Isnin, 29 April 2019

Hidangan Steak & Barat Secara Bufet Untuk Buka Puasa Di Me'nate Steak Hub

Salam.


Hey! Lagi berapa hari nak puasa ni? Kurang tujuh hari je lagi kan? Haaa... Dah ada plan nak buka puasa kat luar tak? Kalau belum, mari sini aku nak bagi cadangan baik punya. Haha! Pernah dengar nama Me'nate Steak Hub tak? Me'nate Steak Hub ni terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sempena bulan Ramadan pada tahun 2019 ini, Me'nate Steak Hub juga turut menawarkan sajian bufet untuk berbuka puasa. Untuk makluman, menu steak dan barat menjadi pilihan utama sajian bufet pada tahun ini beserta hidangan Kambing Golek yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kau rasa tak gila ke bufet dia siap ada steak? Tak cukup steak, ada Kambing Golek! Pehhh... Memang berbaloi lah kalau macam ini!





Tapi jangan risau, menu tempatan yang lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng, Kueh Teow Goreng dan sebagainya juga turut disediakan selain daripada hidangan pencuci mulut kuih muih tempatan. Katanya hampir 40 hidangan ada dalam bufet kali ini. Meriah bukan?

Pakej Bufet Ramadan
RM79.90 dewasa
RM39.90 kanak-kanak

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah tidak akan dikenakan bayaran. Dan untuk makluman, restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa selepas jam 8:30 malam. Jadi kepada pelanggan yang tidak berkesempatan untuk berbuka puasa dengan pakej bufet tersebut, mereka berpeluang untuk menikmati menu steak dan barat secara ala carte.










Jadi apa kelainan dan keistimewaan berbuka puasa di Me'nate Steak Hub pada tahun ini? Haaa... Kepada mereka yang menggemari daging premium, Me'nate Steak Hub memperkenalkan pakej makanan barat premium, iaitu, hidangan Family Platter. Hidangan Family Platter ini mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan bahan yang digunakan bagi memberikan pengalaman berbuka puasa dengan hidangan yang enak secara bersama. Satu set Family Platter dianggarkan boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.

Pakej Family Platter
Set Premium Family: RM450
Set Super Premium Family: RM650

Aku diberitahu yang terdapat hampir 11 menu bagi setiap hidangan dalam Family Platter. Tak cukup dengan itu, setiap pelanggan akan diberikan akses percuma ke hidangan bufet pemanis mulut. Jadi berbaloi ke tidak? Dah tentu lah berbaloi! Dan jangan tak tahu yang set Super Premium Family tu mengandungi daging wagyu ya. 






Pada masa yang sama, pihak Me'nate Steak Hub telah melantik Syuk Hot FM dan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sebagai Ikon Me'nate bagi membantu mempromosikan Pakej Bufet Ramadan dan Pakej Family Platter. Ternyata memang serasi bersama mereka berdua ini. Syuk tidak habis habis mengusik dan menyakat Kak Lina Pom Pom yang sentiasa beraksi manja. 






Ehhh jangan risau kerana Me'nate Steak Hub ni mempunyai 5 cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam dan Johor Bahru. Semua cawangan Me'nate Steak Hub akan menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Jadi persoalannya sekarang kat cawangan yang mana kau orang nak belanja aku ni?

Dah boleh singgah ke laman sosial media rasmi Me'nate Steak Hub untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang pakej berbuka puasa pada tahun ini seperti pautan di bawah.

Selasa, 15 Mei 2018

Buffet Ramadhan 2018: Senarai Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tak sabarnya dengan kedatangan bulan Ramadan! Kurang dua hari lagi kita akan mula menjalankan ibadah puasa. Nikmat yang dirindui! Alhamdulillah. Kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menunaikan salah satu tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT. Amin.

Dah nak masuk bulan Ramadan ni, mesti kita ada plan nak berbuka puasa dengan keluarga ke dengan kawan-kawan ke kan? Haaa... Jadi ini aku sediakan senarai buffet Ramadan untuk tahun ni sebagai rujukan mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Kalau rasa nak buat pahala sikit nak berkongsi rezeki boleh lah roger roger aku kat sini mana lah tahu kot kot nak belanja aku buka puasa kat mana mana ke. Haha! Sempat promote diri sendiri! 

