Selasa, 29 Jun 2010

Tolong Tolong Tolong Terbakar!!!

Hey. Hari ni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said (SDDS) ada Latihan Kebakaran atau nama omputeh dia Fire Drill. Best weyh menarik gilosss kau tahu. Budak-budak pulak ala lenggang lenggang kangkong ewah kangkong tepi telaga masa berjalan gi padang. Eh eh kelakar seyh. The bell was supposed to ring for quite some time tapi tiba-tiba loceng tu boleh pulak berhenti kejap. And then loceng tu berbunyi sambung semula haha. Adeh. Tak pasal-pasal kena buat Latihan Kebakaran kali kedua kau bayangkan. Panas seyh. Peluh dah macam air cair meleleh kau tahu.






Aku bawa DSLR. Not mine tapi pinjam seyh. Tiba-tiba one teacher asked me to snap pictures. I was like oh okay. Well. Aku apalagi ke sana ke sini dengan jayanya. Siriyes. Budak-budak ni suka betul bila aku tangkap gambar dorang. Sporting seyh. Eh eh you guys must know how to use fire extinguisher if there is emergency. Mana la tahu kot kot rumah kau terbakar kan kan kan? Eh eh rumah kau ada fire extinguisher ke? Kalau takde sila gi singgah di kedai-kedai runcit berhampiran lalu beli keropok lekor.  Erk. Oh abaikan. How to use fire extinguisher ni? Basically ingat PASS.
  1. Pull
  2. Aim
  3. Squeeze
  4. Sweep




This is a demo how to use a fire extinguisher. Adeh. Encik Bomba tu tak boleh nak menyalakan api at the beginning kau tahu. I was like kau biar betul haha. Lepas tu Encik Bomba menerangkan kesan bila simbah air kat api. Ya Encik Bomba tu beritahu kalau padam api guna air maka api tu tak padam tapi api tu jadi lagi besar. Okay. Encik Bomba pun simbah air kat api yang sedang marak tu. Dan tup tup api tu padam kau bayangkan. Sudah. Oh. Pengetua pun turun padang padam api guna fire extinguisher. Dasattt weyh.




potpetpotpet: Aku tak pernah menyaksikan kebakaran secara langsung. Adeh.

Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com