Ahad, 10 Julai 2011

Budak Lelaki Raih Perhatian Dunia Selepas Menari Michael Jackson's Thriller

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Eh. Video ni tengah hangat kat youtube sekarang. Video ini memaparkan seorang budak lelaki yang telah meraih perhatian satu dunia selepas menari sejibik macam Michael Jackson dalam lagu Thriller. Sebelum aku tengok video ni, aku memang berfikiran negatif. Yes. Apa yang best sangat dia menari? Aku menari lagi best kot? Boleh? Haaa... Tu sebelum aku tengok video ni ye. Lepas aku dah habis tengok, aku memang salute habis dekat budak lelaki ni. Dahsyat gile. Tak sangka budak lelaki sekecil dia mampu menari macam tu. Tak percaya? Watch it! >_<


 
 
 
potpetpotpet : Age is just a number orang putih kata.

Jumaat, 8 April 2011

Lelaki & Bulu Hidung

Euwww... Bunyi tajuk yang sungguh menggiurkan. Eh. Menggelikan kot? Adeh. Today, aku nak borak borak kosong pasal Lelaki & Bulu Hidung. Topik yang difokuskan ialah bulu hidung. So, bulu bulu yang lain boleh diketepikan sekarang. Contoh bulu bulu yang lain ialah bulu tangkis, buluh perindu dan berbulu aku tengok kau! =.=




Persoalan yang ingin dikupas pada hari ni? Pasal lelaki yang mengeluarkan bulu hidung! Erk. Macam mana tu? Adakah beliau merupakan seorang pembekal bulu hidung? Nope! Merujuk kamus yang tidak pernah wujud, lelaki yang mengeluarkan bulu hidung ialah lelaki yang membiarkan bulu hidung beliau terkeluar kerana kepanjangan yang melampau lalu diabaikan sahaja. Phewww... Hambekkk kau panjang gile definisi aku bagi. Kalau tak faham jugak, tak tahu ah. =.=


Pada kehenseman aku, terdapat beberapa punca wujudnya golongan lelaki dengan bulu hidung terkeluar ni. Apakah?
  • Beliau mempunyai kehidupan yang sangat sibuk. So, beliau tidak sempat meluangkan masa dengan hidung beliau.
  • Beliau mempercayai bahawa bulu hidung yang terkeluar itu seksi. So, beliau menjadi yakin secara membuak-buak apabila berhadapan dengan orang ramai.
  • Beliau tidak mampu memiliki sebuah cermin. So, beliau tidak perasan akan kepanjangan yang berlaku dalam terowong beliau.
  • Beliau tidak berapa nak pandai dalam Matematik. So, beliau tidak tahu apa itu panjang, apa itu pendek.
  • Beliau bajet nak rebonding bulu hidung berkenaan. Kalau tak rebonding, perm kot?


As a conclusion, sila pastikan bahawa bulu hidung kau tidak terkeluar kerana sesungguhnya keadaan itu sungguh menggelikan. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, lelaki lelaki sekalian dinasihatkan supaya menjaga bulu hidung seperti rumput di halaman rumah. Kalau dah panjang, tak reti reti nak potong ke cabut ke tarik ke pulas ke? Sebagai seorang lelaki, kita kena bajet hensem supaya nampak hensem. Salah satu cara untuk bajet hensem ialah memastikan bulu hidung kau tak terkeluar. Kalau takut sangat bulu hidung kau terkeluar, suruh kawan kau check terowong berkenaan.  Kalau boleh, mintak tolong dia potong/cabut/tarik/pulas sekali! Boleh?


potpetpotpet : Kebersihan itu sebahagian daripada iman! ;D

Sabtu, 12 Mac 2011

Ce Teka! Ce Teka! Eh. Bukan Teka Teki!



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera.


Hoyeh hoyeh! Aku dah start cuti sekolah beb. Seminggu tuuu... Kau mampu cuti seminggu? Kalau mampu, tahniah diucapkan. Kalau tak mampu, hahaha digelakkan. Adeh. Aku happy gile ni. Ni kira first time ah aku tak pergi sekolah dalam tempoh yang agak panjang. Siapa kata aku tak penat pergi sekolah? For your information, tiap tiap hari aku balik pukul 5 petang. Tak pernah awal beb. Eh. Kecuali Jumaat! Siriyes dah macam kerja pejabat. Huaaa... Sila balingkan seketul simpati kat aku.