Senarai Buffet Ramadhan 2018 Di Kuala Lumpur

Royale Chulan Bukit Bintang

Harga:
RM78 dewasa
RM60 warga emas dan kanak-kanak

Royale Chulan Kuala Lumpur

Harga:
RM148 dewasa
RM98 warga emas
RM74 kanak-kanak

Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Harga:
RM158 dewasa
RM79 kanak-kanak 9 hingga 12 tahun
Percuma bagi kanak-kanak 8 tahun ke bawah

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Harga:
RM68 dewasa
RM40 kanak-kanak

Chakri Palace, KLCC

Harga:
RM98.90++ dewasa
RM49.90++ kanak-kanak 6 hingga 10 tahun
Percuma bagi warga emas 56 tahun ke atas dan kanak-kanak 6 tahun ke bawah

Chakri Palace, Pavilion

Harga:
RM88.90++ dewasa
RM42.90++ kanak-kanak 6 tahun hingga 10 tahun
Percuma bagi warga emas 56 tahun ke atas dan kanak-kanak 6 tahun ke bawah

Swiss-Garden Hotel & Residence Kuala Lumpur

Harga:
RM95 dewasa (17-20 Mei 2018 dan 11-14 Jun 2018)
RM118 dewasa (21 Mei hingga 10 Jun 2018)
RM60 warga emas dan kanak-kanak (17 Mei hingga 14 Jun 2018)

WP Hotel, Kuala Lumpur

Harga:
RM68 dewasa
RM58 warga emas 60 tahun ke atas
RM34 kanak-kanak 4 hingga 12 tahun

The KL Journal Hotel

Harga:
RM118 dewasa
RM59 kanak-kanak 6 hingga 11 tahun

Pacific Regency Hotel Suites

Harga:
RM98++ dewasa
RM49++ warga emas dan kanak-kanak

Riverside Restaurant, PWTC

Harga:
RM88 dewasa
RM75 warga emas 60 tahun ke atas
RM45 kanak-kanak 7 hingga 12 tahun

Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Kuala Lumpur

Harga:
RM148 (17-23 Mei dan 8-14 Jun 2018)
RM158 (24 Mei hingga 7 Jun 2018)

Vasco Restaurant, Hilton Kuala Lumpur

Harga:
RM100 (17-21 Mei dan 13-17 Jun 2018)
RM188 (17 Mei hingga 17 Jun 2018)

Ibis Style Kuala Lumpur

Harga:
RM58++

Silka, Cheras, Kuala Lumpur

Harga:
RM65 dewasa
RM45 warga emas 60 tahun ke atas
RM35 kanak-kanak 6 hingga 12 tahun

Ritz-Carlton, Kuala Lumpur

Harga:
RM118 dewasa
RM59 kanak-kanak 12 tahun ke bawah

Pullman, Kuala Lumpur

Harga:
RM168 dewasa
RM84 kanak-kanak 12 tahun ke bawah

Marhaban ya Ramadan!

Khamis, 2 September 2010

Tak Tahan Lagi Nak Buka

Hey. This is my new template! Okay okay. Aku tahu aku tak habis habis tukar template blog ni. Tapi nak buat macam mana lagi. Nafsu aku dah tak binatang lagi bila tengok blog ni. Nak tak nak aku tukar sajo. Aku tak kira jugak. Alahai... Free je kan? Tukar lagi dan lagi dan lagi haha. :) Apa apa pun aku suka kot dengan design new template ni. Cambest je! Well... Bantai je la.

Eh eh aku start cuti raya bermula hari ni. Yahooo!!! Tak sabar nak balik rumah. Hey Melaka! Wait for me okay? Aku dah tak tahan lagi nak buka puasa with the whole family. I miss them. Adeh. Sepanjang bulan Ramadhan ni aku tak pernah lagi buka puasa dengan dorang. Kesian tak? Kepada siapa siapa yang belum start cuti tu padan muka haha!!! Okay okay. Aku nak buat ucapan ni. Sila dengar betul betul.


Selamat Bercuti
Selamat Mencari Keberkatan Malam Lailatul Qadar
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Selamat Jalan Romeo




potpetpotpet: Nama je cuti tapi ada pulak assignments nak kena siapkan haha.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com