Jumaat, 31 Disember 2010

Sarapan Spaghetti Di Pagi Hari. Dah Sah Sah Sarapan Di Pagi Hari. Ada Pulak Sarapan Di Petang Hari?

Adeh. Sudah sudah la pasal contest. Banyak bebenau contest yang aku join ni apahal? Buang tebiat mungkin? Tak pasal pasal korang jijik dengan blog aku nanti. Ye ah. Asal aku update je mesti pasal contest, asal aku update je mesti pasal contest. Erk. Dah dah. Aku jamin lepas ni dah takde pasal contest. Aku tahu korang pon muak nak baca. Korang semua nak baca pasal aku je kan? Boleh boleh. Meh sini aku tulis pasal aku. =.=




Haaa ... Aku sarapan makan spaghetti pagi tadi. Tiba tiba feeling mat saleh wa cakap sama lu. Korang pernah sarapan makan spaghetti? Okay. Fine Korang dah biasa. Aku je yang tak biasa lagi. Takpe takpe. Lepas ni aku cuba untuk membiasakan diri dengan menganggap sarapan makan spaghetti tu biasa biasa je, takde apa yang luar biasa pon. Korang doakan aku berjaya ye. :')


Ni spaghetti masak sendiri beb. Walaupun bukan aku yang masak, tapi adik aku yang masak. Macam tergantung pulak ayat tu. Adeh. Sodap la jugak kan. I give four out of five stars. Tiba tiba aku bagi bintang pulak dah. Boleh? Eh. Lagi puas kalau masak sendiri ni. Boleh letak sukahati apa yang korang nak letak, boleh letak berapa banyak yang kau nak letak. Seronok gile. Sila cuba. Gaya cakap macam aku je yang masak. =.=



potpetpotpet : Jangan mengada-ngada nak mintak sikit. :P

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com