Memandangkan aku dah start cuti, aku akan meluangkan masa sebanyak mungkin bersama blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. For the next entry, aku dah bagi klu melalui gambar kat atas tu. Ce teka ce teka! Aku pergi mana tu? ;)


potpetpotpet : Siapa tak rindu aku? Aku!!!

Ahad, 27 Februari 2011

Budak Lelaki Menghilangkan Diri Kerana Berkahwin?



Cehhh... Tajuk entri dah macam tajuk berita dalam surat khabar yang aku tak pernah dengar nama dia kat tepi tepi jalan tu. Okay. Kembali kepada topik yang hangat diperkatakan oleh aku secara sorang sorang, budak lelaki menghilangkan diri kerana berkahwin? Jeng jeng jeng. Sila rujuk gambar di atas. Ada macam gaya raja sehari tak? Atau gaya model baju hari hari? =.=


Kepada peminat peminat budak lelaki di luar sana, sila muntah sekarang sebab aku panggil kau peminat peminat sebab aku perasan artis sebab aku tak sedar diri sebab aku tak tahu sebab apa. Boleh? Aku busy beb. Tak dapat nak update blog secara siriyusss. Kesian aku tengok blog aku. Dah dua minggu blog aku menderita, tak dapat nafkah batin daripada aku. Dan sekalung penghargaan buat siapa siapa yang tak habis habis tanya pasal blog ni, tanya bila nak update. Demi kalian, aku update jugak. So, sila terharu sekarang. ;P


Kelmarin ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Gambar kat atas tu persalinan yang aku pakai hari tu. Amacam? Ada siapa siapa nak masuk meminang? Haha. Apa apa pon, aku cuma pinjam persalinan tu. Aku takde persalinan lawo lawo macam tu. Adeh. Paling dahsyat bila ada cikgu kata kalau dia ada anak perempuan, nescaya aku bakal dicalonkan dalam kategori menanti lelaki terkahwin. >.<


Semalam aku kena gi sekolah lagi, sempena dengan mesyuarat agung PIBG. Habis habis je, ada pulak pelajar pelajar nak ambil gambar dengan aku. Eh. Aku artis undangan kat mesyuarat agung PIBG ni ke? Haha. Sila tampar aku sekarang supaya aku tidak berterusan bongkak. T.T





potpetpotpet : Aku belum kahwin lagi.

Jumaat, 31 Disember 2010

Entri Terakhir Bagi Tahun Ini. Jumpa Lagi Tahun Depan!!!



Adeh. Sebagai entri terakhir tahun ni, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca pembaca blog Budak Lelaki Sebelah Pintu sekalian. Aku mengaku blog ni agak lemah daripada segi pengisian dia, tapi aku tulis blog pasal hidup aku. Aku tulis apa yang berlaku, aku tulis apa yang aku minat dan aku tulis apa yang aku teruja nak beritahu korang. Kalau aku nak tulis pasal rumus dan formula, baik aku gi salin nota daripada buku buku rujukan lepas tu taip kat blog. Korang nak baca macam tu? Baik gi library je ah. Lagi banyak ilmu korang boleh dapat. Duh. =.=


Tiba tiba je emo apahal? Haha. Sorry sorry. Aku suka berlakon emo ni. Adeh. Kejap je masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam aku beli beskot oreo. Erk. Okay. Fine. Takde kaitan. Sedar tak sedar, blog ni dah mencecah usia SATU TAHUN LAPAN BULAN. Diulangi, SATU TAHUN LAPAN BULAN!!! Comel tak aku siap tekan caps lock? Dah dah. Aku tak larat nak puji diri sendiri lagi. Adeh. Siapa kata tak penat puji diri sendiri ni? =.=


Tu je aku nak taip. Sekian untuk tahun 2010 ni. Jumpa lagi tahun depan boleh? Kejap je lagi. Eh. Aku tak seleberet tahun baru kat mana mana. Ada kat rumah ni, siap makan ayam panggang, makan pizza. Lagi best kot. Sebelum aku menekan butang publish tu, aku nak mengucapkan selamat tahun baru kat korang dengan ucapan, jangan guna plastik kalau gi beli barang!!! Aku siriyes ni. =.=



potpetpotpet : Parapapapa ... I'm loving it!!!

