Jumaat, 31 Disember 2010

Gathering Cikgu Blogger Di Mana ??? Di Melaka !!!



Adeh. Gathering lagi? Teeettt ... Mesti aku kena sembur lepas ni. Ye ah. Tak habis habis join gathering. Dah buang tebiat agaknya. Haha. Kali ni gathering dia lain sikit. Terbuka kepada semua cikgu yang memegang status sebagai bini orang. Erk. Silap silap. Terbuka kepada semua cikgu yang memegang status sebagai bapak budak. Erk. Okay. Fine. Aku mengada-ngada. Gathering ni terbuka kepada semua cikgu yang memegang status sebagai blogger. Senang cite, kalau cikgu tu ada blog, kira dah boleh join gathering ni. Senang kan? Kalau cikgu cikgu takde blog, boleh gi buat blog SEKARANG. Arahan ni berbaur ugutan. Siriyes. So, takut tak? Haaa ... Kalau takut, gi buat blog SEKARANG. Dah dua kali aku ulang ni. =.=


MEMO
Sila tinggalkan nama dan URL blog korang kat komen entri ni jika anda benar-benar confirm untuk datang.
Pada tanggal 8 Jan 2011 tu, korang diminta berkumpul di tempat yg telah diberitahu tepat pada waktunya. Cehhh ... Siapa lambat kena denda potong rumput kat taman tu. Okay? Jangan risau. Mesin rumput disediakan. Boleh? :P
Tempat makan akan diberitahu kemudian. Tak perlu nak neves. Bersepah tempat makan kat situ. Siriyes.
Perbelanjaan lunch dan main bowling adalah sendirian berhad. Kalau korang berniat nak tanggung perbelanjaan aku pon, aku pasrah je. :P
Korang jangan lupa bawak sekali hadiah untuk ROMEO & JULIET, harga dalam lingkungan RM10. :)


Maklumat lanjut? Sila buat miskol di talian 012-3456789 sebab aku tak tahu nombor siapa tu. Haha. Boleh klik di sini kalau kalau tak reti baca apa yang aku taip kat entri ni. :P


potpetpotpet : Aku bukan AJK la. Aku tolong sampaikan. Comel tak aku? :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com