Adeh. Lupa nak taip habis tajuk entri tu. Actually tajuk dia gambar majlis pernikahan aku tangkap. Yay! Tanggal 1 Ogos 2010 bersamaan dengan hari Ahad merupakan detik bersejarah bagi Mustadza Mardzi bin Mustapha yang memegang jawatan sebagai sepupu aku haha. Tahniah bro! Kahwin sudah.
Haiyak. Aku nak story sikit. Aku main main dengan Canon one of my cousins neyh. Oh. Canon tu bukan spesies ayam serama. Tu cap DSLR dia haha. Aku pun memandai snap sana lepas tu snap sini. Pulak tu aku boleh pura pura expert kau tahu siap tertonggeng terbongkang terkangkang terlintang terpukang lagi. Bajet hebat sangat la tuh.
Tiba tiba aku menerima suratan atau kebetulan yang mewajibkan aku menyenap (iaitu imbuhan bagi kata akar snap) pictures sepanjang majlis akad nikah tuh. Nak tak nak aku kena bertindak mengikut arahan! Tak pasal pasal kan... Mampuih... Hamek kau nak sangat haha. Sila tengok hasil dia sambil gelak ramai ramai. :P
potpetpotpet: Bantai sajo.