Rabu, 29 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 3





Qarl ajak gi tengok Janin kat GSC, Mid Valley. Gigih la pulak kan? Dari Times Square ke Ukay Perdana. Dari Ukay Perdana ke Mid Valley. Dah macam mencari harta karun pulak dah. Adeh. Qarl kata Janin best. Aku pun tak tahu ah sebab aku tak tengok lagi. Jangan jangan mata hati Qarl dirabuni dengan keayuan Eja kot. Maklum je la, Qarl minat gile kat Eja tu. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Erk. Okay. Fine. Pepatah tu takde kena mengena langsung. =.=




Sampai je kat GSC tu, kitorang tengok ah tayangan dia kol berape. Oh. Selepas melakukan persidangan majlis tertinggi, kitorang tak jadi nak tengok Janin. Tayangan dia kol 7 malam kot. Lambat sangat tu. Aku nak kena balik Melaka lagi. Dah la aku dengan Adie datang KL naik helikopter. Eh, naik tren. Memang tak boleh nak lambat lambat. Hampa di situ. So, Qarl (lagi?) cadangkan kitorang lepak lepak minom petang. Kat mana? Kat Big Apple. Gelak gelak gemok je la. Nasib tak telan donut donut Big Apple tu, so, tak gemok mana la. Haha. :)




Aku minum ice lemon tea. Adie minum ice mango tea. Qarl dan Amir Rayyan minum classic chocolate. Kitorang tak makan pon. Selain daripada diet, kitorang kenyang lagi ah. Masih terasa cebisan cebisan laksa sarawak kat tekak ni haaa ... Nak menghabiskan waktu petang tu, kitorang borak borak lagi kaedahnye. Adeh. Siapa sangka, dunia blog telah memperkenalkan aku dengan Qarl dan Amir Rayyan? Dan terima kasih kepada Allah kerana menghadiahi perkenalan ni. :')





potpetpotpet : Sekian. Terima kasih. Dah boleh tepuk tangan dah. :P

Selasa, 28 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 2



Aku, Adie, Qarl dan Amir Rayyan seterusnye meneruskan pelarian ke Hadeeja Cafe. Jeng jeng jeng. Ni la hadiah misteri tu kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Qarl treated us lunch kat situ. Sebab tu kitorang terpaksa belah awal masa kat Times Square tu. Bukan mengada-ngada nak belah awal okay? Oh. Hadeeja Cafe ni owner dia Deja Moss. Kenal tak siapa Deja Moss? Ngeee ... Aku dengan Adie ni kira first time ah memijakkan kaki kat lantai Hadeeja Cafe tu, kat Ukay Perdana.








Aku suka gile dengan kek lapis sarawak ni. Lagi lagi yang warna pink tu sebab dia ada tambahan oreo. Kalau kau nak tahu, aku memang minat gile dengan oreo. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Aku pun tak tahu kenapa aku ulang dialog ni. Macam best mungkin? Memang terbaik ah rasa dia! Siriyes. Siapa tak cuba kek lapis sarawak kat sini, rugi beb.






Aku pilih laksa sarawak. Adie pilih mee kolok. Qarl dan Amir Rayyan pilih nasi tomato. Secara kesimpulannya, laksa sarawak paling best! Haha. Padan dengan muka korang. Ngeee ... Sebenarnye, Qarl yang cadangkan laksa sarawak tu. Qarl dah banyak kali datang situ. Kira Hadeeja Cafe tu dah macam kantin sekolah bagi Qarl. Boleh? Haha. Aku nak tanya ni, siapa suka awek sarawak? Eh silap. Siapa suka laksa sarawak? Jom angkat tangan beramai-ramai sekarang. Dah angkat belom? Aku tengah angkat tangan la ni! Kalau kau nampak la kan. =.=






