Isnin, 22 Mei 2017

6 Senaman Kempiskan Perut Buncit Dengan Mudah & Pantas

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Aku sendiri ada masalah dengan perut. Haha! Nak bersenam pun macam malas je. Macam mana cara nak kempiskan perut? Disebabkan aku tak nak kempiskan perut sorang sorang, sama sama kita cuba 6 senaman khusus untuk mengempiskan perut yang buncit ni. Mudah je. Tak perlu masa yang lama pun sebenarnya. Semua senaman kat bawah ni tak memerlukan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Hanya perlukan? Diri sendiri! Yang penting jangan malas. Kalau malas, bagi la 99 senaman pun belum tentu dapat kempiskan perut tu. Betul tak?


Selamat berjaya! Termasuk aku. Haha!

Khamis, 2 Februari 2012

Pengalaman Makan Di Restoran Nelayan, Langkawi - Harga Berpatutan, Sedap Boleh Tahan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sambung lagi entri pasal Langkawi lagi. Lepas aktiviti Pulau Ke Pulau, malam tu kitorang decide nak belai perut kitorang dengan penuh kasih sayang. Zul tanya Miha yang bertindak sebagai pemandu pelancong kitorang sepanjang percutian kitorang kat sana kat mana restoran makanan laut yang orang selalu pergi makan kat Langkawi ni. Miha pon bawa kitorang pergi Restoran Nelayan. By the way, kedudukan Restoran Nelayan ni agak unik sebab dia terletak kat hutan paya bakau kalau aku tak silap la sebab aku macam perasan pokok bakau kat situ. Dan kat tepi tu aku nampak beberapa bot yang mungkin digunakan untuk mencari makanan laut atau semua tu perhiasan semata mata.

Jom layan gambar gambar kat bawah ni.

Zul dengan Adie tengah pilih nak makan apa.

Okay. Ni posing semata mata sebab sotong dah siap pilih.

Aku tak tahu binatang apa yang Khairil tengah pegang ni. Anyone?

Kalau ikut nafsu memang boleh koyak dompet masing masing.

Cuba teka apa Khairil tengah pegang tu?

Miha pon ikut sekali!

See? Ramai gila orang!

Sebelum makanan laut kitorang sampai, dia hantar ulam ulaman dulu.

Ikan siakap masak sweet sour.

Ketam masak rempah.

Sotong sambal.

Sotong celup tepung.

Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak.

Ni semua sisa ketam yang aku makan. Diulangi, aku.

Mula mula kitorang cari udang tapi takde pulak dia letak kat situ. Adie tanya abang yang jaga kat situ kot kot udang tak sampai lagi ke. Abang tu kata udang memang takde pulak hari ni. Adeh. Nak buat macam mana kan? Takkan nak paksa dia cari udang waktu tu jugak? Kitorang pasrah lalu makan la semua hidangan tu sampai habis. Lepas tu kitorang pergi bayar kat kaunter. Errr... Tu pon nak cerita ke? Haha. Sebelum kitorang keluar dari Restoran Nelayan, tiba tiba kitorang nampak udang kat ada satu meja tu. Cis! Kata udang takde hari ni? Menyesal gila kitorang datang awal awal. Kalau datang lewat sikit mesti dah dapat makan udang kan? Takpe la. Takde rezeki nampaknya. Mungkin lain kali?

Overall, aku puas hati dengan Restoran Nelayan ni. Harga pula berpatutan. So, for those yang pergi Langkawi lepas ni, boleh la singgah Restoran Nelayan.



potpetpotpet : Makanan laut yang paling aku suka ialah udang.

Jumaat, 6 Januari 2012

Nikmati Prosperity Chicken Burger Di McDonald's

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku tunggu, prosperity chicken burger is back! Bila aku tahu je prosperity chicken burger ni dah keluar, aku terus serang kaunter mekdi yang berdekatan. Eh. Kejap kejap. Kenapa aku excited semacam je ni? Sebab aku tak makan daging! So, aku memang tak makan prosperity beef burger tu. Aku tengok je kawan kawan aku makan sambil menelan satu liter air liur. Kejam betul dorang boleh buat tak tahu je makan depan aku? Grrr... Nasib la prosperity chicken burger dah keluar, dapat la aku melempiaskan nafsu makan aku yang selama ni aku tahankan.

Eh. Ada yang kata prosperity burger ni banyak sangat black pepper dia. Tapi takpe la kot sebab kau bukan makan selalu kan? Kalau kau nak tahu, salah satu kebaikan black pepper ialah dia dapat membantu sistem penghadaman di samping mengandungi antioksidan. Macam pernah dengar pasal antioksidan kan? Iklan nescafe! Yes. Okay. Siapa nak belanja aku prosperity chicken burger esok?



potpetpotpet : Belailah perut anda sebelum perut anda dibelai.

Selasa, 13 Julai 2010

Taste My Tongue

Hey. Sodap seyh aku bantai dinner neyh. Tak pasal pasal merembes air liur aku. Siriyes. Total duit terbang ialah RM 11 haha. Syok weyh sekali sekala telan benda benda neyh. Jom tengok apa ada kat dalam perut aku malam tadi. Adeh.


Hot Hazelnut Chocolate


Garlic Butter Chicken Rice


potpetpotpet: Aktiviti memanjakan tekak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com