Aku tengok dompet, ada RM2 sahaja ! Diulangi, RM2 sahaja ! Haha. Aku siriyes ah ni. Nak tak nak, aku ikut diorang setelah dipujuk beberapa kali. Boleh ? Nasib tak guna duit. Eh. Lunch kat McDonald's tu je ah guna duit. Tu pun pinjam. Haha. Dan aku nampak menu baru - BLACK PEPPER SPICY CHICKEN McDELUXE. Fuhhh ... Nama beliau sangat menggoda apatah lagi menyelerakan. Aku pun order ah. Sedap la jugak. For me, kalau kau nak tahu rasa dia macam mana, kau gi beli SPICY CHICKEN McDELUXE lepas tu kau tabur black pepper yang dia letak kat sebelah sos tu banyak banyak. Dijamin jimat okayyy ! Rasa pun takde ah beza sangat kot. Paling best, black pepper tu free ! Haha. Harga SPICY CHICKEN McDELUXE pun kurang seringgit daripada BLACK PEPPER SPICY CHICKEN McDELUXE. Gilerrr haji bakhil cadangan aku ! XD

Mirror mirror on the wall.

potpetpotpet : Selamat bercuti !


Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com