In the meantime, Amir Rayyan ajak Wan Fuuyoo datang lepak lepak kat Hadeeja Cafe ni. Nak tak nak, Wan Fuuyoo pon mendatangkan diri dengan muka teeettt ... Haha. Nasib baik Wan Fuuyoo ni ada sekali. Tak pasal pasal suasana kat Hadeeja Cafe terus meriah, dah macam kat pasar borong maidin je aku rasa. Takde contoh lain dah? Eh. Part ni paling best. Apa yang best? Kitorang boleh pulak borak borak pasal dunia blog kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Okay. Fine. Ni kali ketiga aku ulang dialog ni. Masing masing mengeluarkan hujah hujah bernas lagi berpatutan. Seronok gile kalau kau nak tahu. Erk. Dah dah. Aku takkan ulang dialog tu lagi okay? Adeh. Kitorang makan makan tak sampai dua puluh minit pon, dah habis semua. Siriyes. Kitorang lebih kepada sesi borak borak tu. Agak lama jugak ah, nak dekat satu jam mungkin? Hehe. Entah bila nak borak borak macam tu lagi kan. :')




For me, Hadeeja Cafe ni memang berbaloi-baloi for those yang bunting (bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti keladi bunting) dan mengandung (bagi manusia) lalu mengidam nak makan kek lapis sarawak. Hehe. Decoration dia pulak tampak kemas dan menarik. And I give four stars out of five! Eh. Tiba tiba Qarl ajak kitorang gi tempat lain pulak. Ada aktiviti lagi nampaknya. Adeh. Ada apa lepas ni?


potpetpotpet : Berdebar-debar pulak tunggu sambungan ni. :P

Isnin, 27 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 1

Hai. Kita kembali dalam rancangan ada apa aku nak cerita ni. Walaupun takde apa apa sangat, korang cari la apa apa yang boleh jadi apa apa. Erk. Okay. Fine. Merujuk kepada entri sebelum ni, aku gi KL semalam. Aku lepak lepak dengan Adie, Qarl dan Amir Rayyan. Takde maknanye aku nak gi KL laju laju (sambil sambil cuba menunjukkan isi dompet kat kau, masalahnya, kau nampak ke?). Adeh. Ni gara gara Qarl  nak bagi hadiah misteri kat kitorang la ni, sempena dengan contest dia hari tu. Apa yang misteri sangat tu? Jeng jeng jeng.


Qarl ajak gi gathering kat Times Square kol 10 pagi tu. Aku pulak dari Melaka. Sah sah la aku gerak awal awal pagi, iaitu kol 8 pagi. Adie pulak gerak lagi awal daripada aku, kol 6 pagi mungkin? Entah apahal semangat semacam je ni. Duh. Aku dengan Adie drive dari Melaka sampai Seremban je pon. Kat Seremban, kitorang naik helikopter, terus gi KL. Siriyes aku tipu kau. Haha. Kitorang naik tren la. Malas nak drive. Lagipon, Qarl kata naik satu kereta je. Tak perlu lima enam kereta, walaupun kitorang empat orang je? =.=


Sampai kat KL, dalam kol 10.30 pagi kalau tak silap, kitorang dijemput oleh Qarl dan Amir Rayyan. Cehhh ... Dijemput tu yang mahal. Kau pernah? Aku cakap kat kau yang tak pernah. Kalau kau dah pernah tu, aku tak cakap kat kau. Haha. Lepas tu, kitorang serbu Times Square, nak join gathering kejap. Saje saje nak tengok siapa ada kat sana. Hurmmm ... Kelihatan ramai blogger yang datang. Aku pun tersiput-siput malu. Errr ... Aku pon tak banyak cakap masa tu. Biasa ah. Baru first time jumpa kot. Masing masing bajet sopan santun. Nak kentot pon kena tahan beb. Cover sikit. Nak nak, ada ramai awek cun kat situ. Kan Milimilo? XP




Mula mula aku tak tahu nak buat apa sangat. Ada lagi blogger yang tak sampai sampai. Sementara nak tunggu dorang, kitorang bergambar secara beramai-ramai. Konsep dia macam nak amek potret keluarga. Okay, semua jangan bergerak, nak amek gambar ni. Senyum. Boleh? Lepas tu, kitorang memulakan sesi ice breaking pulak. Dan masing masing mula memperkenalkan diri. Aku cakap apa?

Nama Hizami Rahim. Blog www[dot]budaklelaki[dot]com.

Tu je ah. Tak reti aku nak cakap banyak banyak. Tak pasal pasal nanti kena boo dalam bulatan. Oh. Kitorang buat bulatan masa sesi ice breaking tu. Ingatkan nak buat bentuk sfera, tapi sorang pun tak tahu konsep sfera tu apa. Boleh? XD







Dah habis ice breaking, kitorang main bowling pulak. Ngeee ... Dah lama tak main bowling ni. Haha. Dan dan mengaku dah lama tak main bowling, padahal nak guna sebagai alasan kalau balingan masok longkang. Bijak kan? Eh. Kitorang sepatutnya main dua game. Tapi kitorang tak habis main pon sebab kitorang nak gi tempat lain pulak lepas ni. Ingat lagi hadiah misteri? Hurmmm ... Tak sempat nak beramah mesra dengan semua blogger. Sorry. :'(




Aku tak amek gambar banyak banyak pon. Ye ah. For your information, aku amek gambar guna phone je. Siriyes. Segan seyh, lagi lagi bila ada orang pegang DSLR. Gile tak sanggup aku nak keluarkan phone. Sebab tu aku tak berkesempatan nak posing dengan semua blogger. Adeh. Ada sesiapa sanggup bagi aku DSLR? Okay. Fine. Permintaan mengada-ngada yang boleh mengundang penampar di pipi. Eh. Aku dengan Adie, Qarl dan Amir Rayyan gi mana pulak ni?


potpetpotpet : Seronok gile.

Rabu, 22 Disember 2010

Sosej Besar Gedabak ? Budak Lelaki Sebelah Pintu Ke ?

Adeh. Tajuk entri tak boleh belah. Ni kisah benar. Walaupun kisah benar ni tak kuar kat rancangan majalah tiga, tapi kisah benar ni betol betol berlaku. Siriyes. Masalahnya, kalau aku tipu kau, aku dapat buffered earnings ke ? Haha. Lawak pulak kalau tipu boleh dapat buffered earnings tu kan ? Okay. Fine. Aku sorang je yang faham lawak tu. Arghhh ... Abaikan.




Kisah benar ni berlaku kat UniMAP hari tu. Aku tengah beli sosej besar gedabak kat ada satu kedai tu. For your information, ramai gile manusia beli sosej besar gedabak tu. Femes kot sosej besar gedabak tu kat Perlis ni. Sebab aku gi Padang Besar pun ada sosej besar gedabak tu, aku gi Kuala Perlis pun ada jugak sosej besar gedabak tu. Apahal suka bebenau makan sosej besar gedabak ni ? Hurmmm ... Tak puas kot kalau nak telan sosej kecik kecik. Plus, harga dia pulak tak mahal mana. Seringgit satu cucuk. Murah gile kot. No wonder la ada yang beli sampai sepuluh, terus habis serta merta. Ni kira masa dia tengah hulur duit nak bayar, sambil sambil tu dia telan sosej besar gedabak tu laju laju. Eh. Bukan aku ah, tapi orang lain. Siriyes. Adeh. Lupe pulak nak snap gambar sosej besar gedabak tu. Macam mana korang nak imagine rupa sosej besar gedabak tu ek ? Kejap kejap. Aku try lukis guna paint. Jeng jeng jeng.




Sosej besar gedabak ni didatangkan (cehhh) dengan pelbagai perisa. Ada tomyam, ada keju, ada ... Okay. Dua perisa tu je yang aku ingat. Haha. Tapi banyak ah perisa lain. Cuma aku tak ingat sangat. Perisa strawberry mungkin ? Erk. Abaikan. Masa aku tengah syok syok membelek sosej besar gedabak tu demi memilih sosej besar gedabak yang terbaik dari ladang, tiba tiba ada suara memanggil aku. Eh. Ni bukan cerita hantu. So, korang tak payah nak buat buat saspen. Boleh ?


Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ? Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ?


Mula mula aku tak perasan. Kali kedua dia panggil, baru aku toleh. Aku macam, siriyes ? Tak pernah pernah orang panggil aku Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ni kira first time ah. Terharu seh. Mula mula aku segan jugak. Dalam segan tu, aku sempat borak borak dengan dia kejap. Tapi tak sampai satu perenggan pun dialog kitorang.  Haha. Apa yang aku tahu, dia budak UniMAP dan dia masuk tarian rampaian, kalau tak silap. By the way, it was nice to meet you, bro ! And thanks a lot for reading my blog ! :')


potpetpotpet : Macam panjang pulak aku taip kali ni. =.=

Ahad, 5 Disember 2010

Tampil Bergaya Dengan Jacket Kulit Coklat







Haha. Poyo betul tajuk entri kali ni. Lantak ah. Aku dah penat fikir tajuk daripada asar tadi. Dah malas fikir, aku bantai letak tajuk yang mempunyai unsur unsur mengangkat bakul, baldi, besen dan apa apa yang sewaktu dengannya. Adeh. Kau tahu tak, aku pinjam jacket kulit coklat ni semata-mata nak berlagak macho depan kau. Ngeee ... So, amacam ? Ada gaya macam nak kena sepak tak ? T.T



potpetpotpet : Esok aku nak drive pagi pagi lagi. Nak kena balik Tanjong Malim semula. Adeh. Malas la pulak. XB

Rabu, 1 Disember 2010

Budak Lelaki Sebelah Pintu Terima Anugerah Blog Menarik


Aku dapat award lagi. Kali ni daripada momochan. Thanks a lot dear. Tak pasal pasal aku dapat Anugerah Blog Menarik atau Interesting Blog Award. Macam tak berapa nak interesting pun blog ni. Biasa biasa je aku tengok. Eh. Aku sorang je yang boleh carut blog ni. Kau tak dibenarkan sama sekali. XB


Nama blog anda dan kenapa anda letak nama itu ?

Budak Lelaki Sebelah Pintu. Aku letak sebab bajet kewl. Puas hati kau ? Tibe tibe emo. Aku pun tak tahu kenapa. =.=


URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu ?

Aku guna www.budaklelaki.com sebagai URL blog ni. Terang terang sesuai dengan nama blog aku kan ? Takkan aku nak letak www.xxx.yyy.zzz.com kot ? Sekali lagi tibe tibe emo. =.=


Apakah kaedah dalam penulisan blog anda ?

Aku pun tak pasti. Tapi kaedah dalam penulisan blog ni lebih kepada macam cakap sorang sorang. Siriyes. Kau tak perasan ke aku tengah cakap sorang sorang sekarang ni ? XB


Apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tetapi merendah diri) ?

Bila tengok blog orang yang cantik dan menarik ni, aku cedok ah sikit sikit idea mana yang boleh. Bak kata omputeh, learn from the best. Bak kata nenek aku, apo kono eh jang ? Boleh ? Apa yang penting, bukan copy paste ah. Tu memang kes nak kena penelempang, iaitu penerajang sambil sambil melempang.


Bilakah blog anda diwujudkan ?

Setelah aku gi dashboard lepas tu klik view profile, aku ternampak bahawasanya aku bertukar menjadi blogger sejak February 2009. Tapi entri pertama aku pada May 23, 2009. Apahal sampai dekat empat bulan tak taip taip entri ? Adakah entri pertama aku mengambil masa selama hampir empat bulan untuk disiapkan ? Nak tengok entri pertama aku yang lawak habis akibat tak berapa nak matang lagi masa tu ? Banyak pulak soalan tertaip. Adeh. Sila klik di sini. Sungguh mengelakarkan. Buruk betul gaya bahasa aku masa tu. Bese ah. Zaman mula mula aku baru nak belajar blogging. ^.^


Siapa orang pertama yang tahu dan menjadi first follower anda ?

Tak ingat pulak. Tapi, antara pengkomen terawal ialah Hafiz. Secara automatiknya, dia tergolong dalam kelompok follower terawal blog ni. Hehe. Frankly, aku tak tahu siapa first follower blog ni. Aku ni mudah lupa. Dah nama pun melayu. =.=



potpetpotpet : Gelak gelak gemok bila baca entri entri dulu. Lawak sampai boleh memudaratkan kesihatan. Eh. Bukan lawak sebab lawak. Tapi lawak sebab tak lawak. Siriyes. T.T

Sabtu, 27 November 2010

Ouchhh ! Blog Pilihan Malaysia ?


Okay. Aku tak tahu pulak macam mana aku boleh tersenarai ? Nasib ada Gadis Ini gi post berita gumbira ni kat wall facebook aku. Terkujat sementara. Segan pulak berada dalam satu kategori dengan blogger blogger hebat. Wuuu ... Siapa memandai buang undi untuk Budak Lelaki Sebelah Pintu ni ? Adeh. Nak nanges je rasa. Terima kasih ah ! Haha. Tak sangka ada orang sudi calonkan blog cikai ni. Dah la banyak kesalahan tatabahasa berlaku kat sini. Memudaratkan kesihatan betul. Eh. Nak tumpang undi sekaki ? Klik sini. Oh. Ni bukan nak paksa kau undi  Budak Lelaki Sebelah Pintu laju laju. Ni nak tolong promosi benda ni. :')


potpetpotpet : Rezeki jangan ditolak.

Khamis, 25 November 2010

Study Sampai Semput

Halo !!! Budak Lelaki Sebelah Pintu ni hidup lagi ah. Cuma busy dengan stadi madi for final exam je. Sebab tu macam harem tak update entri sekarang ni. Sila tunggu sampai aku dah habis final exam okay ? Nanti aku update lapan ratus lapan puluh lapan entri satu hari. Haha. Larat nak baca ? T.T


Pagi tadi aku baru jawab paper Teaching Chemistry Methods. Ni kira paper pertama of the year ah. Haha. Nak kata susah, takde ah sangat. Nak kata senang, macam tak logik pulak. Standard ah. Ada soalan aku jawab laju laju, ada soalan aku jawab selow selow. Adeh. Nyesal pulak tak study bab Alternative Concept tadi. Tak pasal pasal aku dah rugi belas belas markah. Wuuu ... Jahat budak jahat ! Erk. =.=


Esok pulak aku ada paper Numerical Methods. Nak kena study a lot of methods ni - Newton Raphson, Euler, Improved Euler, Runge Kutta dan La Grange. Mudah mudahan, urusan aku dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Okay. Aku nak stadi madi terus tanpa mandi ni. Bye !




potpetpotpet : Buat sementara waktu ni, aku tak sempat nak jalan jalan tengok blog korang.

Selasa, 9 November 2010

Rahsia Shoutbox

Halo halo. Aku ada banyak masa lebih ni. Oleh tu, aku nak buang sikit masa ni. Aku nak tanya SATU soalan yang tak penting kat lu. Diulangi, soalan yang sangat sangat sangat tak penting. Yeah ! Tapi aku nak tanya jugak. Lantak ah. Haha. Aku nak tahu ah apa pendapat kepala hotak lu. Mana tahu kot kot boleh pakai. Okay ? =.=


Lu perasan tak ? Blog aku ni takde MEGAN FOX ? Eh. SHOUTBOX ? Hurmmm ... Aku tahu ah lu perasan cantik. Tapi takkan lu tak perasan SHOUTBOX kat sekitar blog ni ? Ngeee ... Untuk makluman penumpang penumpang sekalian, blog ni dah lama tak pasang SHOUTBOX tu. Aku gi delete laju laju menatang tu hari tu. Gilerrr ah. Sebab hari tu ada seekor makhluk halus mencarut kat SHOUTBOX tu. Aku malas ah nak layan perangai macam tu. So, aku delete menatang tu secara macho lagi bergaya. Sila nangis. T.T


Beberapa hari lepas, somebody told me that susah ah takde SHOUTBOX ni. Entah. Aku pun nak tahu ah, lu rasa aku patut letak SHOUTBOX ke ? Kalau patut, lu bagi sebab. Kalau tak patut, lu bagi sebab jugak. Kalau agak agak macam tak tahu, lu belanja kebab. Erk. Okay ? XD




potpetpotpet : Prevention is better than cure. :)

Isnin, 18 Oktober 2010

Tunggang Langgang Tonggeng Kangkang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera. First of all, aku nak mengumumkan bahawasanya aku sangat sangat busy for this week. Aku kena hantar esaimen esok. Lepas tu, aku ada program sempena Minggu Alam Sekitar, minggu ni jugak. Last, but not least, I have to submit my thesis by this Friday. Gila kau. Aku rasa hidup aku bakal jadi tunggang langgang tonggeng kangkang untuk minggu ni. Aku pun dah start feeling feeling sakit jiwa. Haha.

Dimulakan dengan bismillah. Disudai dengan alhamdulillah.
Eh. Kau perasan tak ? Tak perasan kau ? Perasan tak kau ? Kau tak perasan ? Yeah. Blog aku dah jadi comel semacam je kan kan kan ? Siap ada robot lagi. Well well well. Aku nak bagi mood ceria tu datang bila korang korang singgah blog budak lelaki sorang ni. Harap harap senang hati korang korang masa tengah skodeng blog ni. Adeh. Betapa suci niat aku kau tahu. Haha. Okay okay. Aku nak siapkan semua semua tu. Kalau ngadap blog je memanjang, sampai kiamat pun tak siap siap kerja aku. Bye ! XD


potpetpotpet : Penat dol. Nanti nanti aku update gambo gambo dinner. Sila sabo.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Hilang | Edisi Tak Masuk Berita

Okay. Aku telah menghilangkan diri selama beberapa hari kau tahu. Dan aku tinggalkan blog handsome ni tanpa sebarang berita perkembangan daripada aku pulak tu. Haish. Mesti korang tertanya-tanya apakah dia perkembangan terbaru aku kan kan kan? Takpe takpe. Aku faham korang. Haha. Bajet lah kau ! Sepanjang kehilangan aku ni, aku dok busy dengan dinner bagi budak-budak kos aku yang berlangsung malam tadi. Oh. Aku antara sepuluh orang ahli jawatankuasa yang menguruskan dinner ni. Kira aku ni orang kuat kot. Haha. Sanggup ketepikan tesis aku tu demi semua ni. For your information, lepas ni aku akan bermati-matian tak tidur malam nak siapkan tesis tu. Haish.

Rindu tak budak lelaki ni ? XD
Seperti biasa, ada banyak masalah yang timbul sebelum dinner ni bermula. Pening kepala nak fikir balik. Kesimpulan dia, aku malas nak fikir dah. Haha. Nasib lah terubat sikit kekecewaan tu bila aku tengok dorang bergumbira tak ingat dunia ! Alhamdulillah. Nampaknya, hampir semua berpuas hati dengan dinner ni walaupun pada hakikatnya, banyak gilerrr dugaan yang datang. Kalau ikutkan hati, aku dah malas nak handle benda benda ni. Tapi, bila tengok dorang gelak gelak, nangis nangis, siapa tahu mungkin dinner seterusnya bakal menyusul. XD


potpetpotpet : Eh. Terima kasih sebab menyokong blog ni. Dah cecah angka 1000 pun. Syukur. Kalau anda rasa anda gumbira, tepuk tangan ! :')

Isnin, 4 Oktober 2010

Kekasih Gelap & Kekasih Separuh Masa



Aku menghabiskan minggu ini dengan kekasih gelap aku semata-mata. Tanpa disedari, aku telah mengabaikan kekasih separuh masa aku. Aku berharap agar kekasih separuh masa aku tak perasan. Aku jadi kesian bila tengok kekasih separuh masa aku gara gara aku selalu biar dia sorang sorang. Hurm ... Aku terpaksa melupakan kekasih separuh masa aku selama beberapa hari lepas sebab aku tak nak melukakan perasaan kekasih gelap aku yang dahagakan kasih sayang daripada aku. Gilerrr ... Aku betul betul dalam dilema. Help me !

Oh. Aku mengenali kekasih gelap aku terlebih dahulu. Kemudian aku bertemu dengan kekasih separuh masa aku pulak. Hurm. Aku tak tahu macam mana aku boleh ada hubungan dengan dorang dalam satu masa yang sama. Arghhh ... Aku tak boleh hidup tanpa kekasih gelap aku. Dan aku jugak tak boleh hidup tanpa kekasih separuh masa aku.


potpetpotpet : Siapa kekasih gelap aku ? Siapa kekasih separuh masa aku ? Jeng jeng jeng. Kekasih gelap aku ialah cik puan esaimen. Kekasih separuh masa aku pulak ialah budak lelaki dot com. Boleh ?

Sabtu, 25 September 2010

Gambar Separuh Bogel Anu Dalam Botol

Okay. First of all, Anu Dalam Botol dah tukar jadi ... Dalam Botol. Haha. Ni haaa dua keping gambar separuh bogel dalam filem ni. Panas kah ? Panas lah kot. Kau tak nampak ada unggun api kat depan tu ? Sebab tu dua orang lelaki berkenaan tinggal dalam keadaan separuh bogel kau tahu. Haha. Sopan tak alasan tu ? Erk. Apa apa pun filem ni dah diluluskan tayangannya walaupun banyak gila kontroversi yang berlaku. Tunggu je lah kalau kau nak tengok.


potpetpotpet: Lebih hangat daripada biasa.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com